Wednesday, 12 February 2014

Dirt PK tinggi?!!!

Soalan: 
Macam mana nak tackle dirt palm kernel?

Nak tackle dirt PK, check mana yg tinggi. Amik formula mudah kita nak dapatkan <5%. Maka kita limitkan setiap dirt kpd berikut;

0.5 stone or fine sand or fibre
1.5 shell
1.5 broken nut
0.5 whole nut.
Jumlah semua 5%.

Katakan kita dapat free shell lebih dari 2% makanya masalah datang dari Hydrocyclone .

Katakan dirt >2% broken nut. Maka punca mungkin nut tak cukup masak atau tak cukup RT di silo.

Katakan whole nut lebih 1.5%, maka punca dari ripple mill. Cracking tak cukup bagus atau saiz nut kecil bla bla.

Jadi, check dulu mana komposisi dirt yg tinggi. Dari situ tackle.

Di kilang baru saya hadapi masalah dirt akhir tahun lepas. Antara tindakan sy buat adalah;
1. Jalankan semula Nut Silo/bin
2. Ubah saiz nut grading drum ikut saiz nut
*tindakan itu saya buat bila kaji setiap komposisi dirt dari mana.

Sebelum ni kami pakai 3 hydrocyclone, sekarang kami guna dua sahaj. Masalah dirt selesai. Malah lebih baik kerana jumlah kw elektrik kilang turut menurun!

Antara bhg lain yg sering kita terlepas pandang adalah load di Kernel Plant. 

Jika load tidak stabil, maka dirt tak konsisten.

Makanya amat penting Nut Silo/bin diguna utk memastikan load yg konsisten. Ini juga antara punca kenapa dirt sekejap ok, sekejap
KO.

No comments:

Post a Comment