Thursday, 18 April 2013

Aku mahu berehat, cuti - cuti satu tahun

6 April 2013, aku telah mengambil peperiksan untuk kursus terakhir program MBA. Bermula Januari 2011, alhamdulillah, program pengajian itu ditamatkan. Terima kasih kepada isteri kerana banyak membantu dan memberi sokongan tidak berbelah bagi.

Insya Allah, jika tiada aral, kemungkinan besar akan konvo pada bulan September 2013. MBA banyak membuka persepsi dan lebaran baru dalam meniti kehidupan sebagai seorang pekerja. Minda keusahawanan banyak dipupuk sepanjang mengambil kurus ini. Bukan setakat itu sahaja, persepsi kita semasa bekerja, mengurus juga turut berubah.

Belajar sepanjang hayat.

Jadi, untuk tahun 2013 berbaki beberapa bulan ini, aku ingin bercuti dari mengambil apa - apa peperiksaan. Cuba untuk merehatkan diri dan meluangkan masa dengan keluarga dengan cara yang lebih berkualiti. Maklumlah, setiap kali peperiksaan atau tarikh menghantar assignment sudah semakin dekat, tahap tekanan aku juga semakin meningkat. Sedikit sebanyak, keluarga banyak terkesan dengan perubahan sikap dan mood aku.

Apa aku nak buat? Mungkin buat salad garden di rumah. Tanam apa saja pokok yang bermanfaat. Bawa keluarga bercuti ke mana tempat menarik. Banyak perkara boleh dilakukan. Jauhkan diri dari peperiksaan.

Salad Garden
Terima kasih kepada Isal, Keratong Agro Farm kerana mengenalkan aku dengan perkataan salad garden. Menarik sebenarnya kerana inilah minat aku yang paling besar dalam senari minat - minat aku. Sejak menjadi seorang pembiak, aku telah mengenali pelbagai jenis tumbuhan untuk dijadikan koleksi salad garden. Terima kasih juga kepada Pak Faisal kerana menghadiahkan benih mulbery. Terkini dalam senarai list salad garden aku, indigofera, malbery, napier taiwan-india-pandan, ketum. Aku akan memberikan banyak tumpuan untuk membiakkan indigofera di rumah. Seperti biasa, pokok pisang tidak dilupakan. Cuma kali ini aku banyak memberi tumpuan kepada pokok pisang berangan. Dianggarkan lebih 50 pokok pisang telah ditanam dikebun keliling rumah.

Memahami Al Quran
Mungkin juga aku akan mendalami terjemahan Al Quran. Belajar menghayati setiap patah ayat - ayat Al Quran. Indahnya mendengar Wahyu Illahi. Banyak cerita. Banyak pengajaran. Banyak juga amaran. Banyak juga bekalan untuk kehidupan dunia akhirat.

Toasmasters Club
Minggu lepas aku menghadiri mesyuarat pertama Toastmaster Club. Sejurus beberapa hari aku mendaftarkan diri untuk menjadi ahli. Menarik juga kelab ini. Terutama dalam memperbaiki skill berucap. Ia sebenarnya telah mencungki bakat terpendam aku. Aku sebenarnya mempunyai potensi yang amat besar menjadi seorang pemidato. Cuma perlu diasah! Kelab ini menemukan aku dengan ahli daripada pelbagai latar belakang. Ya. Ia sebuah kelab yang menarik untuk disertai.


No comments:

Post a Comment