Saturday, 27 October 2012

Melayu


Bergantung kepada Yang Satu,
Berpegang kepada Yang Esa,
Tuah hidup sempurna hidup,
Hidup berakal mati beriman,
Malang hidup celaka hidup,
Hidup tak tahu halal haram.
(Pepatah epistemologi Melayu lama)
Petikan dalam buku Islam & Melayu, Dr. Siddiq Fadzil, 2012.

Apa tanda batang tebu,
Batang tebu halus uratnya,
Apalah tanda orang berilmu,
Orang berilmu halus budinya.

(pantun budi, pantun orang dulu)

Suatu artikel dalam Dewan Budaya Julai 2012;

* Melayu itu asal perkataannya adalah dari perkataan "melaju".
-bermaksud cepat, deras, tangkas yang merujuk sifat semulajadi perlakuan manusia melayu sehari-hari dlm aktivitinya.
-cerdas berfikir & pantas bertindak dalam peribadinya.

*Melayu juga bermaksud penyeberang, pengembara, penjelajah dari satu tempat ke tempat yang lain...

Komentar sosok saya: 
Melayu itu berada ditanah dan air. Maka negaranya tanahairnya. Menyeberang, Melaju & Derasnya di sungai dan lautan. Mengembara dan Menjelajahnya di setiap pelosok tanah, pulau dan lautan. Itulah bangsa Melayu.


No comments:

Post a Comment