Saya menggunakan kaedah paling mudah sebagai backpacker. Dan setiap perjalanan sangat singkat. Pergi dan balik hanya dengan menggunakan hujung minggu. Bawa pakaian ringkas, sebuah beg, gadget dan bekal makanan dan minumun. Tinggal di hotel paling murah, selepas ini mungkin akan mula camping.
Menggunakan pengangkutan awam seperti bas, Gojek dan juga Maxim. Sepanjang perjalanan, cuba kurangkan kos sebaik mungkin.
Apa fokus sepanjang perjalanan?
Saya amat minat untuk mencari budaya, adat, tempat menarik dan keistimewaan sesuatu lokasi. Sebagai contoh, Kota Tinggi di Sumatera Barat amat terkenal dengan Istana Besar Pagaruyung dan Jam Gadang. Ini antara lokasi utama saya dalam program Kembara 2026. Keunikan senibina Minang dan kehebatan adat budaya yang tinggi menarik minat saya untuk belajar tentangnya dengan lebih mendalam.
Saya bukan peminat bangunan moden serta supermarket mewah di kota besar, tapi saya minat untuk mencari adat, budaya dan tempat menarik di mana sahaja saya pergi. Melihat sepasang suami isteri sedang membanting padi di sawah padi lereng bukit Kg. Paraiman, Batu Sangkar, di kelilingi keindahan kawasan berbukit, rumah dengan senibina Minangkabau, suasana sejuk dan angin sepoi - sepoi bahasa, sesekali anak muda bermotosikal melalui jalan kampung yang aman damai, itulah yang dicari untuk lari dari kesibukan dan kebisingan kota raya yang penuh dengan pencemaran.
Pada tahun 2021, saya telah didiagnos dengan minor slip disc. Ia menjadi titik perubahan besar dalam hidup saya. Saya terbaring lebih setahun lamanya, terdetik dalam hati untuk bangun dan bangkit. Saya beli motor touring TRK251 Benelli, keluar rumah dan mula ride solo. Setiap kali hujung minggu saya akan cari aktiviti untuk keluar rumah dan antara aktiviti utama adalah camping di sekitar Lahad Datu, Sabah.
Saya lakukan Sabah 360 pada tahun 2023 selama sembilan hari, camping di pelbagai lokasi di Sabah dengan mengunakan kereta bersama - sama tiga anak lelaki.
Saya bangkit, keluar dan mula mengembara ke tempat baru. Jejak kaki, jumpa kenalan baru, belajar perkara baru, alami pengalaman baru.
Kembara 2026.
Kerana bagi saya… mengembara bukan sekadar bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Ia adalah perjalanan jiwa. Ia adalah cara untuk sembuh, untuk belajar, untuk hidup semula.
#Kembara2026
#BackpackerLife
#TravelWithPurpose
#JiwaMengembara
#CeritaPerjalanan
#ExploreNusantara
#Minangkabau
#SimpleTravel
#HealingJourney
#TravelOnBudget

No comments:
Post a Comment