Saturday, 18 March 2017

Jurutera ; Jalan Bahagia?

18 March 2017.
Penerbangan AirAsia Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Menuju ke Kota Bharu. Cuti seminggu sempena cuti sekolah.

1. Bulan March cukup mendebarkan saya. Bukan sebab ia bulan kelahiran saya, namun bulan March banyak menghadirkan turning point yang cukup menguji perjalanan hidup saya. Melalui dan melepasi bulan March dengan penuh cubaan dan pelbagai perasaan. Samada ia kebetulan atau tidak, lebih 38 tahun cukup membuatkan saya berhati - hati.
Tidak tenteram.
Cuba bertenang.
Berharap bulan March akan segera berlalu.

2. Mengimbas kembali semasa darjah 5 sekolah rendah, saya pernah menyertai pertandingan kuiz matematik pada 16 March 1991. Nak dijadikan cerita, saya terlewat bangun pagi. Pakaian seragam sekolah belum dibasuh. Akhirnya saya pakai baju biasa ke pertandingan tersebut. Hanya saya seorang pakai baju berlainan di antara 200 orang pelajar. Ya. Ia cukup unik.

3. Di alam pekerjaan berlaku segala turning point untuk saya. Saya tamat belajar di universiti pada bulan Februari 2003. Bulan March 2003, saya terus mendapat pekerjaan pertama saya di Seberang Prai, Pulau Pinang. Seperti juga angkat 3, saya bekerja selama 3 bulan sahaja. Selepas mendapat 3 kali kemalangan kecil di tempat kerja pertama, saya berhenti. Hadir majlis konvokesyen dan balik ke kampung, Kota Bharu.
Ya. Saya mendapat pampasan SOCSO untuk semua kemalangan. Duit tersebut saya guna untuk beli baju kot majlis konvokesyen.

4. Balik ke kampung, saya bekerja lagi di sebuah syarikat baru selama 3 bulan. Kemudian pindah kerja ke Subang Jaya selama 3 bulan.

5. Tiga tempat kerja pertama selama 3 bulan membawa saya ke tempat kerja ke 4. Pada 16 March 2017, saya menjejak kaki ke Sabah. Memulakan tugas sebagai Cadet Engineer di Morisem Palm Oil Mill B.
17 March 2004 adalah hari lahir saya.
22 March 2004 adalah PRU ke 11. Saya tak dapat mengundi untuk kali pertama kerana baru sampai ke Sabah.

6. Pada Feb 2008, saya meletak jawatan di IOI setelah 2 tahun menjadi pengurus di Leepang Palm Oil Mill. Pada 1 March 2008, saya menyertai syarikat Boustead. Pertama kali menjejak kaki ke Miri, Sarawak. Loagan Bunut Palm Oil Mill. Sebuah kilang unik. Tempat yang unik. Empat tahun saya berada di sana.

7. Anak kedua dan ke 3 saya lahir semasa saya bekerja di sana. Pada tahun 2012, saya dipindahkan ke Sandakan, Sabah. Selepas 2 tahun, saya dipindahkan ke Lahad Datu. Tiga kilang di syarikat yang sama, pada Feb 2015, saya meletak jawatan. Bulan March 2015, saya menyertai syarikat baru. Industri baru. Cabaran baru.

8. Kini hampir lebih 3 tahun saya berada di Lahad Datu. Ada perkara baru bakal terjadi?

Entahlah. Namun emosi saya memang tidak setabil buat masa ini.
Saya memang tidak suka meraikan bulan March. Kerana pengalaman sebelum banyak keputusan besar saya lakukan. Saya amat berharap bulan ini akan segera berlalu pergi.

9. Berumur 38 tahun saat ini. Usia yang cukup besar tekanan dalam hidup.
Keluarga.
Kewangan.
Kerja.
Kesihatan diri.

Ya. Semuanya perlukan jiwa yang kental.

10. Jawatan yang disandang kini cukup memberikan tekanan yang besar.

11. Keluarga yang memerlukan perhatian saban hari juga cukup memberikan tekanan yang besar.

12. Perbelanjaan, kos sara hidup dan komitmen yang semakin meningkat juga memberikan tekanan yang cukup besar.

13. Kesihatan diri cukup semakin merosot. Kalestrol tinggi. Obesiti. Rehat tak cukup. Tekanan juga semakin tinggi.

14. Ya. Itulah cabaran yang saya hadapi kini. Di bulan March 2017.
Jawatan itu bukan semanis diduga.
Kerjaya jurutera itu juga tidak semanis sangkaan semua.

15. Namun demikian, kehidupan tetap jua akan diteruskan. Saya tetap akan kekal positif dan kekal berjuang.
Ini semua ujian dari Allah.
Ujian untuk setiap hamba - hambaNya.
Saya menulis catitan ini adalah bertujuan untuk terus mengingatkan diri sendiri, setiap yang kelam ada hari cerahnya.
Setiap ujian ada hikmahNya.
Setiap cabaran, ada jalanNya. Insya Allah.

16. Sebesar mana pun ujian gentir hidup kita, masih ada lagi insan yang lebih besar ujian dari kita.
Jika mereka tidak berumah, sekurangnya kita ada tempat berteduh.
Jika mereka mencari sesuap nasi pagi dan petang, kita sekurangnya ada makanan sedia di rumah
Jika mereka berjalan kaki, sekurangnya kita berkereta ke mana jua.
Jika mereka bergelapan berpanas kesejukan di waktu malam, kita sekurangnya masih berselimut dan berkipas.

17. Bersyukurlah dengan apa jua yang kita kecapi hari ini. Jangan membazir. Jangan kufur nikmatNya.
Bertabahlah dalam apa jua yang kita hadapi.
Berjuanglah kita menghadapi ujian dari Allah.

Insya Allah, ada jalanNya. Kekal positif. Kekal tabah. Kekal maju ke hadapan.

No comments:

Post a Comment