Friday 25 December 2009

Krisis Kepimpinan

Kita laksana haiwan di hutan rimba jika tiada agama.

  1. Pemimpin.Khalifah... atau apa jua perkataan yang sesuai untuknya. Pemimpin adil untuk diikuti. Pemimpin zalim dan melakukan maksiat kepada Allah, wajib diperangi!
  2. Allah telah menunjukkan ciri penting seorang pemimpin melalui peribadi Baginda Rasullah SAW.
  3. Hari ini jika ingin menjadi pemimpin, kriteria berikut sudah pasti menjadi perhitungan.
  4. Kaya- banyak duit, banyak projek.Jadi CEO syarikat besar atau sebagainya.
  5. Berpangkat-kedudukan-darjat yang tinggi. Anak YB atau menteri atau segala yang sewaktu dengan akan lebih mudah menjadi pemimpin berbanding orang yang tiada mempunyai apa - apa. Bukan siapa anda, tetapi siapa yang anda kenal??
  6. Berpendidikan tinggi. PhD, master, ijazah? atau berapa gulung yang anda ada.
  7. Daripada keturunan itu dan ini. Bumiputera? Syiekh? Keturunan DiRaja..atau keturunan menteri..
  8. Dan sebagainya yang kadang - kala membuatkan kita lupa panduan yang telah digariskan oleh Allah. Kembali semula melihat sirah Rasullah SAW seperti :-
  9. Rasullah SAW adalah anak yatim. Kematian ibupada sejak dikandung dan masih kecil. Apalah seorang anak yatim boleh lakukan, tiada ibubapa bergelar Datuk, Dato' untuk menjadi sokongan semasa pilihanraya. Dia bukan anak Tun, bukan anak Raja. Tetapi kenapa Allah memilih Anak Yatim Yang Mulia ini menjadi pemimpin seluruh ummat?
  10. Rasullah SAW seorang miskin. Tidak punya harta bertimbun atau syarikat besar di Mekah. Tiada harta, bolehkan hendak meraih undi semasa pilihanraya? Boleh menjadi penaja kepada sesiapa. Jika tiada duit, macam mana nak memenangi Pilihanraya Umum Mekah?
  11. Rasullah SAW buta huruf. Tidak boleh membaca dan menulis.
  12. Tetapi Allah mengangkat Baginda SAW menjadi Rasul, Pemimpin Seluruh Ummat hingga ke Akhirat.
  13. Walaupun dengan begitu 'kekurangan' pada pandagan manusia, namun yang pasti, Baginda seorang yang JUJUR dan AMANAH. Sejak lahir tidak pernah menipu. Bergelar 'Al-Amin' dan semua penduduk Mekah tahu akan kebaikan baginda.
  14. Kriteria penting untuk dipilih semasa mengundi untuk dijadikan YB, ADUN, Menteri Besar, Menteri Negara juga Perdana Menteri adalah AMANAH & JUJUR.
  15. Apalah gunanya harta bertimbun, jika selepas itu wang rakyat disapu bersih.
  16. Apalah gunanya bergelah Datuk, Dato' serta segala Pehin Panglima, jika selepas itu melakukan perkara lebih hina daripada petani di hujung dunia.
  17. Apalah gunanya PhD, Master dan bergulung ijazah yang diperolehi, jika selepas itu tidak mengamalkan ilmunya serta juga terlibat di dalam kes pecah amanah, mencuri, rasuah dan mengkhianati amanah rakyat dan lebih besar menjadi penkhianat Agama.

Sesungguhnya kita akan beruntung jika tiap gerak geri kehidupan kita sentiasa mengingati panduan dan ajaran agama.

Jika sebaliknya, pasti kita akan senantiasa begelumang dengan masalah yang tidak pernah selesai seperti masalah krisis kepimpinan, rasuah dan kemusnahan negara.

No comments:

Post a Comment