Kembara Insan
Mencapai umur 15 tahun.
http://zul1979.blogspot.com/
2004 saya mula menyertai industri sawit dan masuk ke kem. Jalan Jeroco. 90km dari Bandar Lahad Datu. 3 jam perjalanan melalui jalan berbatu. Kemudian masuk lagi lebih dalam ke kilang kedua di syarikat yang sama.
Pada tahun 2008, saya menyertai syarikat baru di Miri, Sarawak. Bersebelahan Long Lama. Juga 3 jam perjalanan dari Bandaraya Miri. Melalui Jalan Lapok.
Pada tahun berikutnya, anak sulung saya mula berumur 5 tahun dan perlu ke sekolah tadika. Atas sebab itu saya mula menyewa sebuah rumah di Miri. Dari tahun 2004 hingga 2009, saya tidak mempunyai akses internet langsung. Lebih kurang 6 tahun lamanya.
Apabila mempunyai akses internet buat pertama kalinya, saya mula membuka sebuah blog. Saya memang lama menyimpan untuk menjadi penulis. Maka bermulalah post pertama blog Kembara Insan.
Namun sejak beberapa tahun yang lepas, atas isu peribadi saya kurang menulis. Mencari jalan yang lurus. Dalam pada itu, capaian terhad blog telah mencapai lebih sejuta. Kebanyakkan adalah para jurutera baru yang mencari maklumat berkenaan boiler. Tidak lupa juga mereka yang mencari maklumat berkenaan industri sawit.
Saya gembira dapat berkongsi segala ilmu yang saya perolehi dan berharap ia menjadi sedekah jariah buat saya selamanya. Doakan saya diberi kekuatan untuk berkongsi lebih lagi. Saya berharap blog ini memberi manfaat kepada semua. Terima kasih kepada semua yang menjadi pembaca blog saya selama ini. Sokongan anda amat berharga.
blog Tuan sangat membantu, teruskan berkarya dan share info-info berkenaan industri sawit.
ReplyDelete