- Komunikasi. Dulu manusia guna pelbagai kaedah utk komunikasi atau berhubung sesama sendiri. Guna burung merpati utk hantar surat. Guna kod, telefon, guna botol, wakil atau guna tok bomoh utk sampaikan masa. Boleh juga tgk air ajaib dalam pasu utk tgk musuh.
- Hari ini, tahun 2011, Facebook menjadi mega trend penduduk dunia. Tak terkecuali yang tua turut join yang muda untuk menjadi pengguna Facebook. Ada utk bisness, politik, sosial, cari awek, main game, serta segalanya guna FB.
- Tokey telekomunikasi semacam membaca mega trends ini terus memudahkan penggunaan FB. Melalui sms, handset, atau email boleh log in ke FB. Yang penting, anda sanggup bayar dan habiskan duit serta masa depan hs atau pc utk menjadi hantu FB.
- FB, sama juga internet zaman awal 1990 an. Sama seperti TV zaman 1980an. Sama juga apa - apa teknologi canggih sebelumnya. Kita tidak mampu menepis baik dan buruknya. Yang baik sama juga dengan buruknya memasuki pintu rumah, hs serta minda anak - anak kita serta generasi akan datang.
- Terpulang pada individu untuk mengali kebaikan dan keburukan. Kita hana mampu untuk memberi panduan kepada generasi akan datang berkenaan baik dan buruknya. Selebihnya, tanyalah iman. Jika dulu orang tua bercerita tentang moral cerita yang disiarkan dalam kaca tv, hari ini mereka juga bercakap hal yang sama berkenaan FB. Sebelumnya mereka bercerita tentang internet dan bahayanya. Namun, adakah kita mampu menghalang penyebarannya? Tidak. Malah, kita akan ketinggalan jika terus tidak menggunakannya.
- Ambillah yang baik dan buang yang buruk.
- Dalam fenomena serta mega trend yang telah dicetuskan oleh FB, adakah sistem muamalat atau komunikasi sesama manusia bertukar sama sekali? adakah kita sudah hilang nilai dan akhlak?
- Seorang ayah yang mempunyai anak yang ramai sebelum ini menggunkan sms untuk berkomunikasi dengan anak - anaknya. Mungkin utk memudahkan penyampaian kpd anak - anaknya secara ringkas dan jelas, diberikan dalam sms. Boleh juga buat sms blasting kpd mana-2 anak - anak yang lain jika dia mahu.
- Hari ini, dia menggunakan FB untuk berkomunikasi dengan anak - anaknya. Dengan adannya group dalam FB yg dianggotai oleh anak - anaknya, dia bebas untuk menegur anak - anaknya. Dia juga bebas untuk menunjukkan kasih sayangnya pada sesetengah anak - anak beliau. Setiap anak - anak yang berbeza latar belakang turut membaca komen - komen yang dikeluarkan. Masing - masing berbeza tahap penilaianya. Sistem keluarga bertukar sama sekali.
- Adakah perjumpaan keluarga tidak lagi diperlukan?
- Adakah suara bertanya khabar tidak lagi diperlukan?
- Adakah FB mampu mengganti tubuh badan manusia daripada melakukan aktiviti asas manusia untuk bersosial?
- Teringat cerita Surrogate lakonan Bruce Wills. Perkara yang sama berlaku dalam mega trend FB sekarang.
- Persoalan yang timbul, kenapa hal ini berlaku? Ia berlaku disebabkan ramai antara kita menjadi jahil di zaman penuh dengan maklumat.
- Jahil di waktu maklumat di hujung jari, tetapi maklumat serta ilmu itu tidak sampai pun ke otak dan hati.
- Jahil ilmu agama. Ada maklumat tetapi bukan sampai ke tahap ilmu yang boleh diamal untuk menambahkan keimanan.
- Sepatutnya IT digunakan untuk mencari ilmu kekeluargaan utk menambahkan erat hubungan sesama keluarga.
- Walau bagaiman canggih sekalipun teknologi, kaedah asas bersosial lain tetap yang terbaik. Cara bercakap, adab sopan dan bahasa yang digunakan adalah terbaik dipelajari melalui kaedah pengalaman, bukan melalui FB.
- Akhir kata, zaman berubah, tetapi cara manusia mendapatkan cinta, melakukan cinta, menambahkan cinta tidak pernah berubah.
Wednesday 21 September 2011
Dilema Facebook, SMS dan Generasi X
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment