Wednesday, 24 October 2012

Risiko kematian Kambing di musim tengkujuh

Pelalian Terhadap Pasteurella

Adalah diketahui umum bahawa ternakan kambing sangat alah terhadap cuaca lembap (high humidity), di mana cuaca lembap berterusan boleh membawa kepada serangan pneumonia yang boleh mengakibatkan kematian. Bahkan di negara kita, serangan pneumonia adalah merupakan penyebab utama kematian ternakan kambing.

Berdasarkan pengalaman sendiri serta pengalaman penternak lain yang telah lama berkecimpung di dalam bidang penternakan kambing, musim hujan berpanjangan seperti musim tengkujuh merupakan tempoh di mana kadar kematian ternakan kambing adalah di tahap paling tinggi. Jadi, persiapan adalah perlu untuk mengelak atau mengurangkan kerugian akibat kematian di musim tengkujuh.

Penyebab utama serangan pneumonia adalah bakteria 'pasteurella' yang menjadi sangat dominan di dalam keadaan cuaca lembab berpanjangan seperti di musim tengkujuh, di samping masaalah lain seperti pengudaraan dan kebersihan makanan dan minuman. Persiapan utama menghadapi serangan pasteurella adalah dengan memberikan pelalian/pemvaksinan kepada kesemua ternakan kambing. Kami mengesyorkan penggunaan vaksin 'Heptavac-P'. Vaksin ini harus diberi sewaktu ternakan berada di dalam keadaan sihat dan cergas, iaitu sebelum bermulanya musim hujan/tengkujuh.

Heptavac-P diberi dalam 2 dos iaitu Dos Permulaan (2mL) serta Dos Booster (juga 2mL). Dos Booster pertama diberi 4-6 minggu selepas Dos Permulaan, manakala Dos Booster seterusnya adalah diberi sekali di dalam tempoh 12 bulan.

InsyaAllah dengan mengamalkan pelalian terhadap bakteria pasteurella ini, risiko kematian ternakan kambing akibat gejala pneumonia yang merupakan pembunuh utama dapat dikurangkan.












Vaksin Anti-Pasterurellosis 'Heptavac-P'

No comments:

Post a Comment