Wednesday, 28 April 2010

Doa selepas solat

  1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat & sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia - mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga & sekalian sahabat - sahabat Baginda.
  3. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, matikanlah kami dalam iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama - sama iman.
  4. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami & dosa - dosa kesalahan kedua ibubapa kami, serta kesihanilah kedua ibubapa kami sebagimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
  5. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yangbaik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan tidak baik.
  6. Yan Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.
  7. Anugerahkanlah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Manah Pengurnia.
  8. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat, dan perihalalah kami daripada azab neraka.
  9. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat - sahabat Baginda.
  10. Dan segala puji hanyalah untuk Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.

Amin.

No comments:

Post a Comment