Monday, 22 February 2010

Sunday, 21 February 2010

Menjadi Penulis Buku

  1. Aku bercita - cita untuk menjadi seorang penulis sejak dari sekolah rendah.
  2. Ini kerana aku minat membaca.
  3. Ada orang pernah berkata, menjadi penulis bukan perkara senang. Penulis perlu membaca 10 buah buku untuk menghasilkan 1 buku.
  4. Itu sebenarnya kronologi yang digunakan untuk menjadi seorang penulis yang berbakat. (ramai orang tetap jadi penulis, walaupun perkara yang ditulis adalah berunsur fitnah, perkara lucah, serta perkara dosa lain - itu bukan 'penulis' yang saya idamkan.)
  5. Setelah membaca melalui banyak sumber, saya telah mula untuk menyalurkan kembali ilmu tersebut kepada masyarakat, pekerja saya serta di mana sahaja manusia yang saya jumpa.
  6. Setelah mengenali 'Blog' saya telah memberi fokus untuk cita - cita saya di atas. Blogger juga seorang 'Penulis'.
  7. Saya tertarik dengan cara penulisan Che Det - Tun Mahathir Mohamed yang menggunakan bentuk 'point' untuk menulis setiap isi blog beliau. Saya turut mengadaptasi cara yang sama. (bukanlah bermaksud saya setuju dengan semua perkara yang ditulis). Namun, setiap perkara yang ditulis oleh beliau amat memberi signifikan pada negara!
  8. Suatu masa nanti, saya bercita - cita untuk menerbitkan sebuah buku.
  9. Buku tersebut mencatatkan pengalaman peribadi saya sejak mula memasuki industri sawit negara.
  10. Semua perkara tersebut, telah dimulakan dan blog ini adalah sebahagian daripadanya.

The Incorporated Society Of Planters (ISP)

  1. Web rasmi http://www.isp.org.my/
  2. Sebuah pertubuhan yang mengabungkan planters (sawit, getah dsb) di Malaysia serta banyak negara.
  3. Kepentingan menjadi ahli > untuk membolehkan anda mengambil peperiksaan ISP modul 1,2,3 & 4.
  4. Ahli dikategorikan A(Planters) & B(Bukan planters seperti jurutera, staff, medical assistant, etc.
  5. ISP mempunyai banyak cawangan di seluruh negara.
  6. Banyak aktiviti yang dianjurkan dan memberi manfaat pada industri seperti industri sawit.
  7. Melalui majalah serta buku yang diterbit, banyak maklumat berguna boleh dijadikan panduan oleh mereka yang baru memasuki industri.
  8. Buku cerita " East Of Kinablu " tulisan Datuk Leslie Davidson juga diterbitkan oleh ISP. Saya mencadangan semua planters serta miller wajib membeli, membaca serta mengamalkan apa yang ditulis oleh beliau.
  9. ISP, sebuah persatuan, pertubuhan serta badan sosial yang bertindak menyatukan semua ahlinya serta meningkatkan standard industri pertanian negara.

Bintulu 15th Feb 2010

Bersama Nazri serta keluarga di Bintulu Water Front, Park City.

Dengan mengenakan baju ini, perut nampak boroi walaupun setelah gambar diedit.. hu hu

Restoren Raju, Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya


Restoren ini amat terkenal. Masakan India. Daripada jumlah pelanggan yang hadir boleh diketahui tahap perkhidmatan yang disediakan.
Kita perlu berubah cara kita melakukan banyak perkara. Ikut cara negara maju. Ikut cara yang betul. Ikut cara yang paling effektif. Belajar dan amalkan. Jangan berada di bawah tempurung, dunia sudah dibuka seluas - luasnya. Bergantung pada kita untuk memilihnya.
Kita kita berjaya meningkatkan standard kita, secara tidak langsung kita akan menaikkan nama negara serta menjana ekonomi. Jika kita masih di tahap lama, kita akan jauh ketinggalan. Ketinggalan kerana semua orang menuju ke arah perubahan.
Sebagai pengguna, sudah tentu kita akan memilih yang terbaik.

Thursday, 18 February 2010

FELDA Lauded For Green Initiative

Khamis, 18 Februari 2010
KUALA LUMPUR, Feb 17 -- Felda, the biggest palm oil-based company in the world, is heading in the right direction towards a greener environment with its initiative to convert methane gas into electricity.


According to Water and Energy Consumers Association of Malaysia (Wecam) secretary-general S. Piarapakaran, the green technology would serve a dual purpose of reducing the amount of methane production, as well as become a renewable source of energy.

This example, he told Bernama, could be replicated in industries such as sewerage -- currently handled by Indah Water Consortium -- for connected services, as well as solid waste handling facilities.

Methane, produced through an anaerobic process in the palm oil industry, has 21 times the impact as a greenhouse gas, as compared to carbon dioxide.

While it is also produced naturally when dead organisms decayed, the rise of methane in the environment is a cause for concern.

It is due to this fact that the oil palm industry is subject to many criticisms, as a source of environmental pollution.

Therefore, Piarapakaran said, Felda's effort should be lauded as it was in accordance with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's promotion of green energy as part of the nation's green initiative.

-- BERNAMA

Sudut Postif Filem AVATAR


  1. Avatar, filem CGI keluaran holywood.
  2. Saya tertarik dengan perjalanan cerita serta mesej filem tersebut. Tolak aksi lucah serta adegan membaca mentera, saya rasa bahagian lain ada mesej positif.
  3. Kebanyakkan filem makhluk asing, manusia menjadi mangsa. Namun, dalam filem ini manusia menjadi kuasa besar serta makhluk asing menjadi mangsa.
  4. Apabila kuasa ada ditangan.
  5. Manusisa secara fitrah akan lebih cenderung untuk mengikut hawa nafsu bila berkuasa. Lihat kuasa besar Amerikan Syarikat. Sanggup membunuh kanak - kanak di Irag, Afganistan dan merata tempat dunia atas apa jua alasan. Disebabkan tiada kuasa lain boleh melawan, mereka melakukan apa sahaja mengikut pendapat mereka tanpa memikirkan pandangan bangsa lain di bumi.
  6. Jika kita kaya, kita cenderung untuk sombong serta memperagakan kekayaan kita.
  7. Jika kita berpangkat, kita cenderung untuk melayan orang bawahan kita seperti hamba.
  8. Jika kita kuat, kita cenderung untuk menunjukkan kekuatan kita untuk bergaduh, bersilat, berparang dan sebagainya.
  9. Jika kita punyai ilmu, kita cenderung untuk mengatakan kita tahu segala - galanya.
  10. Dalam cerita Avatar, makhluk asing di tempat asal mereka laksana orang asli di merata tempat di dunia. Mereka sangat kasih pada benda hidup, sangat cintakan alam sekitar serta berinteraksi dengan fauna serta flora secara simbiosis.
  11. Kehadiran manusia dengan kuasa teknologi yang canggih adalah untuk merampas sumber bumi yang berharga. Bermotifkan keuntungan serta material. Sumber berharga itu sebenarnya menjadi sumber tenaga setiap benda hidup di tempat tersebut.
  12. Saya amat suka dengan keindahan pokok besar yang menjadi tempat tinggal makhluk tersebut.
  13. Apabila kaedah diplomasi atau pengaruh psikologi gagal untuk mempengaruhi makhluk tersebut, cara kekerasan digunakan. Apa sahaja bentuk pembangunan ditawarkan, tidak berjaya menarik minat makhuluk yang amat cintakan alam sekitar.
  14. Pembangunan? pendidikan? kemudahan asas? semuanya gagal. Mereka lebih suka dengan kehidupan tradisional yang menjadi budaya turun - temurun.
  15. Kekerasan digunakan untuk memusnahkan tempat tinggal serta membunuh ramai makhluk yang ada di sana. Peristiwa itu membangkitkan semangat yang luar biasa.
  16. Mereka bangkit bersatu dan menentang kuasa besar manusia. Setiap kehidupan di sana dihubungi dan bersatu di bawah pemimpin yang juga manusia secara fizikal. Walaupun tidak yakin akan memenangi perperangan tersebut, namun disebabkan oleh pengaruh pimpinannya serta kesedaran semua makhluk, mereka berjaya mematahkan kuasa besar manusia dengan apa jua kaedah.
  17. Filem ini mengingatkan saya mengenai cara sesebuah ladang sawit di buka di kawasan pendalaman atau cara pembalakan dilakukan. Sudah pasti hidupan asal di sana akan melakukan perkara yang sama seperti cerita ini jika mereka diperlakukan sama seperti kisah filem ini.
  18. Filem ini mengajar erti cintakan flora fauna, semangat persaudaraan, semangat juang untuk mempertahankan diri serta keluarga dan banyak lagi masej positif.
  19. Lima bintang untuk AVATAR!

Wednesday, 17 February 2010

Seorang Jurutera Yang Berjaya Dalam Industri Sawit Negara


  1. "Kejayaan" adalah subjektif. Bergantung kepada penilaian setiap individu. Dalam artikel ini, kejayaan di tafsirkan melalui perjalanan kerjaya seorang jurutera bermula daripada hari pertama memasuki industri dengan kadaran masa serta jawatan yang dipengang.
  2. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman kerana komen daripada salah seorang pelawat blog. Beliau secara jujur memuji pencapaian yang telah saya gapai serta meletakkan saya antara orang paling 'bertuah' dalam industri. Bukanlah niat saya untuk berbangga atau riak, tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana apa yang dialami beliau, juga dialami oleh kebanyakkan penolong jurutera yang saya kenali. 'Mentaliti' penolong jurutera serta penolong pengurus.
  3. Sejak hari pertama sampai di kilang sawit, saya telah diberitahu : "Anda adalah bakal pengurus suatu masa nanti. Jadi, bersedialah untuk ke arah itu".
  4. Sejak dari itu, apa yang saya lakukan adalah untuk memenuhi kriteria tersebut. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pengurus yang baik?
  5. Apa yang perlu pengurus urus?
  6. Apa kelayakkan yang pengurus perlu ada? dan banyak soalan yang timbul. Jawapan itu saya cari setiap hari semasa bekerja. Kemudian saya jawab melalui kejayaan yang saya perolehi.
  7. Hari ini setelah menyertai industri sejak Mac 2004, saya menjadi seorang pengurus. Saya mula memegang jawatan pengurus sejak September 2006 iaitu selepas 30 bulan atau 2 tahun 6 bulan menyertai industri.
  8. Saya lulus jurutera stim gred 2 pada september 2006. Gred satu pada september 2008. ICE gred 2 pada Mac 2009. Saya mengikuti DIPOM pada 2007. Jujur saya katakan, ia hadir setelah bermacam pengorbanan dilakukan oleh saya serta keluarga tercinta. Keluarga senantiasa menjadi tulang belakang semasa saya mengharungi semua cabaran tersebut.
  9. Antara cabaran yang paling besar adalah semasa mengikuti kursus DIPOM. Itu juga adalah tahun pertama saya menjawat jawatan pengurus. Dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan jawatan serta tanggungjawab yang besar, saya terpaksa mengikuti kelas, ujian serta menyelesaikan 3 projek. Saya mendapat markah 68% untuk kursus tersebut.
  10. Sejak hari pertama, saya telah meletakkan target beberapa perkara yang mesti saya capai dalam masa 5 tahun. Jurutera Stim, Diploma dan menjadi pengurus. Semuanya dicapai lebih awal daripada target saya!
  11. Kenapa anda menjadi seorang penolong jurutera atau penolong pengurus melebihi 5 tahun tetapi masih belum lulus peperiksaan jurutera stim serta menjadi pengurus?
  12. Ini adalah pendapat saya :-
  • Anda tidak fokus pada target yang ingin dicapai. Pastikan anda meletak target jelas setiap tahun.
  • Usaha dan inisiatif anda masih belum cukup untuk berjaya. Usaha tangga kejayaan. Tiada yang percuma dalam dunia sekarang. Mungkin juga teknik yang salah digunakan. Minta nasihat daripada orang yang berpengalaman dan ikuti nasihat mereka.
  • Anda tidak mahu menjadi pengurus. Terdapat penolong jurutera tidak mahu menanggung beban kerusi panas. Lebih selesa menjadi pengurus kerana tekanan kurang. Tidak mahu menduduki peperiksaan, kelak dilantik menjadi pengurus. Sampai bila anda sanggup menyeksa keluarga anda?
  • Mempunyai masalah dengan kelayakan diploma atau ijazah yang diperolehi. Mungkin tidak tamat atau gagal. Tiada cara lain melainkan anda perlu menyelesaikannya sebelum pihak majikan mengentahuinya.
  • Anda mempunyai perancangan lain seperti menjadi seorang usahawan berjaya... jadi tidak perlu untuk berusaha gigih dalam industri. Bagus. Berhenti dan buatlah bisness sekarang. Jika tidak, lakukan yang terbaik dalam industri.
  • Anda tidak tahu apa yang perlu anda lakukan @ capai kerana tidak mendapat pendedahan yang sesuai. Rujuk mereka yang telah berjaya.
  • Anda berkawan dengan mereka yang tidak mahu berjaya! terpengaruh dengan rentak mereka. Tambah kenalan dalam industri dan kenali lebih rapat mereka yang berjaya.
  • Anda tidak mempunyai sumber rujukan atau penasihat yang baik untuk kerjaya anda. Anda tidak pernah berusaha untuk mencarinya.
  • Anda suka membuang masa anda serta syarikat. Anda tidak pernah merasai kepentingan masa yang berlalu.
  • Anda berada dalam 'comfort zone' selesa dengan apa yang anda capai sekarang. Anda tidak perlu risau dibuang kerja kerana syarikat anda kepunyaan bapa anda. Anda tidak pernah membayangkan akan dibuang kerja kerana merasai syarikat anda tidak akan melakukan perkara tersebut.
  • Anda anak orang kaya. Kalau dibuang kerja, keluarga anda masih boleh menanggung anda.
  • Anda memang tidak layak (ini yang paling pedas - minta maaf ya). Anda masih dikuasai mentaliti 'penolong' serta tidak pernah meletakkan diri anda pada kapasiti, pemikiran, tindakan serta tanggungjawab seorang pengurus. Anda hanya menunggu arahan daripada pengurus untuk melakukan rutin kerja harian.

Cuaca Tidak Menentu

Sumber gambar NST

  1. Cuaca tidak menentu sejak beberapa bulan yang lepas. Sekejap hujan, sekejap panas.
  2. Pada tahun 2009, bulan Feb adalah antara hujan paling lebat. Namun, sekarang hujan direkod >
  3. Diramal El Nino akan melanda negara.
  4. Cuaca memberi kesan besar pada jumlah keluaran sawit.
  5. Jika hujan lebat terutama waktu pagi (0800 - 1000 pagi), 'pollination' akan bermasalah. Kesan PFS atau duri landak pada FFB akan berlaku enam bulan selepas musim hujan lebat.
  6. Daripada segi operasi ladang, hujan akan merosakkan jalan dan operasi FFB evacaution akan bermasalah. FFA sudah tentu akan meningkat hasil daripada FFB kurang segar serta buruk.
  7. Operasi kilang akan bermasalah terutama semasa proses memasak buah. Buah yang tidak segar perlu diseimbangkan daripada segi kehilangan di condensate serta di kernel plant. Disamping itu juga, operasi despatch akan terganggu disebabkan masalah jalan utama ditenggalami air serta jalan gravel berada dalam keadaan paling teruk.
  8. Kekurangan air semasa musim kemarau juga akan memberi kesan kepada pokok sawit. Kehilangan air akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan buah.
  9. Jika keadaan berterusan, kawasan tadahan air untuk kilang sawit akan kering. Ini sudah tentu akan menjejaskan operasi kilang, kerana air digunakan 1.2 m3 / mt FFB.
  10. Setiap benda hidup di dunia ini amat memerlukan air. Tiada air, tiada kehidupan. Pengurusan air yang cekap akan banyak membantu menanggani masalah ini dengan lebih cekap. Sebarang pembaziran perlu dicegah.

Rekod hujan tahun 2006 - 2010 (Jan) di Loagan Bunut

2006 / 2007 / 2008 / 2009 / 2010 (Month Jan - Dec )

JAN 438, 617, 442, 664, 394

FEB 433, 611, 598, 298

MAC 433, 381, 787, 426

APR 548, 213, 395, 476

MAY 338, 278, 187, 142

JUN 403, 501, 490, 143

JULY 267, 276, 389, 72

AUG 172, 319, 427, 201

SEPT 445, 535, 312, 106

OCT 352, 707, 586, 296

NOV 327, 294, 559, 376

DEC 440, 406, 606, 357

all unit in mm

Tuesday, 16 February 2010

Berilmu dan tiba masanya untuk beramal..


  1. Sejak mula mengingati dan mempunyai memori, apa sahaja yang boleh dirasai oleh 6 panca indera serta hati menjadi sumber maklumat serta ilmu kepada insan bernama manusia.
  2. Aku masih ingat semasa kejadian diserang obor - obor takkala sedang mandi di Sungai Tok Lukup 23 tahun yang lalu (berumur 8 tahun). Kesan parut sebesar biji kurma masih ada di belakang. Pengajaran utama adalah : dengar nasihat ibu dan jangan melawan cakapnya. Pergi mandi-manda bersama rakan semasa cuti sekolah.
  3. Semasa di bangku sekolah rendah, guru menjadi sumber rujukan penting aku. Ada di kalangan mereka menjadi idola serta sumber motivasi. Banyak input positif serta nasihat diberikan padaku yang kebanyakannya membentuk peribadi aku hari ini.
  4. Aku masih ingat menangis di dalam kelas selepas mendapat markah 78 % untuk ujian matematik dan tidak mendapat A. Aku dipujuk oleh pelatih guru matematik berbangsa cina, katanya, jangan risau dengan kegagalan tersebut, teruskan usaha dan tumpukan pada UPSR. Aku menangis kerana usaha gigih dilakukan semasa aktiviti mengingat sifir 1 - 12 dilakukan (jika ingat sifir 1-12, buku kecil akan ditandatangan oleh guru tersebut- bangga dapat tandatangan guru). Dia mengajar aku, gagal bukan bererti selamanya gagal. Gagal itu ada hikmahnya.
  5. Aku masih ingat, suatu pagi Ahad, lewat ke sekolah. Hari itu perhimpunan pagi. Aku sampai pukul 0800 pagi beberapa meter dari sekolah. Semasa diri dalam dilema sama ada ingin meneruskan perjalanan memasuki kawasan sekolah (perhimpunan dilakukan di hadapan sekolah - semua pelajar duduk bersila di atas padang bola tampar- malu dilihat oleh semua pelajar sekolah) atau ponteng. Semasa sedang berfikir, seorang ustaz memanggil aku dan menyuruh aku berjalan menuju ke perhimpunan. Malunya setebal 10 inci. Tapi hari ini aku amat berterima kasih kepada Allahyarham Ustaz, kerana dengan tindakan beliau, hari ini aku lebih suka berhadapan dengan masalah berbanding melarikan diri daripadanya.
  6. Aku masih ingat, duit yang aku perolehi daripada abang ipar hasil dari membantunya setiap kali cuti sekolah, aku belanjakan untuk membeli kaset ceramah dan buku agama Menteri Besar Kelantan 12 tahun dulu. Aku tidak sanggup untuk meminta daripada ibubapa kerana tahu mereka memerlukannya untuk perkara lebih penting. Intipati serta kesan daripada ilmu yang diperlohi hasil daripada kaset serta buku itu juga amat signifikan kepada rutin hidup aku sekarang.
  7. Aku masih ingat, tak kala ingin mengulangkaji pelajaran pada waktu malam, tidak mempunyai meja serta rak buku. Aku bertukang membuat meja serta rak buku daripada kayu terpakai yang dikutip dari Kg Tok Lukup serta sekeliling rumah. Hasilnya, hari ini aku ada skill serta teknik pertukangan tangan yang baik. Sistem yang digunakan untuk menyimpan peralatan yang dibeli juga aku gunakan di tempat kerja. Aku menjadi jurutera hari pun juga disebabkan oleh kerana pengalaman tersebut!
  8. Aku masih ingat, setiap kali selepas waktu asar, aku dan abang tidak dibenarkan untuk pergi bersukan. Aku dan abang perlu membantu ayah untuk mengisar sagu untuk dijadikan makanan itik. Kesannya, hari ini aku tidak pandai bersukan. Namun, masa berharga itu banyak menyedarkan aku tentang kesusahan keluarga serta menjadi sumber motivasi untuk aku berusaha keras setiap waktu. Menghargai serta bersyukur dengan setiap apa yang ada.
  9. Setiap saat hidupku yang mampu aku ingat, dirungkai kembali saat dan tika ini kerana ia menjadi panduan untuk aku membuat keputusan sekarang.
  10. Jika kita tidak mempunyai pendedahan (ilmu) yang baik, kita cenderung untuk membuat pilihan kepada benda yang tidak baik. Sebuah peti ais, jika tidak diisi benda yang berguna, akan dimasukkan perkara busuk yang akan merosakkan keseluruhan peti ais. Perkara kebaikan perlukan usaha. Perkara kejahatan tidak perlu kepada usaha kerana kita mempunyai nafsu serta syaitan di sekeliling.
  11. Dalam proses membesar (kanak - kanak kepada remaja serta dewasa) pendedahan, ilmu agama serta pengalaman positif banyak memberi kesan kepada pembentukan peribadi seorang dewasa.
  12. Selari dengan ilmu yang ada, kita perlu mengamalkannya. Seorang jurutera yang mempunyai ilmu kejuruteraan perlu mengamalkan ilmunya untuk kesejahteraan umat manusia bukan sekadar duit semata - mata. Begitu juga mereka yang mempunyai ilmu agama, perlu mengajar mereka yang buta agama. Supaya menjadi panduan berguna tak kala mengharungi kehidupan yang penuh ceroba di dunia ini.
  13. Sebagai kesimpulan, berapa ramai antara kita mempunyai banyak ilmu berguna, tetapi tidak mengamalkannya. Kelak di akhirat, orang - orang berilmulah yang pertama akan di tanya oleh Allah, apa mereka sudah lakukan dengan ilmu yang mereka ada. Ada ilmu, ada tanggungjawab. Mereka berilmu, dan merekalah yang perlu menunjukkan jalan yang lurus pada rakyat di bawah pimpinan mereka. Jika sebaliknya, mereka inilah yang pertama akan mendapat azab neraka Allah.
  14. Kita boleh membuat senarai semak dalam kepala otak kita, apa lagi yang tidak kita amalkan dengan apa yang kita tahu. Apakah usaha sudah dilakukan untuk menuju ke arah merealisasikan ilmu itu dalam kehidupan seharian?

akhir kata, kita semua sudah berilmu, namun berapa % ilmu itu sudah kita amalkan dalam kehidupan seharian?

Beruntunglah mereka yang setiap hari menambah ilmu di dada dan pada waktu yang sama mengamalkannya serta menyebarkan kepada orang lain.