Monday, 10 February 2025

ORANG MUDA

Orang muda

1. Aku sudah melepasi pertengahan umur. Masuk umur 46 tahun. Sudah beberapa kali melalui fasa mid life crisis.
2. Orang muda. Aku ingin kongsi pengalaman. Dulu aku juga orang muda. Darah muda. Darah cepat naik. Semua ingin pantas dan cepat. Semua mahu ikut rasa emosi dan perasaan.
3. Aku baru faham ertinya darah muda. Setelah aku kini menjengah usia tua. Uban di kepalaku memutih sudah lama. Begitulah juga pengalaman yang aku tempoh dalam pelbagai situasi.
4. Atas sebab itu, maka aku kini menulis buat pesan untuk mu orang muda. Supaya kelak kau lebih bijaksana dan budiman dari diriku. Semoga kau lebih jaya gemilang dan bahagia dariku.
5. Hi orang muda. Dulu aku suka buat kerja semuanya mahu cepat. Sebab kesan kafien diminum setiap hari itu cepat mengalirkan darah mudaku. Namun kini, sejak gastrik menyerang teruk dan tubuhku semakin lemah, aku lebih sukakan slow & steady. Nescafe aku telah kurangkan. Mengambil lebih teh yang kurang cafenya. Disebabkan tenaga semakin kurang, aku kini lebih suka mendalami sesuatu dengan lebih tekun.
6. Hi orang muda, dulu aku suka buat kerja berat dan kasar. Kalau gunung dan bukit boleh aku pindahkan. Namun kini aku lebih suka melakukan sesuatu yang lebih berseni walau pun kecil. Seperti menjahit baju. Bertukang menghasilkan tempat letak pensel yang penuh dengan corak. Dulu jika aku buat meja kerusi, sehari boleh siap. Namun kini kurangnya tenaga, aku buat meja boleh sampai sebulan. Namun permukaannya dilicinkan dengan rapi dan sempurna. Hasilnya lebih indah dan lebih baik.
7. Hi orang muda. Dulu jika memandu 100 km masuk ke ladang sawit, cukup sekali tekan minyak sudah sampai destinasi. Namun kini, setelah beberapa minit memandu, mata mula mengantuk dan penat. Entah dua tiga kali aku berhenti di tepi jalan untuk rehat tidur.
8. Hi orang muda. Dulu aku cepat marah. Darahku naik sampai safety valve pun blow tanpa henti. Namun kini, aku lebih banyak senyum dari marah tidak tentu pasal. 
9. Hi orang muda, aku tahu emosi tenaga mu kuat, namun ingatlah, ia sementara. Kelak kau akan tua. Maka belajarlah menjadi tua walau pun tenagamu kuat dan bertenaga.
10. Jadilah orang matang, budiman, panjang akal dan nasihatlah orang muda di sekitarmu. Semoga dia tidak akan mengulangi silap salahmu dulu. Semoga itu menjadi kebaikan dan saham pahala mu di akhirat.

No comments:

Post a Comment