Saturday, 30 December 2017

Palm Oil Industry




Budi Bahasa

“ Jika hendak mengenal orang berbangsa, 
lihat kepada budi dan bahasa; 

Jika hendak mengenal orang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia; 

Apabila banyak berkata-kata, 
di situlah jalan masuk dusta; 

Apabila banyak mencela orang, 
itulah tanda dirinya kurang; 

Apabila perkataan lemah lembut, 
lekaslah segala orang yang mengikut; 

Apabila perkataan amat kasar, 
lekaslah orang menjadi gusar; 

Keaiban orang jangan dibuka, 
keaiban sendiri hendaklah sangka."

Nukilan :
Prof Dato Dr Awang Sariyan

Monday, 18 December 2017

Leadership Is Influence / Pemimpin Itu Memimpin







1. Apakah ciri utama seorang pemimpin?
2. Mempengaruhi.
3. Pencorak budaya.
4. Peneraju apa sahaja.
5. Pemandu.
6. Tanpa kriteria ini, pemimpin itu tidak dapat memimpin.
7. Untuk menjadi seorang pemimpin yang bisa mempengaruhi, ia mesti menjadi seorang yang boleh diteladani.
8. Seorang yang mampu dipercayai. Benar. Amanah.
9. Seorang yang mempunyai karisma.
10. Seorang yang ada ciri komunikasi yang efektif. Tabligh.
11. Seorang yang ada authoriti. Ada bukti dan sejarah peribadi. Kompeten. 
12. Seorang yang layak. Baligh. Tidak gila. Beriman. 
13. Dalam banyak ciri - ciri di atas, seorang pemimpin sangat perlukan komunikasi. 
14. Tanpa komunikasi, seorang pemimpin akan ada masalah untuk mempengaruhi.
15. Beliau mesti bercakap.
16. Ya, sangat perlu dan banyak bercakap.
17. Namun, seorang pemimpin yang hebat, ayat - ayat nya cuma sedikit, tetapi sangat berkesan. 
18. Satu katanya ada seribu makna.
19. Dua katanya, beribu orang akan sanggup mati kerananya.
20. Selain itu, beliau amat perlu konsisten. Buat apa sahaja sehingga ia mempengaruhi semua yang ada di sekelilingnya!



Japanese & sustainable palm oil

http://m.themalaymailonline.com/money/article/japanese-firms-to-buy-palm-oil-from-sustainable-sources-from-2020-says-mah