- Jam 3 pagi di Hometown Hainan Coffee, KLIA 2 bersama anak sulung aku.
- Kami transit dari Tawau dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu. Transit di KLIA2.
- Sebulan yang lepas semasa menempah tikat balik ini, aku sudah jangka transit pada waktu yang agak kurang menyenangkan. Namun, inilah pilihan yang paling murah untuk kami sekeluarga. Bukanlah murah, tapi ia paling murah berbanding pilihan lain. Hampir RM10k 😆
- Isteri aku sudah lama merungut kerana kami telah hampir lapan tahun tidak pulang beraya di kampung. Kami pulang, tapi bukan hari raya puasa. Pendemik 2 tahun walaupun berada di Selangor, kami tidak ada rezeki untuk balik beraya di Kelantan.
- Tahun - tahun lain kami beraya di Tuaran atau di Lahad Datu.
- Jika ditanya pendapat peribadi aku, hari raya sama seperti hari lainnya. Ia meriah hanya kerana anak - anak. Meraikan mereka supaya mereka turut merasa apa yang kita rasa semasa kecil. Gembira di hari raya.
Sunday, 23 April 2023
Aidilfitri 1444H - Perjalanan pulang di 1 Syawal
Saturday, 18 March 2023
Small things
Saturday, 11 March 2023
Palm Oil Mill pictures
Thursday, 12 May 2022
FMA PIC (Pindaan) 2014
Sunday, 10 April 2022
Universiti Kehidupan
Ketidak selesaan itu adalah pengalaman berharga dalam universiti kehidupan
Bila ditanya, bagaimana saya boleh survive dalam industri sawit dan kejuruteraan hingga kini? Jawapan saya sebab dulu saya PALAPES.
Semasa 3 tahun latihan, kami pernah tidur dalam ladang sawit baru tanam, sawit 10 tahun dan sawit nak tebang. Selain ladang sawit, ladang getah pun pernah. Dalam hutan itu biasa, mara berpuluh km dan berkubu atas bukit botak panas terik mentari. Bila kita buat latihan, maka disitulah kami tidur, makan, minum dan mandi. Jika disitu ada lopak air, maka itulah air yang kami buat mandi.
Jika bukan kem tahunan selama 2 minggu, kami ada latihan 2 hari setiap hujung minggu. Bangun awal pagi pukul 5 dan berbaris pukul 6. Kami buat latihan fizikal, kawad, teori dan amali sepanjang hari. Masa itu rakan kami yang lain lena dibuai mimpi tidur sampai tengahari.
Tamat latihan tahunan, cuti berbaki kami buat aktiviti rekreasi sesama sendiri. Kami buat ekspedisi kayak dari Seberang Prai hingga Tanjong Tokong, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Berhenti di Pantai Batu Feringgi akibat ombak tinggi.
Apabila semester berjalan, kami buat aktiviti kelab makan malam, baktisiswa, jaga sekuriti jaga universiti 🤭, kawad pembukaan konvokesyen universiti, kawad hari kebangsaan serta banyak aktiviti lain. Saya jadi tukang belakang tabir dan sejak dulu tidak suka persembahan diri. Beri saya kerja belakang tabir, sudah pasti segalanya selesai.
Akhirnya, kami bergaya dengan baju mahal No. 1 kutipan duit alaun latihan bertahun untuk makan malam rejimental di hotel mewah 5 bintang. Balik makam malam, kami cari roti canai depan universiti akibat kelaparan 🤣🤭.
Ya, kami bangga sebab pengorbanan itu menjadi sebuah kenangan indah sepanjang hayat. Sekali seumur hidup, jika kita susah, tidak selesa, sakit, sengsara, namun selepas itu ia menjadi indah sepanjang hayat. Ya, kita mampu dan kuat mengharungi segalanya. Kehidupan menanti lebih besar cabarannya.