Saturday, 5 February 2011

Aku menulis...

Meniti saat kehidupan harian berlalu pergi.
Memerhati perubahan dan malam.
Menyedari saat berlalu itu tidak akan kembali semula.
Meninggal jauh saat itu berlalu pergi, bermaksud
destinasi akhir akan semakin dekat.

Aku terus menghirup udara segar kurniaan Illahi,
Mengharapkan agar jalan - jalan di hadapan dapat kutempuhi
Dengan gagah, bijaksana serta pedoman
dan jua kompas Al Quran

Pelbagai perhentian kulalui
Perhentian yang kekadang membawa aku ke persimpangan
Jauh dari jalan yang lurus

Bumi ini terus kulalui
Kembara sebagai khalifah di muka bumi ini
Hingga sampai ke destinasi
yang ditujui..

No comments:

Post a Comment