Monday, 1 October 2012

Resepi Baja dari Tinja Kambing Baja organik

Baja dihasilkan daripada hasil buangan haiwan atau tumbuhan. Baja ini 100% tidak terdapat unsur-unsur bahan kimia, antibiotik atau hormon. Baja organik yang dihasilkan daripada proses pengkomposan tinja kambing menggunakan STARDEC yang ditambah dengan bahan abu, kapur dan habuk kayu gergaji dalam tempoh tertentu. Selain itu pellet atau makanan kambing juga harus dicampur dengan Probiotik STARBIO. 

Bahan Yang Diperlukan 
• Tinja / kotoran ternakan - 83% 
• Abu ( dari bahan bakar) - 10% 
• Habuk Kayu Gergaji - 5 % 
• Kapur (lime) - 2% 
• STARDEC - 0.25% 

Peringkat-Peringkat Proses Membuat Emas Hitam 
• Pengkomposan 
• Penapisan 
• Pembungkusan 
• Pemasaran Pengkomposan 

Langkah pertama, 

pallet atau makanan kambing haruslah dicampur dengan STARBIO sebanyak 300gm -500gm bagi 100 kg pallet. Kemudian tinja dikumpulkan dibangsal pengkomposan yang mana lantainya sudah ditabur dan dilapisi dengan habuk kayu gergaji, kapur, abu dan STARDEC. Kemudian bahan ini harus berlapis lapis dengan tinja kambing yang baru sehingga ketinggian 1.5 meter. 

Biarkan timbunan selama seminggu. Harus dipastikan bangsal proses pengomposan menggunakan lantai tanah, dan ternaung daripada hujan dan cahaya matahari secara langsung. Pada minggu kedua, terbalikkan timbunan dengan memindahkannya ke petak berasingan. Suhu dalam timbunan pada minggu kedua akan naik hingga 60 darjah celsius dan ulang pembalikan pada setiap minggu hingga minggu kelima. Suhu dalam timbunan pada minggu ketiga dan keempat akan naik hingga 70 darjah celsius. Pada minggu kelima pula suhu akan turun antara 30-40 darjah celsius menandakan proses pengkomposan telah selesai. 

Semasa pembalikan dilakukan, pastikan keadaan kelembapan sekitar 60% dan jika terlalu kering hendaklah direnjiskan air. Bahan pengkomposan yang telah selesai ini, dicampur homogen dengan cara disisir cangkul dari atas ke bawah. Kemudian ditimbunkan pada tempat pemprosesan baja dengan ketinggian 1.5 meter juga. 

Ciri-ciri Emas Hitam yang sedia untuk dipasarkan: 

•Suhu dingin secara alami (350 darjah celsius) 
•Warna Coklat kehitaman 
•Suhu dalam timbunan antara 60 -80 darjah celsius 
•Tidak berbau 
•Kadar air ± 40% 

Penapisan/Penyingkiran 

Proses ini dilakukan pada minggu keenam. Timbunan baja organik ini perlu dihancurkan dengan menggunakan mesin penghancur (grinder) yang berharga antara RM2300 – RM2500 dalam pasaran tempatan. Ia kemudiannya perlu ditapis menggunakan jaring dawai untuk mendapatkan tekstur yang seragam dan mengasingkan benda asing yang tidak diperlukan. 

Pembungkusan Baja organik yang telah dihancurkan dan ditapis perlu di timbang mengikut saiz plastik pembungkusan mengikut kehendak pengusaha. Pembungkusan boleh dibuat menggunakan jenama tertentu (contohnya Casserose) dengan mengikut saiz 0.5 kg, 1kg, 5kg , 10kg atau 20kg mengikut permintaan pasaran. 

Faedah Perusahaan Emas Hitam Kepada Penternak Kambing 
• Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk 
• Menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan 
• Menjimatkan kos letrik dan air 
• Mesra alam sekitar 
• Meningkatkan dayamaju projek 
• Menarik minat pengusaha 
• Membantu mencapai sasaran Dasar Pedaging Negara Kelebihan Baja Kompos 
• Tidak berbau 
• Meningkatkan kesuburan tanah 
• Meningkatkan mikrobia tanah 
• Mengurangkan serangan hama dan penyakit 
• Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah 
• Memperbaiki pH tanah • Merangsang pertumbuhan pokok 
• Meningkatkan kualiti hasil pertanian 
• Sesuai untuk semua jenis tanaman samaada perladangan komoditi, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok perhiasan dan bunnga-bungaan. 

Pemasaran Pasaran borong emas hitam kini adalah antara RM800 – RM1000 satu tan. Namun begitu jika dijual dengan bungkusan yang kecil dengan harga antara RM6 – RM8 sekilogram, ini akan menjadikan pendapatan sampingan penternak kambing sangat lumayan. Emas hitam ini mendapat permintaan yang menggalakkan pada Pameran MAHA2004 dengan harga RM8 sekilogram. 

Strategi pemasaran yang baik dan efektif mampu menjadikan pendapatan daripada emas hitam sebagai suatu kegiatan sampingan yang lumayan bagi penternak kambing. PRODUK BARU DARI CASSEROSE (EMAS HITAM) 

Penafian: 

Cara pemprosesan ini adalah teori saya sahaja mengikut pembacaan dan rujukan yang telah saya nyatakan di bawah. Ia telah disesuaikan dengan penternakan kambing dan tidak pernah saya praktikkan di lapangan. Formula pemprosesan ini juga tidak mendedahkan formula industri baja organik Casserose. 
Harap Maklum. 

Rujukan: 
1. Amran Shahir, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, JPH Selangor. (Pemprosesan tinja lembu dan kerbau sebagai baja organik) 
2. Buku Panduan Pengeluaran Kambing Muda KaPrima. InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism 

Sumber

/Dipetik:esis caserose kambing mas http://jutawanklik.com/#kebunklik

No comments:

Post a Comment