Thursday, 12 May 2022
Sunday, 10 April 2022
Universiti Kehidupan
Ketidak selesaan itu adalah pengalaman berharga dalam universiti kehidupan
Bila ditanya, bagaimana saya boleh survive dalam industri sawit dan kejuruteraan hingga kini? Jawapan saya sebab dulu saya PALAPES.
Semasa 3 tahun latihan, kami pernah tidur dalam ladang sawit baru tanam, sawit 10 tahun dan sawit nak tebang. Selain ladang sawit, ladang getah pun pernah. Dalam hutan itu biasa, mara berpuluh km dan berkubu atas bukit botak panas terik mentari. Bila kita buat latihan, maka disitulah kami tidur, makan, minum dan mandi. Jika disitu ada lopak air, maka itulah air yang kami buat mandi.
Jika bukan kem tahunan selama 2 minggu, kami ada latihan 2 hari setiap hujung minggu. Bangun awal pagi pukul 5 dan berbaris pukul 6. Kami buat latihan fizikal, kawad, teori dan amali sepanjang hari. Masa itu rakan kami yang lain lena dibuai mimpi tidur sampai tengahari.
Tamat latihan tahunan, cuti berbaki kami buat aktiviti rekreasi sesama sendiri. Kami buat ekspedisi kayak dari Seberang Prai hingga Tanjong Tokong, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Berhenti di Pantai Batu Feringgi akibat ombak tinggi.
Apabila semester berjalan, kami buat aktiviti kelab makan malam, baktisiswa, jaga sekuriti jaga universiti 🤭, kawad pembukaan konvokesyen universiti, kawad hari kebangsaan serta banyak aktiviti lain. Saya jadi tukang belakang tabir dan sejak dulu tidak suka persembahan diri. Beri saya kerja belakang tabir, sudah pasti segalanya selesai.
Akhirnya, kami bergaya dengan baju mahal No. 1 kutipan duit alaun latihan bertahun untuk makan malam rejimental di hotel mewah 5 bintang. Balik makam malam, kami cari roti canai depan universiti akibat kelaparan 🤣🤭.
Ya, kami bangga sebab pengorbanan itu menjadi sebuah kenangan indah sepanjang hayat. Sekali seumur hidup, jika kita susah, tidak selesa, sakit, sengsara, namun selepas itu ia menjadi indah sepanjang hayat. Ya, kita mampu dan kuat mengharungi segalanya. Kehidupan menanti lebih besar cabarannya.
Seni Mengurus - Science of Management
Usia Muda
Thursday, 3 March 2022
Perlukah tambah garam dan cili bila kita ingin marah orang?
Salam Sejahtera 2022
1. Masuk bulan Mac, post pertama sejak sekian lama.
2. Bulan Januari dan Febuari amat sibuk dengan tugas harian.
3. Sebenarnya, ia masih berlarutan hingga ke hari ini bulan Mac 2022.
4. Asalnya ingat mengambil cuti rehat beberapa hari tergendala disebabkan oleh komitmen kerja tanpa henti.
5. Baru - baru ini seorang artis telah berkongsi tiga tip untuk berjaya.
Learn
Teachable
Love
Untuk berjaya kena ada 3 perkara di atas. Kita mesti sentiasa belajar untuk berjaya. Banyak membaca dan sentiasa menambahkan ilmu atau skill baru kita.
Perkara kedua adalah kita boleh diajar. Apabila kita ingin belajar, kita mesti mudah untuk menerima teguran orang. Dari situ kita boleh perbaiki diri kita dengan lebih cepat. Jika kita tidak boleh diajar, kita akan lebih mudah terjerumus kepada sifat ego dan sombong. Orang yang ego dan sombong tidak akan mudah untuk diajar.
Cinta. Suka apa yang kita buat. Dengan cinta, kita akan dapat mengatasi segala cabaran dalam ujian yang ditempuhi. Cinta melahirkan minat yang mendalam. Minat mendalam akan jadi motivasi paling besar untuk kita bergerak ke hadapan.
Sentiasa belajar, Boleh diajar & Cinta.
Aku cinta padamu..cia cia.. 😆🤣😁
Thursday, 30 December 2021
Kembara Insan 2009 - 2021 (12 Tahun)
Senang tak jadi JURUTERA?
- Alif bertanya, Ayah senang tak jadi jurutera?
- Seperti biasa, bila soalan begini diajukan kepada aku, ia menyebabkan aku berfikir panjang. Jawapan yang ada sudah tentunya bukan jawapan pendek, tetapi jawapan panjang.
- Jenis over thinking. Kepala penuh uban berfikir.
- Baik, apakah jawapan aku?
- Jadi jurutera tidak senang. Ia amat susah.
- Nak pilih kursus kejuruteraan susah.
- Belajar kursus kejuruteraan di universiti susah. Lebih lagi kursus kejuruteraan mekanik.
- Selepas belajar, masuk kerja dengan tiada pengalaman pun susah. Lebih susah kalau nak cari kerja di sebelah rumah.
- Bekerja sebagai jurutera berhadapan dengan mesin dan jentera dalam kilang juga susah. Sangat susah bila mesin rosak. Kilang tak boleh beroperasi.
- Suasana kerja semasa nak baiki mesin juga susah. Bukan setakat susah, tapi 3D. Dangerous. Dirty. Difficult.
- Dah jadi jurutera, nak meneruskan kerjaya dalam syarikat pun susah. Sebab sebagai jurutera, kita akan bagaitau semua baik dan buruk bergantung kepada data. Jika tak boleh, kita cakap tak boleh. tiada antara dua. Jurutera tak pandai nak berpolitik dalam tempat kerja.
- Kesimpulannya, nak jadi jurutera susah, dah jadi jurutera pun tetap juga susah.
- Soalannya, adakah perkara dalam dunia ini senang?
- Tak susah nak susah, tak senang nak senang.
- If you love what you do, you will never work a day.
- Susah atau senang, ia bergantung kepada diri masing - masing. Lihat apa minat kita dan apa matlamat hidup kita.
- Jika ditanya kepada seorang doktor, ahli perniagaan, tentera mahu pun seorang petani, sudah tentu mereka akan menjawab perkara yang sama, tak senang dalam kerjaya mereka,
- Hari ini para doktor berjuang untuk mendapatkan status kerja tetap kerana kekangan yang ada.
- Para guru juga berdepan dengan pelbagai karenah pelajar dan sistem pendidikan yang sentiasa berubah. Ada yang ditugaskan jauh di pendalaman demi anak bangsa.
- Ahli perniagaan juga susah memikirkan survival perniagaan mereka di zaman COVID 19 dan persaingan perniagaan yang agak mencabar.
- Namun, jika kita suka dan minat mendalam apa yang kita lakukan, semuanya akan senang. Para sukarelawan ramai membantu mangsa banjir di seluruh negara tanpa ada sebarang upahan. Mereka lakukannya kerana mereka suka membantu orang kesusahan.
- Para guru sanggup berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa kerana mereka suka dan minat melihat anak bangsa menjadi seseorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
- Jurutera di seluruh negara dan dunia gembira dalam kerjaya mereka kerana usaha meraka akan banyak membantu memudahkan kehidupan manusia. Tenaaga elektrik, jalanraya, makanan, kenderaan dan pelbagai teknologi dihasilkan oleh jurutera demi untuk kemudahan manusia.
- Jadilah apa jua dalam kehidupan kita, yang penting niat kerana Allah. Niat untuk ibadat dan pahala di Akhirat. Kerana itulah yang diajar oleh Nabi kita dan agama kita. Demi untuk mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.








