Sunday, 28 October 2012
Tahfiz, usahawan ternakan berjaya
Kegagalan ternakan kambing
Antaranya :-
1.PEMASARAN
- kenal pasti hala tuju pemasaran kita.Jangan terlalu memandang terlalu jauh.Pastikan pembeli yang berada di sekitar kita.
2.LOKASI
- kandang terlalu jauh kedalam.Pembeli sukar untuk datang ke kandang.
3.KEWANGAN
- kesilapan ketara yang selalu dilakukan oleh penternak kambing
a. Bina kandang terlalu moden
b. Aset kambing lebih rendah dari aset kandang
c. Backup untuk makanan tiada
4.PENGURUSAN
- Tuan kambing tinggal jauh dari kandang
- Tiada kawalan penyakit yang sempurna
- Tiada belanjawan berhemah
Ref
http://ladanguluyam.blogspot.com/2010/06/ternak-kambing-kenapa-gagal.html
Nasib syarikat gagal maju pertanian moden di Kluang ditentukan kabinet: Noh
Kambing dan Malaysia
SATURDAY, SEPTEMBER 29, 2012
Malaysia hujan sepanjang tahun..
Ironinya krisis air berlaku juga kerana suka membazirMalaysia banyak tanah untuk pertanian
Ironinya kita banyak import bekalan makanan dan tumbuhanMalaysia beriklim khatulistiwa dan tak sesuai untuk tanaman 4 musim
Ironinya epal dan anggur boleh ditanam disini. Guna teknik tertentu untuk tipu pokok supaya melalui fasa musim luruh dan sejuk. Lebih pelik orang bukan bumiputra yang banyak berjaya buatMalaysia banyak tanah untuk penternakan kambing dan lembu
Ironinya sektor penternakan kambing dan lembu banyak diimport dari Thailand dan Australia.Malaysia banyak tumbuhan hijau untuk makanan kambing dan lembu
Ironinya kawasan padang pasir lebih sesuai untuk bela kambing dan lembu sebab kering dan banyak parasit. Yang lebih peliknya, kawasan padang pasir kurang air, kambing terpaksa selalu berhijrah untuk cari sumber air untuk hidup. Perjalanan cari air je punyalah susah. Senang ke bela kambing di padang pasir? Atau orang kita saja yang cari alasan untuk tidak maju.Malaysia ada universiti pertanian sendiri dan banyak graduan veterinar
Ironinya industri penternakan kita tak maju punUmat islam harus cemerlang, Hari ini mesti lebih baik dari semalam.. Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh, kita ada Allah maha kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata, umat islam sentiasa bole 2x
Ref
http://kambinghalal.blogspot.com/2012/09/kambing-dan-malaysia.
Saturday, 27 October 2012
Melayu
Berpegang kepada Yang Esa,
Hidup berakal mati beriman,
Malang hidup celaka hidup,
Hidup tak tahu halal haram.
Batang tebu halus uratnya,
Apalah tanda orang berilmu,
Orang berilmu halus budinya.
-bermaksud cepat, deras, tangkas yang merujuk sifat semulajadi perlakuan manusia melayu sehari-hari dlm aktivitinya.
-cerdas berfikir & pantas bertindak dalam peribadinya.
Friday, 26 October 2012
Wonder why goats
Goat grazing is a cost effective, ecologically sound way to clear land and promote growth of native grasses and beneficial plants, particularly for large acreages and difficult terrain. It has been proven to efficiently handle areas that are inaccessible or difficult to manage with mowers, areas where burns are inadvisable, and sensitive areas where the application of herbicides is not appropriate.
Our goats restore plant species that better clean the air, reduce water pollution, prevent the spread of fires, eliminate mower emissions, and fertilize while they graze!
California Grazing provides a grazing management system that not only cuts back on the weeds, but also helps native grasses to survive. The company calls their 800 goats “self propelled weed eaters.”
Wednesday, 24 October 2012
Risiko kematian Kambing di musim tengkujuh
Pelalian Terhadap Pasteurella
Monday, 22 October 2012
Isu dan Cabaran dalam industri ternak di Malaysia
INDUSTRI PEDAGING DI MALAYSIA
I. Latar Belakang Industri Pedaging
Transformasi Sektor Pertanian
Dasar Pertanian Negara Tiga (DPN3) memberi fokus kepada usaha mempercepatkan transformasi sektor pertanian kepada:
-
Sektor moden, dinamik, berskala besar dan mampan.
-
Pertumbuhan berpandukan pasaran & sumber manusia.
-
Pembangunan berasaskan inovasi pengeluaran/pemprosesan, produktiviti dan teknologi.
Perluasan Aktiviti Penternakan Ruminan
-
Penternakan ruminan digalakkan secara integrasi di ladang kelapa sawit & getah.
-
Disokong melalui pengimportan induk berkualiti dan penyelidikan.
-
Namun, pengeluaran masih didominasi oleh penternakan tradisional skala kecil.
Peningkatan Melalui Rancangan Imbangan Dagangan (BOT)
-
BOT Plan (2006–2010) menekankan peningkatan pengeluaran ternakan ruminan.
-
Sasaran DPN3 dikaji semula berdasarkan kedudukan semasa negara.
Pengeluaran Daging Ruminan
-
Populasi ruminan besar: 926,000 ekor (betina pembiak: 339,400 ekor).
-
Pengeluaran: 25,270 tan metrik (18% daripada keperluan nasional, penggunaan per kapita 4.75 kg/tahun).
-
Sumber pengeluaran daging lembu tempatan (2003):
-
Fidlot: 54%
-
Integrasi: 12%
-
Tradisional: 34%
-
-
Lembu tenusu (36,000 ekor) juga menyumbang sedikit.
Status Penggunaan Daging Ruminan
Segmen pemasaran daging ruminan:
-
Daging keratan terpilih (import USA, Australia, NZ): RM30–RM50/kg.
-
Daging segar tempatan: RM16–RM20/kg.
-
Daging kerbau beku import India: RM8–RM12/kg.
Tahun 2003: 103,219 tan metrik daging ruminan besar diimport.
Pengeluaran domestik daging bermutu tinggi sangat penting untuk daya saing & eksport.
II. Sasaran Pembangunan Industri Pedaging
Menjelang 2015:
-
Pengeluaran domestik daging ruminan besar meningkat daripada 18% → 40%.
-
Pengeluaran domestik daging ruminan kecil meningkat daripada 8% → 35%.
-
Populasi pembiak minimum:
-
Ruminan besar: 610,000 ekor
-
Ruminan kecil: 1,560,000 ekor
-
Keperluan 2015: 153,600 tan metrik.
-
Sasaran 40% = 62,300 tan metrik, melibatkan 1.65 juta ekor lembu.
-
464,000 ekor lembu perlu disembelih.
-
Tambahan induk pembiak: 40,000 ekor dalam 5 tahun (2006–2010).
-
Import lembu fider: 90,000–110,000 ekor setahun (oleh swasta).
III. Isu dan Cabaran
-
Kekurangan baka induk & pejantan berkualiti.
-
Kekurangan tanah ternakan; isu status tanah & persaingan dengan industri lain.
-
Sambutan dingin sektor swasta (ladang sawit & syarikat besar).
-
Fokus pembangunan penternak tradisional masih pada kawalan penyakit, bukan transformasi.
-
Kekurangan kemahiran & tenaga kerja berkompetensi.
-
Ancaman penyakit: Kuku & Mulut, Hawar Berdarah, Bruselosis.
-
Kurangnya kepakaran pemakanan ternakan.
-
Tempoh matang projek lama & pulangan kecil (isu ekonomi skala).
-
Kadar penyembelihan betina tinggi → menjejaskan populasi.
-
Masalah pencemaran alam sekitar akibat penternakan besar-besaran.
IV. Pendekatan Strategik
1. Meningkatkan Populasi Asas
-
Import baka sesuai (ikut OIE Terrestrial Animal Health Code).
-
Penubuhan ladang nukleus & multiplikasi (dengan IBHK Jerantut, FELDA, RISDA, FELCRA).
-
Galakan pelaburan swasta & GLC (insentif: soft loan, pelepasan cukai, reverse investment).
2. Meningkatkan Daya Saing
-
Pembakaan sistematik: permanian beradas, kacukan pedaging.
-
Aktiviti tambah nilai:
-
Fidlot penggemukan.
-
Makanan tempatan (PKC, jerami padi, pelepah sawit, hampas nanas).
-
Lembu/kambing fider tempatan.
-
Pemprosesan mudah (keratan daging terpilih).
-
-
Penyelidikan & Pembangunan (R&D):
-
Pembiakbakaan, pemakanan, sistem pengeluaran mapan.
-
Bioteknologi (AI, IVF, vaksin, genetik, kit diagnostik).
-
3. Menambahbaik Persekitaran Bisnes & Prasarana
-
Dana khas pembiayaan ternakan, sistem cagaran ternakan, insurans.
-
Rizab tanah oleh kerajaan negeri.
-
Insentif cukai, matching grant, ekuiti ternakan.
-
Infrastruktur asas zon pengeluaran (air, elektrik, jalan, EIA).
-
Transformasi penternak tradisional → komersial.
-
Sistem pemasaran halal & “Bio-Friendly Produce”.
-
Sistem maklumat industri (“livestock intelligence service”).
-
Pembangunan sumber manusia (kursus, LTJ, khidmat nasihat).
-
Pengiktirafan pengguna (label jelas daging segar/beku/sejuk dingin).
4. Memperkukuhkan Status Sanitari & Fitosanitari
-
Kawalan penyakit (Kuku & Mulut, Bruselosis) melalui zoning.
-
Import baka berpandu analisis risiko OIE.
5. Menambahbaik Kualiti Produk & Produk Tambah Nilai
-
Persijilan ladang (SALT, GAP).
-
Persijilan VHM untuk kilang pemprosesan → pasaran antarabangsa & halal hub.
V. Kesimpulan
-
Pembangunan Industri Pedaging memerlukan kerjasama kerajaan, swasta, agensi & penternak.
-
Sasaran: meningkatkan kadar saradiri 40% menjelang 2015, kurangkan kebergantungan import.
-
5 strategi utama menjadi asas revolusi:
-
Meningkatkan populasi asas.
-
Meningkatkan daya saing industri.
-
Menambahbaik prasarana & persekitaran bisnes.
-
Memperkukuhkan sanitari & fitosanitari.
-
Menambahbaik kualiti produk & tambah nilai.
-
-
Transformasi penternak tradisional akan berlaku seiring dengan peningkatan produktiviti.
Sunday, 21 October 2012
EM (Effective Microorganisms)
| Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik |
| Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi |
| Membantu menghalau serangga |
| Membasuh lantai |
| Pertanian |
| Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan |
| Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga |
| Sebagai baja untuk tanaman |
| Memulih tanah yang· bermasalah |
| Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos |
| Lonkang/Sungai/Kolam |
| Membersihkan air / sungai supaya tidak berbau busuk/ternakan dalam aktif dan bebas penyakit |


