Monday, 10 February 2014

Perasaan tak!

PERASAN TAK?...Duit RM50 terasa begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat nak baca Al-Quran wpun 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut ke depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
๐Ÿ’ Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu ๐Ÿ•
2. Kata-kata 
3. Kesempatan

๐Ÿ’ Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan ๐Ÿ˜ก
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

๐Ÿ’ Ada 3 hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran

๐Ÿ’ Ada 3 hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta ๐Ÿ’˜
3. Kebaikan

๐Ÿ’ Ada 3 hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan  ..
2. Kejayaan ๐ŸŽ“
3. Mimpi ๐Ÿ’ค

๐Ÿ’ Ada 3 hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 

๐Ÿ’ Ada 3 hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus ..

๐Ÿ’ Ada 3 hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur ๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ด
3. Jodoh ๐Ÿ’‘

TAPI, ada 3 hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua ๐Ÿ‘ต
2. Sakit ๐Ÿฅ
3. Kematian. ?.

Ya ุงู„ู„ّู‡ , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan &  lancarkan segala pekerjaannya..

Kongsikanlah bersama2 dgn insan2 yg kamu sayangi...๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘

No comments:

Post a Comment