- Saya menpunyai ramai adik - beradik ipar. Ada antara mereka yang amat meminati bidang photographi. Pelbagai jenis kamera digunakan. Namun yang pasti semua mereka amat meminati kecantikan alam, tumbuhan, permandangan serta apa jua yang terlitas di lensa.
- Banyak panaroma menarik telah diabadikan.
- Keindahan alam yang bertebaran di serata negari Sabah sama indahnya dengan penduduk di sini yang gemarkan keindahan.
- Tidak keterlaluan jika saya katakan pemandu di Sabah antara yang paling berhemah di Malaysia. Ini mencerminkan jiwa mereka yang indah seperti jua negeri mereka yang indah.
- Negeri Sabah bersempadan tiga negara iaitu Brunei, Indonesia dan Filiphina. Walaupun dibatas oleh sempadan negara sejek merdeka, rakyat di negari ini sudah bercampur sesama mereka berabad lamanya. Di Papar serta Boufort terdapat Melayu Brunei, di Lahad Datu serta Semporna terdapat Bisaya yang sinonim dengan Filiphina dan juga Bugis (Indonesia). Tidak lupa Bajau Semporna. Semasa pra merdeka dan permulaan pertanian komersial di Sandakan serta Tawau, banyak warga asing di bawah ke Sabah yang akhirnya menjadi rakyat Sabah seperti Kokos dan Iban (dari Sarawak). Bukan sesuatu yang pelik jika generasi kedua di Lahad Datu atau Tawau sekarang masih mempunyai saudara di negara seberang.
- Sehingga ke hari ini, sektor perladangan kelapa sawit masih bergantung 99% kepada pekerja asing yang banyak mewarnai banyak bandar di Sabah seperti Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.
- Disebabkan oleh sektor perladangan sawit yang pesat berkembang 30 tahun yang lalu, keselurahan kawasan barat Sabah mengalami perubahan pesat. Rata - rata penduduk negeri mengambil bahagian dalam pembangunan negeri. Tidak kurang juga penduduk semenanjung yang berhijrah ke Sabah. Ada di kalangan mereka yang menetap di Sabah disebabkan oleh kerana pelbagai peluang terbuka luas.
- Pelbagai jenis perniagaan muncul dan terus mendapat permintaan disebabkan oleh kerana penduduk Sabah yang semakin hari semakin bertambah.
- Tanah yang dulu terbiar kosong terus dimajukan dengan penanaman kelapa sawit yang sudah tentu tidak pernah mengecewakan.
Friday, 17 September 2010
Sabah Negeri Di Bawah Bayu II
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment