Assalamualaikum wt.
Selamat menunaikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang adil, yang mengajak ke arah kebaikan dan yang mencegah perkara mungkar.
23 tahun PAS telah merubah banyak perkara di Kelantan. Tidak berbangga dengan kehebatan pembangunan dunia kerana sekular US bina lebih hebat, komunis China juga lebih hebat, tetapi berbangga kerana telah mengubah pemikiran rakyat lebih dekat kepada kehidupan beragama dan Islam.
Masih ada kerja perlu dilakukan, namun, semangat perubahan itu wajar dirasai oleh segenap warga negara Malaysia yang cintakan kebenaran.
Dengan kebenaran di Kelantan, negeri bebas rasuah dan bebas dari pusat maksiat berlesen.
Dengan ketelusan di Selagor, rezab tunai negeri dari RM400 juta meningkat kepada rm2500 juta atau rm2.5 billion dalam masa 5 tahun.
Dengan ketelusan dan cekap di Pulau Pinang, indeks rasuah berada di tahap paling rendah.
Dengan kejujuran di Kedah, pendapatan balak negeri juga meningkat.
Lebih jauh dari itu, negeri bertambah berkat, rakyat semakin makmur.
Pertembungan dan perperangan kebenaran dan kebatilan tetap akan berterusan hingga hari kiamat, namun, majoriti mereka yang cintakan agama, yang anti rasuah, yang mahukan kerajaan yang cekap dan telus, kini bersama Pakatan Rakyat.
Yang tinggal dalam BN adalah mereka yang berkuasa, yang kaya raya, yang berpangkat dan ahli perniagaan yang mendapat kontrak kerajaan bernilai jutaan ringgit. Mereka tidak mahu melepaskan apa saja yang mereka ada. Malah, mereka mahu meneruskan budaya mereka mengumpul kekayaan di waktu rakyat makin sempit dan merana. Mereka memainkan sentimen bangsa dan agama, perkauman dan perpecahan kerana mahu kekal berkuasa. Di depan Melayu di Kelantan, mereka kat DAP anti Islam dan PAS sanggup gadaikan Islam. Di depan orang Kristian dan Cina di bandar besar Sabah dan Sarawak, mereka kata PAS akan laksana Hukum Islam dan kebebasam orang Cina akan tersekat.
Dalam dunia IT ini mereka melakukan kerja keji dan hina. Rakyat melihat dan sudah lama bangkit dari lena. Rakyat semua sudah celik dan sedar. Sedar dan ramai sudah mahukan perubahan.
Berbeza dengan majoriti pimpinan PAS, mereka berjuang kerana cintakan Islam. Mereka berjuang kerana tanggungjawab amal makruf dan nahi mungkar. Mereka berjuang, sumbangkan tenaga malah harta benda. Mengharap cuma satu, pahala dan redha Allah SWT.
Berjuang dalam Pas bukan sebab Nik Aziz dan Hadi Awang.
Berjuang dalam Pkr bukan sebab Anwar dan Azizah.
Berjuang dalam Dap bukan sebab Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
Tapi berjuang dalam Pakatan Rakyat adalah demi dan ke arah Malaysia yang lebih baik. Lebih baik kerana bukti di Kelantan, Kedah, Penang dan Selangor sudah ada di depan mata. Lebih baik kerana kerajaan BN sudah 56 tahun memperbodohkan rakyat Malaysia, merompak khazanah negara untuk berlegar di kalangan pemimpin mereka yang semakin hari semakin kaya dan mewah.
*Kejahatan paling besar adalah bila mana orang - orang yang baik tidak berbuat apa - apa apabila melihat kezaliman di depan mata"
"Jika mereka sanggup menzalimi seorang rakyat Malaysia, sudah tentu mereka akan menzalimi seluruh rakyat Malaysia"
"Jika Khalifah Saidina Omar Al Khattab masih hidup, sudah tentu tidak akan ada kezaliman di dunia".
Ayuh tunaikan tanggungjawab dan pilih pemimpin yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Saya pilih PAS.
No comments:
Post a Comment