Friday, 26 November 2010

Shaft Press Patah

  1. Baru - baru ini saya diajurkan dengan soalan bagaimana hendak membersihkan press selepas beroperasi.
  2. Perbincangan tersebut menjurus kepada masalah utama, kenapa shaft press selalu patah?
  3. Berikut adalah pendapat saya berdasarkan pengalaman dan perbincangan dengan rakan - rakan :-

Faktor shaft press patah :-

1. Pengeluar utama press di Malaysia seperti CHD, CBP, EMI, Waun Yon, GS dan sebagainya. Setiap press mempunyai kelebihan dan keburukan. Berdasarkan pengalaman saya, rekabentuk shaft, key way memainkan peranan penting dalam menentukan jangka hayat shaft. Kebiasaannya, shaft tersebut gagal pada key dan menyebabkabnya patah.

2. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan shaft. Ramai yang mendakwa shaft mereka dihasilkan menggunakan EN9, EN10, EN 16.. namun, tiada siapa dapat memberi jaminan adakah bahan yang digunakan sama seperti didakwa. Hardness test boleh dijalankan, namun adakah kita mempunyai cukup peralatan untuk menguji?

3. Operasi ; Salah satu prosedur utama press adalah mengosongkan press cage selepas tamat proses. Jika ini tidak dilakukan, fibre (mesocarp) yang tinggal di dalam press cage akan menyejuk. Fibre yang sejuk akan menjadi faktor shaft press patah apabila dihidupkan keesokkannya. Fibre semasa sejuk dan panas amat bebeza. Namun, perkara ini sepatutnya tidak menjadi masalah jika press itu direkabentuk dengan safety factor yang tinggi. Adalah kecuaian utama ini tidak diambil kira oleh jurutera semasa mereka bentuk press tersebut? Namun, tidak dapat dinafikan, praktis mengosongkan press cage sebelum press dimatikan amat penting. Tidak kurang juga praktis mengosongkan digester. Kesan yang sama akan berlaku jika tidak dikosongkan dan digester mesh dibiarkan sejuk. Satu kaedah biasa yang digunakan untuk mengosongkan press cage adalah dengan memasukkan shell ke dalam press feed conveyor. Ini dilakukan apabila proses pembaikan untuk menukar screw. Namun amat tidak praktikal jika dilakukan setiap hari. Tambahan kerja kepada operator. Cukup sekadar mengosongkan dengan mengoperasikan press.

4. Tandan kosong carry over ke station press.

Ini adalah mimpi paling ngeri. Jika jarak flatbar di Thresher drum lebih dari 1", kebarangkalian EFB carry over ke digester dan seterus ke press amat tinggi. pastikan thresher diperiksa setiap minggu. Jika EFB memasuki press, ini juga boleh menjadi punca shaft patah.

5. Memanaskan fibre sebelum press dioperasikan.

Terdapat air panas atau stim di bahagian press atau digester. Panaskan terlebih dahulu semua bahagian digester dan press sebelum press dihidupkan. Seperti saya katakan diawal bahagian, fibre yang sejuk amat kuat, apabila dipanaskan ia akan menjadi lembut, berminyak dan boleh mengelakkan kerosakkan pada press.

... sekian, byk lagi faktor yang boleh dibincangkan...

No comments:

Post a Comment