Tuesday, 3 March 2020

Stove, Dapur Tungku Thailand




1. Dulu masa tahun 80an, masa aku sekolah rendah, aku selalu tengok mak aku masak guna dapur ni.
2. Sekarang susah nak cari.
3. Boleh pindah randah sesuka hati.
4. Baru - baru ini bila aku tonton Youtube camping, banyak dapur moden digunakan. Stove.

5. Dari segi bentuk, ia nampak lebih moden.
6. Semasa di Lahad Datu, memang aku dah lama rancang nak buat dapur tungku Thailand ni.
7. Buat barbeque belakang rumah atau guna sisa kayu bila bertukang.
8. Orang yang mereka dapur ni amat bijak. Mudah. Ringan. Amat praktikal.


Sunday, 23 February 2020

Pantai Remis, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia 23 Feb 2020

Semua peralatan yang dibawa.

Hammok pasang pada Hilux dan Pokok Rhu.

Air surut tengah hari. Lumpur. Kawasan pantai penuh dengan batu dan pasir agak kurang.

Rebus kangkung.

Ikan Parang dan Ikan Tenggiri yang dibeli dari Pasar Penjaja Pantai Remis.

Pandangan dari pantai.






Banyak jenis - jenis siput yang ada di Pasar Penjaja Pantai Remis, tapi saya beli Kerang sahaja.

  1. Kali pertama sampai ke Pantai Remis, Kuala Selangor, Selangor menggunakan applikasi Waze. Kami bertolak pukul 0930 pagi, singgah beli beberapa peralatan dan sampai pukul 11 pagi.
  2. Pasar Penjaja ada menjual pelbagai jenis ikan dan kerang. 
  3. Banyak gerai dan restoren di kawasan sekitar. 
  4. Pantai jenis berlumpur, sama seperti kawasan pantai di Lahad Datu. Banyak batu dan tidak sesuai untuk aktiviti bermain pasir dan mandi.
  5. Kami parking kereta berhampiran sepohon pokok Rhu untuk berteduh, pasang khemah dan mula memasak ikan dan kerang yang baru dibeli.
  6. Banyak kulit kerang yang ditinggalkan pengunjung. Agak bahaya untuk berjalan kaki ayam.
Kami pulang pukul 3 petang untuk misi ke UiTM Puncak Alam, hantar anak buah balik asrama.


Prinsip dan Etika Komunikasi Dalam Islam












Etika dan Prinsip Komunikasi dalam Islam


1. Sumber utama etika dan komunikasi dalam Islam adalah al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
2. Sejak tiga dekad yang lalu, komunikasi Islam mula berkembang dengan pertambahan kajian oleh sarjana Islam. Inisiatif bermula di atas keperihatinan terhadap elemen sosial sains yang banyak dipelopori oleh gaya dan kehidupan masyarakat Barat. Kehidupan Barat yang amat berbeza dengan cara kehidupan dalam Islam terutama dari segi matlamat, sumber dan kaedah.
3. Di atas kesedaran itu, sarjana Islam mula mengkaji, merangka serta mempromosikan komunikasi Islam. 
4. Komunikasi dalam Islam bukanlah perkara yang asing, malah ia menjadi tunggak utama dalam ajaran Islam.
5. Terdapat banyak ayat al-Quran dan Hadis berkenaan cara bercakap dan akhlak mulia Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan kepada umat Islam.
6. Dengan kepesatan teknologi maklumat dan penggunaan media massa yang berleluasa di seluruh dunia, etika dan prinsip komunikasi Islam amat diperlukan.
7. Konsep kebenaran, sumber yang sahih, larangan menyebarkan fitnah, gaya bahasa yang lemah lembut, diam lebih baik daripada perkataan tidak bermanfaat dan setiap apa yang dilakukan akan dipertanggungjawab di Akhirat, mampu untuk mengawal suasana komunikasi hari ini yang banyak membawa mudarat kepada masyarakat.
8. Tugas kita sebagai umat Islam untuk mendalami al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW amat diperlukan pada masa kini. Keindahan, kebaikan dan rahmat ajaran Islam ini perlu disebar luaskan untuk seluruh manusia di seluruh dunia. Islam dalam untuk memberi rahmat. Hilangnya keindahan itu sudah pasti akan membawa bencana kepada manusia secara umum di seluruh dunia.

Jom sebarkan Komunikasi Islam!

Zulkefli Muhammad
Kajang, Selangor, Malaysia.
23 Feb 2020


Saturday, 22 February 2020

Sunset View Tercantik di dunia, Gerai Torong Akung, Kg. Serusup, Tuaran, Sabah


Gambar sunset view dari Gerai Torong Akung, Kg. Serusup, Tuaran, Sabah, Malaysia.

Terbaik dan sangat cantik. Perkongsian Kak Ipar saya di FB beliau. https://www.facebook.com/1220537178/posts/10216407655523544/?substory_index=1

Jom melawat Gerai Torong Akung!

Yong Tau Fu tersedap di dunia Ustaz Abu Sufian menyatukan kami xMRSM KT 95/96











  1. Ustaz Abu Sofian adalah rakan sekolah MRSM KT 95/96. 
  2. Sejak tamat sekolah 24 tahun lepas, semalam adalah kali kedua jumpa dia.
  3. Ambil pesanan Yong Tau Fu tersedap di dunia. 
  4. Memang tersedap di dunia sungguh.
  5. UAS dalam kembara bandar - bandar di Lembah Klang.
  6. Aktif group whatsapp sekolah, masing - masing mengemaskini dan memberi testimoni bertapa sedapnya Yong Yau Fu karya UAS.
  7. Sedikit sebanyak, beliau sebenarnya menyatukan rakan - rakan sekolah yang masing - masing sibuk dengan urusan masing - masing.
  8. Walaupun tidak dapat bersua dalam alam nyata, pertemuan dalam group whatsapp cukup bermakna.
  9. Apa khabar semua rakan tualan?
  10. Harapnya semua sihat walafiat. Jaga diri. Jaga badan. Keluarga dan orang sekeliling kita amat memerlukan kita saat ini.
  11. Umur pertengahan ini pula penuh dengan cabaran. Semoga semua tabah menghadapi hari dengan penuh gembira bersama keluarga tercinta.
Terima kasih UAS. 
#tersedap di dunia.

Keypad : Umur 22 tahun pada 2001


  1. Dah lama bersarang blog ini.
  2. Tengah cuci - cuci dan share di page FB, terjumpa gambar masa muda berumur 22 tahun, 19 tahun lepas, 2001.
  3. Gambar semasa Peringkat Tiga PALAPES, Kem Tahunan, Berkubu di Gurun, Kedah.
  4. Saya tertarik melihat gambar ini kerana masa berlalu sangat pantas. Pada waktu yang sama, situasi tubuh badan pada saat ini berumur 41 tahun amatlah berbeza pada saat gambar ini diambil.
  5. Sejak beberapa bulan yang lepas, badan saya mulai rasa lemah. Tidak seperti ketika saat muda.
  6. Kena mula jaga pemakanan dan tidak lagi boleh melakukan aktiviti ekstrem seperti usia muda.
  7. Jika dulu, apa sahaja boleh dilakukan. Kini tidak lagi. 
  8. Rakan sekolah dan universiti juga ada sudah yang meninggalkan dunia menuju akhirat beberapa tahun yang lepas.
  9. Saat dan sisa masa yang berbaki, semoga diisi dengan penuh kebajikan, kebaikan dan mengumpul bekalan untuk Hari Akhirat.
Semoga Allah berkati kita semua dalam rahmat dan hidayah selamanya.


Digital Biz pada 22 Feb 2020 anjuran KoKUIS, TM Unifi dan FSTM


  1. Ilmu berkenaan pemasaran menggunakan web integrasi dengan akaun Facebook.
  2. Promosi selama 30 hari percuma oleh Unifi untuk para peserta.
  3. Perkongsian menarik daripada peserta yang terlibat dengan aktiviti perniagaan online dan juga CEO Kuis Cell.
Tahniah kepada pihak penganjur.

Monday, 28 October 2019

Cerita tentang PhD (Part 2)

1. Seorang pesakit memasuki dewan bedah.
2. Sebelum operasi bedah dilakukan, pesakit bertanya kepada doktor. Siapakah dia dan apa kelulusannya?
3. Doktor yang berdiri di depannya menjawab. Saya seorang doktor. Namun saya tidak belajar secara formal dalam mana - mana institusi pendidikan dalam bidang kedoktoran. Saya belajar ilmu kedoktoran melalui bacaan Facebook dam juga belajar komen group Whatsapp. Saya juga banyak tonton Youtube. Jadi, saya sudah layak untuk membedah manusia lain dengan sempurna.

Doktor akhiri jawapannya dengan senyuman kambing. 😁

.....
Tuan Puan,
4. Itulah analogi mudah, kenapa PhD itu hadir dalam kehidupan kita.
5. Orang yang mempunyai PhD telah melalui proses pembelajaran dan kajian yang telah melayakkan beliau untuk dipanggil pakar dalam bidang kajian beliau.
6. Jika PhD itu tidak penting, maka seperti jua seorang doktor bedah, kelayakkan beliau juga tidak penting semasa di dewan bedah. Namun, jika anda pesakit tersebut, mahukah anda dibedah oleh doktor yang tidak ditauliah itu?
7. Jika kelayakkan dan tauliah itu tidak penting, maka dunia akan hancur.
8. Semua orang boleh jadi pakar untuk ulas semua perkara.
9. Dengan kelayakkan dan tauliah, seseorang telah melalui semua proses yang melayakkan beliau untuk mengambil tugas dan tanggugjawab.
Diyakini.
Dipercayai.
Untuk memikul beban besar.

10. Dunia sains maju sebab budaya ilmu yanh punyai disiplin yang tinggi.
11. Manusia maju disebabkan ilmu dan akhlak bertaut sesama dalam jadikam ia sumber mengubah kehidupan manusia ke arah lebih baik.
12. Dalam kaedah Islam, authoriti itu sangat utama dalam menilai sumber dan kesahihan ilmu.

Sunday, 27 October 2019

PhD

Cerita tentang Phd (permenant head damage)

1. Baru - baru ini viral seorang graduan Phd yang bekerja sebagai Grabfood.
2. Alhamdulillah dan tahniah, beliau memilih untuk berusaha mencari rezeki yang halal. Ia suatu semangat yang wajar dipuji.
3. Namun, kisahnya berkaitan Phd sangat unik. Adakah kisahnya memberi inspirasi kepada mereka yang bakal, sedang atau tamat Phd?
4. Membaca kisahnya yang unik bakal memberikan 1001 persepsi negatif terhadap mereka yang bercita - cita menyambung pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi iaitu Phd.
.....
5. Saya masih tidak mempunyai Phd. Namun, membaca kisahnya yang unik menyebabkan saya rasa ingin turut berkongsi pandangan yang amat bertentangan dengan pandagan beliau.
6. Apakah tujuan kita belajar?
7. Apakah tujuan kita melanjutkan pelajaran?
8. Kenapa ramai kalangan kita yang mengambil Phd?
9. Adakah Phd itu melambangkan seseorang cukup mahir dengan itunya?
10. Adakah orang yang tidak mempunyai Phd dikategorikan sebagai orang yang tak berilmu?
11. Adakah Phd itu jaminan untuk kita mendapat pekerjaan?

Baik. Ini pandangan saya.

12. Pada pendapat saya, keilmuan itu nilainya tinggi melebihi harta dan materialistik.
13. Apabila kita mula belajar ABC, tujuan kita adalah untuk membaca. Membaca membawa kita keluar daripada kejahilan. Dengan membaca, kita boleh mendapat ilmu daripada pelbagai bidang. Kepandaian itu menyebabkan kita boleh kebahagian dunia akhirat.
14. Setelah kita menamatkan pengajian ijazah pertama, kita memasuki alam pekerjaan atau perniagaan.
15. Proses pembelajaran tidak pernah terhenti. Kita masih perlu membaca dan menambahkan ilmu kompetensi terhadap bidang kerja kita.
16. Jika seorang doktor ingin menjadi doktor pakar, maka mereka perlu belajar dan mengambil peperiksanaan.
17. Jika seorang jurutera ingin menjadi jurutera stim, maka mereka perlu belajar akta kilang dan jentera serta ilmu berkaitan boiler dan keselamatan.
18. Pendek kata, pembelajaran tidak pernah terhenti.
19. Bagi mereka yang bercita - cita untuk menjadi pensyarah atau pakar dalam bidang yang beliau minati, mengambil Phd adalah salah satu caranya.
20. Banyak lagi cara lain, namun ia adalah salah satunya.
21. Setelah melalui proses pembelajaran dari sekolah rendah hingga ke universiti, tidak ramai yang mahu meneruskan proses pembelajaran hingga ke peringkat Phd.
22. Mereka yang telah membuat keputusan untuk mengambil Phd dalam bidang yang dipilihnya, sudah pasti memikirkan dengan mendalam perancangannya pada masa hadapan.
23. Isunya, apakah niat dari awal untuk proses tersebut?

Pilih bidang yang memberi impak kepada masyarakat
24. Konsep utama Phd adalah kajian.
25. Kita akan lakukan kajian berkenaan sesuatu topik.
26. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah dan menyumbang hasil kajian kita itu kepada masyarakat.
27. Maka, sudah pastinya kajian kita itu mesti boleh diguna pakai untuk masyarakat.
28. Namun, jika kita melakukan kajian terhadap perkara yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat, maka seperti jua Phd kita, kajian kita itu tidak akan memberi manfaat kepada diri kita.
29. Niat dan tunjuan awal keputusan kita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd amatlah penting.
30. Kerana ia bakal memberi impak kepada diri dan juga masyarakat.

Cerita tentang ujian kehidupan


1. Kehidupan ini sebuah pengembaraan.
2. Kembara alam dunia menuju alam Akhirat yang abadi.
3. Setiap apa yang berlaku, ia umpama sebuah persinggahan.
4. Setiap antara kita diuji dalam bentuk yang berbeza.
5. Namun kita punya musuh yang sama. Iaitu nafsu dan syaitan.
6. Nafsu kita terkenal dengan cenderung kepada keduniaan.
7. Syaitan pula telah bersumpah akan memastikan kita bersama - samanya menjadi ahli neraka.
8. Maka, Allah yang Maha Pengasih, hadirkan kita para Nabi sebagai petunjuk dan Al Quran sebagai bekalan untuk kita menghadapi nafsu dan syaitan. Selama hayat kita dikandung badan, supaya kita sentiasa beroleh hidayah dan taufek ke arah jalan yang lurus.
9. Ada antara kita diuji dengan harta. Yang terlebih harta dengan membazir. Yang kurang harta dengan melakukan penyelewengan, mencuri dan merompak.
10. Ada antara kita diuji dengan penyakit yang kronik sehingga membawa kematian.
11. Ada antara kita diuji dengan ilmu yang membawa kepada sifat ego, riak dan sombong.
12. Ada antara kita diuji dengan anak - anak dan keluarga. Anak yang terlibat dengan gejala sosial dan juga pasangan yang curang.
.....
13. Disebalik ujian, musuh utama anak Adam iaitu Syaitan turut juga memasukkan hasutan bisikan dan jarum - jarumnya untuk menjauhkan hamba Allah dan seterusnya menjadikan kita semua penghuni neraka.
14. Di sebalik ujian nafsu dan bisikan syaitan yang tak pernah ada nokhtah, Allah telah bekalkan kita dengan kisah para Nabi yang banyak memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus kekal istiqamah dalam apa jua cabaran kehidupan supaya tetap teguh mentauhidkan Allah.
15. Rahmat Allah tak pernah terhenti buat hambaNya.
16. Setiap dosa dan noda, pintu taubat sentiasa terbuka luas.
17. Jalan dan pintu ke arah jalan yang lurus telah ada ditunjuk oleh Rasulullah SAW untuk kita sebagai umat akhirat zaman.
18. Ikutilah Islam dan insya Allah, kebahagian di dunia dan di Akhirat jadi milik kita.

Kota Bharu, Kelantan.