Monday, 19 September 2011

Apa erti KEMERDEKAAN pada aku (PART II)

  1. Apa yang aku faham tentang merdeka? aku pun tak faham. Dulu ada orang politik buat lawak, merdeka, merdeka, mau duit ka?
  2. Merdeka itu bebas dari kawalan politik penjajah. Merdeka itu bertukarnya tukar perintah dari orang asing pada orang tempatan dengan gaya yang sama kot. Orang jer tukar, sistem lebih kurang jer.
  3. Merdeka itu maksudnya, jika dulu kita lawan penjajah, sekarang kita lawan orang tempatan sendiri yang perintah. Sama kan?
  4. Merdeka itu maksudnya, dulu kita kena ikut budaya depa, politik mereka, cara makan minum mereka, cara berhibur mereka. Sekarang? sama jugak aku nampak. Jika dulu mat saleh yang dok ramaikan nite club, skrg penuh ngam mat melayu.
  5. Ada jgk orang kata, nak merdeka itu senang. Turun naik kapal terbang, mengadap org british, demo sana sini, terus merdeka kita.
  6. Tapi, sambungnya lagi, nak mengisi kemerdekaan itu yang paling susah. Jadi, sekarang bagaimana aku isi kemerdekaan ini? Anda bagaimana?
  7. Aku rasa aku isi kemerdekaan ini dengan cukup baik. Aku tak jadi penagih dadah. Aku jadi budak baik. Belajar dgn bersungguh-2. Malah aku banyak berkhidmat bukan untuk diri aku sendiri sahaja, tapi untuk orang lain.
  8. Aku terlibat dengan perkara - perkara baik dan bukan terlibat dengan perkara yg boleh menjahanamkan negara.
  9. Aku nyanyi lagi "inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang.." masa dalam PALAPES. Bukankah itu cara terbaik aku isi kemerdekaan ini?
  10. Aku letak bendera 2 kat depan rumah aku tahun ni. Kat kilang aku letak 3 jak. Budget cukup-2. Kalu ikut aku, aku nak bagi semua kat pekerja aku kat dalam kilang. Suruh mereka letak kat rumah, kat motor, kat dalam rumah, buat baju, buat bantal, buat selimut. Semangat katakan.
  11. Tak lupa, jabatan kerajaan kesayangan aku, LHDN. Aku bayar PCB. Rasanya hampir 10% dari gaji bersih aku. Semangat!

....

Kita masuk politik pulak
  1. Apa bezanya parti itu dan parti ini. Memang ler aku ni dah register satu parti tu. Tapi apa bezanya untuk aku?
  2. Tiada beza pun. Katakan, bertukarlah sepuluh kerajaan, setiap kali pilih. Adakah aku tak perlu berkerja? Adakah kita semua tak perlu kerja keras? Adakah semua harga barang akan turun secara mendadak?
  3. Adakah internet akan free belaka? adakah semua akan free, semua tak perlu bayar apa - apa?
  4. Adakah nasi lemak yg harganya skrg RM4 sepinggan boleh turun ke RM0.50 masa aku sekolah rendah dulu?
  5. Rasanya, tiada beza. Kita semua masih kena kerja. Masih kena cari makan. Masih kena hadapi segala cabaran.
  6. Moral yang aku nak cuba bagitau, biarlah orang yang sibuk nak memekak siang malam tu buat kerja. Buat hal politik. Aku tengok politik dari Mac 2008 hingga skrg tak pernah habis. Macam tgk wayang. Lepas satu, satu dengan aksi pelakon yang sama, tukar watak, tukar ayat, tapi bendanya sama. Aku bagus, ko tak bagus. Keja tak buat, sibuk dok main politik. Aku cukup meluat. Cukup menyampah.
  7. Biarlah mereka org politik buat kerja tu. Kalu kita engineer, binalah kerjaya kita dgn cemerlang. Kalau kita cikgu, jadilah guru cemerlang didik anak bangsa. Kalu kita polis, tangkaplah segala mat mat jenayah tu, supaya kita semua selamat. Kalu kita ni tukang sapu, sapulah lantai serta taman kita dgn bersih, supaya jap lagi boleh mereka buat maksiat. Kalu kita ni orang muslim, pegilah larang mereka yang buat maksiat tuh.
  8. Simpulnya, semua orang ada bahagian masing-2 masing. Kalu semua nak jadi ahli politik, siapa nak buat susu utk anak cucu kita? sape nak jual teh tarik? sapa nak ajar anak kita mengaji?
akhirnya.. PART I dan PART II,

apa ertinya kemerdekaan pada aku?

aku gembira, sebab tak de sesapa nak halang aku buat baik. Aku boleh hidup bahagia dengan anak beranak aku. Aku gembira bersama kengkawan.

Ya, memang ada perkara yang tak juga aku suka. dan itulah sebabnya Tuhan jadikan kita. Untuk ubah perkara itu selagi kita bernyawa. Kalu semua dah ok, tu maksudnya kita dah dok dalam syurga. Tak de masalah.

..

No comments:

Post a Comment