- Aku berasal dari Kelantan. Berkahwin dengan org Sabah. Tiga anak aku semua lahir di Sabah, bersurat beranak Sabah. Mak dan ayah aku orang jati Pengkalan Chepa. Aku mula belajar di sana, menyambung pelajaran di Terengganu seusia 16 tahun, ke Penang, ke Perak dan balik semula ke Penang.
- Mula bekerja di Penang, balik ke Kota Bharu, ke Selangor, Sabah dan sekarang Sarawak. Kebanyakan kawan-2 karib aku berasal dari luar Kelantan. Mana-mana tempat aku pegi pun, ada kengkawan rapat. Masing - masing ada keunikan tersendiri.
- Aku lahir setelah hampir 30 tahun merdeka. Aku tak jumpa Portugis, British, Belanda, Jepun, Komunis dan juga tak pernah pun kenal Tok Janggut walaupun katanya dia tu asal Kelantan.
- Masa aku membesar sekitar 80-an, aku masih ingat kampung aku mendapat tandas percuma. Selang beberapa bulan, penduduk kampung pindah termasuk aku kerana faktor pembangunan.
- Aku sekolah rendah, aku masuk MRSM, aku dapat biasiswa sejak tingkatan satu. Masuk sek berasrama penuh, makan sudah tentu lebih baik dari kat rumah. Sedap pun, tak lawan makanan mak aku.
- Aku masuk matrik dan kemudian masuk kursus mekanikal. Selepas matrik, aku tak dapat biasiswa. Mula dgn PTPTN. Berhutang. Dapat duit awal semester, aku bukan ingat nak simpan, beli entah apa-2. Tahun lepas baru habis bayar.
- Masa dok U, aku join PALAPES. Masa tu, ada Kapten ajar pasal patriotik. Dengan bangganya dia cite kisah dia baru balik Bosnia. Makan maggi kat dalam hotel. Masa tu jugak ada kes Al Maunah, kes tentera amik alih negara Pakistan. Tak dapat aku nafikan, pengalaman dalam PALAPES ajar aku tentang patriotik. Namun aku tetap tidak setuju dgn patuh membabi buta. Katanya, kita menyokong kerajaan yang memerintah, tak kisah siapa. Kalu firuan? tak mau aku. Tu pasal aku tak pernah masuk tentera lepas abih belajar dan juga tak pernah teringin nak kerja kerajaan. Aku masuk swasta.
- Hari ni, aku manager aka engineer. aka kuli. makan gaji. dgn syarikat swasta kepunyaan tentera. tak leh lari jugak kari tertera. Seawal muda aku dah jadi manager. Aku jaga beberapa puluh pekerja termasuk seorang penolong. Dok proses kelapa sawit jadi minyak sawit, pas tu jual kat dalam dan luar negara. Dalam dok siang malam kerja, aku terjumpa orang yang sebaya dengan aku. Ada yang masih mencari kerja, ada juga yg tak de kerja. Dok lepak kat kampung. Entah buat apa. Aku syukur, sekurang - kurangnya aku tak jadi beban negara dalam menambahkan % orang tanam anggur.
- Bukan setakat itu, aku turut menyumbang juta- juta pada kerajaan negeri bayar royalti minyak. Aku latih penduduk tempatan dan pastikan mereka bekerja dan dapat cari makan. Jaga kebajikan mereka walaupun kekadang aku kena marah dengan bos. Aku dok kat pendalaman semata - mata nak bangunkan negara. Aku juga sanggup merana kerana melalui jalan gravel yang teruk disebabkan nak pegi tempat keja aku.
Sunday 18 September 2011
Apa erti KEMERDEKAAN?
apa ertinya kemerdekaan pada aku?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment