Monday, 15 October 2012

Bekas Banduan Penternak Berjaya


Utusan Malaysia 20/03/2008Share on facebook
Share on twitterShare on emailShare on prinMore ShariBekas banduan kini penternak berjaya
Dia yang dimasukkan ke penjara pra bebas Dusun Datuk Murad pada tahun 1993 kerana terlibat dalam pergaduhan, kini bebas menjalani kehidupan sebagai usahawan tani dan mempunyai syarikatnya sendiri yang dikongsi bersama isteri, Salmah Enterprise di Melaka Pindah di sini.
Hamzah kini mempunyai 150 ekor kambing, tiga ekor lembu dan beratus-ratus lagi itik dan ayam kampung yang memberikan pulangan pendapatan kepadanya kira-kira RM2,500 sebulan.
Mungkin ada di kalangan kita, jumlah tersebut mungkin tidak seberapa, namun bagi lelaki itu yang sepanjang hidupnya langsung tidak mengenal huruf dan menjejakkan kaki ke sekolah itu, pendapatan berkenaan sudah cukup lumayan.
‘‘Saya memang suka menternak. Bila saya mula-mula dimasukkan ke pusat pemulihan remaja di Bukit Baru, saya sudah diajar untuk bertani dan menternak ayam.
‘‘Dari situ, saya memasang tekad untuk berkecimpung dalam bidang ini secara serius, Alhamdulillah, tuhan telah makbulkan hasrat saya ini, selepas itu, saya dimasukkan ke Dusun Datuk Murad dan di situ, saya diajar tentang teknik penternakan yang betul,” katanya.
Katanya, selepas setahun menimba ilmu dan kemahiran dalam penternakan kambing di penjara berkenaan, berbekalkan wang simpanan RM600 yang dikumpul selama tiga tahun di penjara itu, Hamzah memulakan langkah untuk berjaya menjadi usahawan tani.
Namun, katanya, harapan itu tidak mudah untuk dilaksana terutama bagi seorang bekas banduan seperti dirinya.
‘‘Saya berjumpa dengan pelbagai pihak dan agensi kerajaan berkaitan tetapi malangnya tiada siapa yang sudi tampil membantu saya malah ada yang mengaku, mereka kurang yakin dengan kebolehan saya untuk berjaya dalam bidang ternakan ini.
‘‘Saya memang kecewa tetapi apa nak buat, hidup dan perjuangan mesti diteruskan, dengan modal yang sedikit saya teruskan juga hasrat membuka ladang kambing sendiri dan sepanjang 10 tahun ini, saya berjaya akhirnya biarpun banyak kekurangan,” katanya.
Bapa kepada empat cahaya mata itu masih berharap ada pihak yang sudi membantunya terutama dari segi saluran kewangan bagi membolehkan ladang ternakan yang diusahakan pada hari ini dapat dibesarkan.
‘‘Bagi menampung kos harian dan menambah pendapatan, saya mengambil upah menebang pokok getah, pokok hutan, bercucuk tanam, mengusahakan kedai runcit dan menjual minuman.
‘‘Saya percaya, hanya keyakinan yang teguh dan komitmen yang tinggi, saya mampu membaiki kehidupan saya dan keluarga, cuma apa yang saya harapkan agar masyarakat boleh membetulkan pandangan negatif mereka terhadap bekas banduan seperti saya, bantulah kami dan jangan pinggir kami,” katanya.

No comments:

Post a Comment