Tuesday, 12 November 2013

Padang Ragutnya Subur Tetapi Malang, Kambing Pula Sakit


Daripada Tulisan Dr ‘Aidh Qarni tentang sikap kasar kita sebahagian orang Islam,orang Arab dan lain-lain berbanding dengan sebahagian orang barat.

(المرعى أخضر ولكن العنز مريضة) بقلم د. عائض القرني

Aku menulis risalah ini dari bumi Paris ketika berkunjung ke sana untuk rawatan lutut.

Aku sebenarnya takut akan tohmahan yang mengatakan aku cenderung kepada Barat, sedangkan aku menulis tentang mereka dengan penuh kebenaran dan keinsafan berdasarkan penelitian dan pemerhatianku.

Demi Allah! Sesungguhnya debu-debu pada kasut Nabi Muhammad bin Abdullah sollallahu ‘alaihi wasallam adalah lebih ku cintai dari seluruh bumi Amerika dan Eropah dihimpunkan bersama.

Tetapi, mengakui dan mengiktiraf kebaikan orang lain bukanlah suatu yang tercela bahkan ianya merupakan manhaj al-Quran.

Firman Allah Ta’ala:

ليسوا سواء من أهل الكتاب أمة قائمة

Maksudnya: “Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar)…” [Ali Imraan: 113].

Ketika aku berada di Paris, selain merujuk kes kesihatanku dengan para doktor, aku sempat melawat beberapa buah perpustakaan serta melihat dan memerhati gelagat masyarakat di sana. Aku perhatikan pergaulan dan hubungan sesama mereka. Sepanjang itu, aku mendapati wujudnya nilai kesenian sebuah tamadun, tabiat yang indah, jiwa yang lembut, kemesraan sebuah pertemuan, adab yang baik dengan yang lain, tona suara yang tenang, hidup yang kemas tersusun, janji yang ditepati dan ketertiban dalam urusan hidup seharian!

 Lantas terlintas persoalan di benakku…

Bagaimana pula halnya dengan kita semua warga Arab?

Ibn Khaldun rahimahullah telah mendahuluiku dengan menyifatkan kita (bangsa Arab) dengan sikap perengus dan kasar.

Walaupun begitu, aku masih berbangga menjadi seorang Arab dek kerana Al-Quran itu berbahasa Arab dan Nabi Muhammad s.a.w juga seorang Arab.

Jika tidak kerana Wahyu itu yang telah mendidik dan mengasuh para pengikutnya, nescaya kita semua masih berada di takuk lama tatkala manusia menyembah berhala Hubal, Lata, Uzza dan Manat yang ketiga dan sekeliannya!

Namun, kita masih lagi punya jiwa yang kering, hambar dan keras mengikut kadar jauhnya kita dari mengamalkan Syariat yang suci.

Kita adalah masyarakat yang pemarah, bengis dan perongos…kecuali mereka yang dirahmati Allah (maka mereka bebas dari sikap itu).

Lihat sahaja sebahagian para masyaikh (guru) dan penuntut ilmu termasuk diriku. Kita kekeringan akhlak yang sempurna, punya nilai diri yang rendah. Terlalu kusam akhlaknya sehinggakan jika ditanya tentang sesuatu kepada sebahagian mereka menyambut persoalan itu dengan masam muka, berpaling dengan tiada menunjukkan minat dan penuh dengan sikap tidak endah.

Para petugas keamanan dari kalangan tentera misalnya. Mereka bersikap sangat kasar dan bengis ketika bertugas. Dengan pakaian seragam mereka itu, menaikkan lagi keangkuhan dan keegoan di khalayak awam.

Dari kalangan para suami pula, berlagak dan berani tidak bertempat. Bengis dan tegas, menakutkan dan menggerunkan bak singa tatkala berhadapan dengan para isteri. Tetapi bila di luar sana sangat lemah lembut, sopan dan mesra alam pula sifatnya!

Tidak ketinggalan juga para isteri. Sebahagiannya umpama kala jengking yang menyengat dan ular yang berbisa!

Begitu juga di kalangan para penjawat awam yang memikul amanah rakyat. Perwatakan mereka persis Namrud bin Kan’aan. Penuh takabbur dan sombong. Bila menyapa seringkali mereka berasa hebat. Tatkala duduk di khalayak ramai mereka seolah-olah bertambah mulia dan gah dengan jawatan yang dipegangnya.

Pegawai-pegawai polis seringkali berbicara dengan bahasa yang kesat, pedih dan menyakitkan.

Para ustaz dan guru sangat tawar dan hambar dengan para pelajar….

Sesungguhnya semua ini menyebabkan kita sangat perlu kepada perubahan. Kita berhajat kepada sebuah sekolah khusus (Maahad Tadrib Latihan) mendidik manusia tentang akhlak mulia.

Kita sangat berhajat kepada institusi yang mampu melahirkan para penjawat awam yang punya perwatakan penuh rahmat, kasih sayang, sopan santun dan tawadhuk.

Kita berhajat kepada sebuah markaz melatih para tentera bersopan dengan masyarakat awam.

Kita perlukan kolej khas dan bengkel yang mampu mengajar para suami dan isteri seni kehidupan berumahtangga.

Umat hari ini ternyata perlu kembali kepada perlaksanaan Syariat yang tuntas dan tepat agar dapat kita keluar dari belenggu kehambaran dan kekerasan jiwa yang jelas terlihat kusamnya di wajah dan pergaulan kita.

Di Negara-negara Arab seringkali kamu akan bertemu dengan masyarakatnya yangberwajah seolah-olah penuh debu dilitupi warna hitam dan gelap gelita kesan dari tekanan, sikap takabbur, bongkak, dongkol, bebal dan keluh kesah.

Kita sebenarnya telah menyempitkan diri kita sendiri, manusia dan kehidupan seluruhnya!

Kerana itu kita akan mendapati sikap pengguna jalanraya yang melanggar peraturan lalulintas, menjadi sebab kesesakan dan seringkali bertikam lidah, berbalah dan berkelahi sesama sendiri.

Keadaan dan tabiat ini telah dipersetujui akan sebabnya oleh teman-teman para pendakwah tatkala soalanku kepada mereka:

“Apakah puncanya semua ini?” Lalu jawab mereka :

الحضارة ترقق الطباع!

“Ketamadunan yang telah melembutkan tabiat kemanusiaan.”

Berbeza halnya di sini (Perancis). Jika kita bertanyakan arah jalan kepada seorang warga Perancis, dia akan segera keluar dari kenderaannya dengan membawa sebuah peta menuju ke kereta kita. Setelah itu dia akan menerangkan semuanya dengan jelas sedang kita masih berada di kerusi pemandu di dalam kereta kita.

Tatkala kita berjalan di sebuah laluan, lalu hujan mulai turun. Anda akan mendapati seseorang akan membuka payung untuk melindungi kita dari terkena hujan.

Begitu juga misalnya ketika sedang berebut atau bersesak di hadapan pintu masuk hotel mahupun hospital, pasti akan ada insan yang memberi laluan diiringi kata-kata yang penuh sopan dan menyenangkan.

(Di Paris) Ku lihat banyak hadis-hadis Nabi s.a.w diamalkan dan direalisasikan. Erti dan kehormatan yang berbalas, bahasa yang sopan dan gaya hidup bertamaddun khasnya dalam aspek pergaulan dan perhubungan sesama manusia.

Sedangkan jika ingin dibandingkan dengan warga tanah Arab, ternyata berbeza. Jika sedang marah, pasti akan diselangi dengan kata-kata laknat, caci-maki, cercaan dan hinaan. Ke mana hilangnya manhaj Al-Quran yang mengajar kita dengan ayat- ayat seperti:

«وقل لعبادي يقولوا التي هي أحسن » ،

Maksudnya: {Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik…}. [Al-Israa': 53].

« وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما » ،

Maksudnya: {Apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.} [Al-Furqan: 63]

« فاصفح الصفح الجميل »

Maksudnya: {…serta layanlah mereka dengan cara yang elok.} [Al-Hijr: 85]

«ولا تصعّر خدّك للناس ولا تمش في الأرض مرحاً إن الله لا يحب كل مختال فخور، واقصد في مشيك واغضض من صوتك إن أنكر الأصوات لصوت الحمير»

Maksudnya: {Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai}. [Luqman: 18 -19].

Begitu juga sebagaimana di dalam Hadith:

وفي الحديث: « الراحمون يرحمهم الرحمن »

“Orang-orang yang mempunyai rahmat (kasih sayang) akan dirahmati dan disayangi Ar-Rahman.” [HR: Abu Daud]

و «المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده »

“Seorang muslim itu adalah orang yang selamat orang Islam yang lain dari bahana lidah dan tangannya.” [Muttafaq Alaih].

و «لا تباغضوا ولا تقاطعوا ولا تحاسدوا»

“Janganlah kamu bermusuh, janganlah berhasad dengki, jangan menjadi batu api, jangan memutuskan silaturrahim. Jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara.” [Muttafaq Alaih].

Kita punya Syariat yang bersifat Rabbani lagi penuh keberkatan namun sangat lemah perlaksanannya.

Telah berkata seorang cendiakawan India :

المرعى أخضر ولكن العنز مريضة

“Padang ragut subur tetapi malang kambingnya pula sakit.”

Akhirnya aku bermohon agar sesiapa sahaja yang membaca risalahku ini perlu berusaha sedikit demi sedikit membuat perubahan sikap dan paradigma. Ubahlah sikap sesama masyarakat sekeliling, keluarga, manusia seluruhnya samada Islam atau lainnya.

Wajib atas kita memperbaiki hubungan dan meningkatkan kualiti pergaulan dengan manusia…kerana kitalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia…

Alihbahasa: Abu Fatih Al-Mubaraki.

Dibaca oleh: Abu Anas Madani.

Pondok Sungai Durian.

Tarikh: 3 Muharram
1435H – 7/11/2013.

(المرعى أخضر ولكن العنز مريضة)

بقلم د. عائض القرني

أكتب هذه المقالة من باريس في رحلة علاج الركبتين
وأخشى أن أتهم بميلي إلى الغرب وأنا أكتبُ عنهم شهادة حق وإنصاف ، ووالله إن غبار حذاء
محمد بن عبد الله ( صلى الله عليه وسلم ) أحبُ إليّ من أميركا وأوروبا مجتمِعَتين .

ولكن الاعتراف بحسنات الآخرين منهج قرآني ، يقول تعالى:
« ليسوا سواء من أهل الكتاب أمة قائمة ».

وقد أقمت في باريس أراجع الأطباء وأدخل المكتبات وأشاهد
الناس وأنظر إلى تعاملهم فأجد رقة الحضارة ، وتهذيب الطباع ، ولطف المشاعر ، وحفاوة
اللقاء ، حسن التأدب مع الآخر ، أصوات هادئة ، حياة منظمة ، التزام بالمواعيد ، ترتيب
في شؤون الحياة !

أما نحن العرب ؟؟؟

فقد سبقني ابن خلدون لوصفنا بالتوحش والغلظة ، وأنا
أفخر بأني عربي؛ لأن القرآن عربي والنبي عربي ، ولولا أن الوحي هذّب أتباعه لبقينا

Ref

Sunday, 10 November 2013

Galakan bermesyuarat dalam Islam

Bab 97 Riyadus Solihin

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Ali Imran ayat 159

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

Asy Syura ayat 38


Friday, 8 November 2013

Jom berselawat ke atas Nabi SAW

Perkataan Selawat atau Salawat ( Bahasa Arabالصلوات ) diambil dari perkataan solat (Bahasa Arabالصلاة ), beerti doapujian.

Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kpd Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad 
Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhari: Telah berkata Abu `Aliyah:
Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat.
Dan Salawat Malaikat ialah doa.
Dan Salawat orang Mukmin ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad 
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ﷺ ). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Definisi kejayaan

Ramai orang mendefinisikan kejayaan.

Ada rumah besar. Kereta besar. Berkawan dengan orang besar besar. Pangkat besar. Gaji besar. Bini pun besar.

Ramai orang merasakan mereka berjaya. Dunia ini umpama mereka punya. 

Namun, dalam segala kejayaan itu, hatinya makin jauh. Ibadatnya makin kurang dan lalai. Jiwanya makin kontang. Rohnya makin gersang.

Kaya dunia, tapi bekalan untuk nun hari di sana, kurang. Hilang. Muflis.

Kawan. Usah cinta itu dunia. Usah takutkan mati.

Kelak cinta itu dunia, takut kau mati, muflis dan jatuh bankrap kelak di sana.

Ya, kawan. Aku tahu, dunia ini usah ditinggalkan. Namun, dalam rakus mu dengan dunia, usah dilupai hari esok.

Jika 1000 tahun bekalan kau mahu hidup, sediakan jua bekalan untuk esok kau mati.

Hidup mesti seimbang kawan. Jangan pincang. Jangan tempang. Jangan bermata satu!

Sunday, 3 November 2013

Bulan bulan dalam Kalendar Hijrah

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. 

Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Safar (صفر)Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

.Rabiulawal (ربيع الأول)Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.Rabiulakhir (ربيع الآخر/ ربيع الثاني)Bulan kedua musim bunga

.Jamadilawal (جمادي الأول)Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.Jamadilakhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu

.Rejab (رجب)Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksudkeseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah

.Syaaban (شعبان)Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air

.Ramadan (رمضان)Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu


.Syawal (شوال)Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.


Zulkaedah (ذو القعدة)Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Zulhijah (ذو الحجة)Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Maal Hijrah dan Muharram

Hijrah Nabi bukan berlaku dalam bulan Muharam. Ia berlaku pada bulan Rabiuawal.

Hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.

Awal muharram diambil sebagai permulaan tahuan hijrah oleh Khalifah Saidina Omar RA.
Namun begitu, banyak peritiwa penting dalam Islam berlaku dalam bulan Muharam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM1. 

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah ker ajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Di Kelantan..kebiasaannya Hari Asyura disambut dengan gotong royong bubur asyura.

Tiada kisah yang menukilkan sambutan tahun baru hijrah di zaman Nabi, namun ia dilakukan oleh orang zaman sekarang atas dasar syiar Islam. 

Berarak dengan pelbagai sepanduk dan sebagainya.

Keadilan

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Al Maidah ayat 8

Larangan arak, derhaka ibubapa dan menjadi dayus


Aku Nak Jadi Petani

Petani

Inilah impian saya. Saya nak jadi petani. Kenapa? Sebab ia darah daging saya. Ia minat saya. Sejak bila? Sejak saya kecil hingga sekarang.

Macam mana nak capai impian kamu?
Saya kerja cari duit dan modal. Saya kerja cari pengalaman. Saya belajar cari ilmu. Apa saja saya belajar dengan tekun untuk mencapai cita cita untuk menjadi seorang usahawan tani satu masa nanti. 

Bila? Sebelum berumur 40 tahun.

Apa yang penting sekarang? Kumpul duit, cari tanah dan mulakan projek. Ya, sekarang mula menyimpan.

Aku nak tanah, aku nak jadi petani. Berikan aku tanah dan aku buktikan apa yang aku boleh buat!

Berapa luas? Untuk permulaan, cukup 20 ekar.

...aku nak jadi petani.


*walaupun aku bergelar pengurus dan jurutera, ada 1 gred stim dan ice, ada mba,...semua tu nak menjurus kepada impian aku nak jadi petani.

Moga Allah kabulkan pemintaan aku. Amin.

Friday, 1 November 2013

Set target dan kepimpinan

Set target nak capai sesuatu bermula dari ketua aka manager. Bila ketua sudah positif dan optimis, tambah pula cakap serupa bikin, kepimpinan melalui teladan, teamwork maker, team leader,  sentiasa bersikap positif dlm apa jua cabaran, insya Allah,
Semua boleh dicapai.
Jgn lupa guna SMART principles.
+ doa dan tawakkal.

Apa pun boleh dicapai.

Sebagai ketua, standard dan set target mesti tinggi atau optimis kerana anak buah akan buat kurang dari itu. Target A+, sekurang dapat A- atau B+. Tapi kalau ketua kata, "dapat B pun ok maaa, bukan dapat bonus dan gaji lebih pun!"

Maka dia akan mendapat anak buah standard C.

Kesan psikologi dan impak pemikiran dan tidakan ketua amat memberikan kesan kpd anak buah. 

Manager do things right, but leader do the right thing.

Hari ini organisasi banyak bos, tapi amat jarang sekali nak jumpa leader.

Bukankah kita digalak supaya sentiasa meningkatkan diri supaya lebih baik dari semalam.

Salam jumaat dan selamat beribadat.