Sejak berumur 16 tahun, saya telah berhijrah keluar dari Kelantan. Antara negeri yang saya tinggal adalah Pulau Pinang. Saya amat menyanjungi Pulau Pinang atas beberapa perkara. Antaranya adalah penggunaan tanah secara sangat efektif oleh penduduk majoriti bangsa Cina. Setiap inci tanah tiada yang terbiar. Semuanya ditanam sayuran serta pelbagai tumbuhan bernilai komersial. Walaupun tanah hanya sejengkal, ia diusahakan dengan penuh gigih dan penuh hasil.
Apabila saya balik ke kampung, hati cukup terguris. Melihat tanah terbiar keliling rumah mahupun di kebun.
Dipendekkan cerita (banyak betullah pendek), setiap kali saya pulang bercuti semester atau cuti dua tiga hari, saya pasti akan menanam pokok di keliling rumah!
Antara pokok yang saya suka tanam adalah pokok pisang Nipah/Sabah. Kemudian pokok kelapa, rambutan, serai, atau apa jua benih yang ada semasa waktu tersebut. Saya pantang melihat tanah terbiar. Akan saya pacak sebatang pokok sebagai legasi.
Selang beberapa waktu, setiap kali saya pulang, ibu yang saya kasihi akan sentiasa menyimpan pisang Nipah untuk saya. Setiap pokok akan disebut, sudah berapa kali berbuah. Saya amat terharu dengan kasih si ibu saya.
Tuan Puan yang saya kasihi, saya bukanlah peminat pisang, tapi saya minat bercucuk tanam. Apa sahaja saya akan tanam untuk maksimunkan penggunaan tanah rahmat Tuhan.
Walaupun berhijrah, saya telah meninggalkan legasi di semua tempat atau kilang sawit yang saya urus. Bukan sekadar pokok pisang!
No comments:
Post a Comment