Thursday, 7 March 2019

Horizontal Clarifier

VC naikkan FFA
1. Perbezaan FFA di VC dan POT adalah 0.5 - 1.0% lebih tinggi.
2. Adakah VC menaikkan FFA?
3. Jawabnya, YA. Di VC ada air, sludge dan NOS. Malah ia tidak segar dan mempunyai kandungan cecair dua atau tiga hari yang lepas.
4. Dengan penemuan ini, jika CPO diambil lebih awal di POT, maka FFA akan lebih baik untuk CPO.
5. Bina Horizontal Clarifier sebagai sampingan kepada VC.

Wednesday, 6 March 2019

Depression di tempat kerja

Simpton Depression serius di tempat kerja.

1. Baru2 ini kecoh COO syarikat marah2 kepada pekerja. Melihat klip video terbabit, tidak lain saya insaf dan melihat kelemahan diri sendiri. Mungkin nampak jelek, tapi itulah realiti di banyak tempat kerja yang berlaku sekarang.
2. Dua isu. Marah sebab masalah dan Cara kendali masalah. Akhir kepada dua itu adalah simpton depression jika tidak ditanggani dengan baik.
3. Jika ditanya, adakah kita mahu jadi seperti itu? (Marah2 sampai orang tengok kita dah macam orang gila). Pasti semua akan menjawab TIDAK.
4. Saya takkan hurai panjang sebab marah itu dan cara beliau lakukan. Apa yang saya akan hurai adalah ITU SECEBIS SIMPTON DEPRESSION di tempat kerja.
5. Ia di alami oleh banyak antara kita masa kini tak kisah apa jua pangkat. Bawah Atas, semua terdedah.
6. Jika ditanya, apakah ubatnya? Saya menjawab TAK TAHU. Apa saya boleh cadangkan, banyak berdoa, pohon keampunan kepada Allah dan berzikir. Semoga dengan doa, pohon keampunan dan zikir, Allah ubati penyakit depression itu.
7. Depression jika di negara Jepun atau Barat, membawa sehingga bunuh diri. Masalah ini bukan cuma berlaku di negara membangun, malah turut dialami di negara maju.
8. Alhamdulillah, Islam melarang keras perbuatan bunuh diri. Namun, isu depression wajar ditanggani segera oleh semua pihak.
9. Hidup di dunia ini penuh ujian. Ujian kesulitan hidup. Ujian di tempat kerja. Pelbagai masalah boleh hadir tanpa dipinta.
10. Lalu, adakah kita insan kerdil lemah ini mampu mengendalikan masalah itu dengan baik atau tidak?
11. Depression boleh dilihat dengan pelbagai keadaan. Satunya adalah bila marah. Hatta perkara besar mahupun kecil. Ia bukan dibuat - buat. Tetapi simpton2 kepada depression lebih besar bakal berlaku jika tidak dikendali dengan baik.

Semoga Allah ampuni kita semua. Jauhkan kita daripada penyakit depression, tekanan hidup dan dipermudahkan segala urusan.

Kembara Insan
6 March 2019
Lahad Datu, Sabah.

Tuesday, 26 February 2019

Badai melanda

Keypad

Lautan bergelora, angin kencang, taufan, tsunami dan jua guruh di langit. Menerjah kapal serta sekalian yang bernyawa. Tika dalam kegelapan dibasihi air hujan dan kapal yang hilang arah pandu. Saat itu,

HANYA ALLAH dihati. Hanya Allah dibibir. Hanya Allah tempat bergantung.

Ya Allah. Ampunilah segala dosa kami. Ampunilah kesalahan kami. Kami lemah Ya Allah. Kami kerdil Ya Allah. Kami tidak mampu lagi berdiri. Kami tidak mampu lagi berpegang pada apa jua. Hanya Engkau sahaja Ya Allah. Tempat kami berserah. Tempat kami bergantung harap. Tempat kami memohon pertolongan. Selamatkanlah kami. Matikanlah kami dalam keadaan beriman.

Saat itu, sekalian harta dibumi tiada guna
Saat itu, segala pangkat dan darjat tiadalah berguna
Saat itu, saudara mara rakan raulan tiadalah di sisi
Saat itu segala sijil tak mampu menjadi harapan
Saat itu

Saat itu HANYA ALLAH sahaja yang hadir dijiwa hati akal diri.

.....BAHAGIALAH INSAN, yang tiap tika saat dan detik, sentiasa berpegang pada TALI ALLAH YANG KUKUH.

Datanglah badai
Datanglah gelora

INSYA ALLAH, hati kan tenang.

Kembara Insan
25 Feb 2019

Sunday, 24 February 2019

Telegram ke Syurga

Revolusi Teknologi Maklumat dalam mencari ILMU BERMANFAAT

Telegram
Kelebihan
->jumlah ahli tanpa had
->file yang dikongsi oleh admin sejak awal masih boleh dicapai - download
->pelbagai jenis file audio, video,link,gambar dan juga pdf boleh dicapai/kongsi/download
->percuma
->kita boleh dapatkan apa sahaja data dari seluruh dunia. Yang baik buruk. Cuma tekan butang SEARH Untuk kata kunci channel yang kita cari.

Buat masa ini, disebabkan untuk mengawal jumlah data dalam handphone, saya mengikuti beberapa channel telegram seperti

Kuliah agama
https://t.me/AbuAnasMadani
https://t.me/ceramah_ustadz_abdul_somad
http://t.me/DaurahTafsir2018

Abdul Basit Abdul Rahman Jazman Yob
Dukun Boiler
Mohamed Ashraf Daud
Abu Mu'min
Untuk maklumat teknikal, saya follow channel
http://t.me/DukunBoilerMalaysia

Tujuan saya berkongsi adalah untuk membuka mata kita semua, ilmu di depan mata. Nikmat teknologi sudah ada, adakah ia digunakan ke syurga atau ke neraka.

Dah join channel, download. Guna wifi untuk lebih jimat. Dengar dalam keta sambung melalui Bluetooth radio kereta.

Bawa keta dapat pahala majlis ilmu. Tengah jem ditemani malaikat sambil menadah ilmu. Jiwa akal hati disirami air hujan cahaya ilmu Al Quran Hadis dan kata - kata ulamak murabbi. Insya Allah, ketenangan dan kebahagian mula mengetuk menjelma di dalam diri kita.

Doakan jua, Allah berikan kekuatan kepada kita untuk beramal dan istiqamah dalam jalan kebenaran.

Saya doakan para pendakwah keberkatan rahmat dan pahala buat mereka semua yang menyebarkan ilmu tanpa henti demi mengharapkan redha Allah semata. Doakan mereka dikurniakan kesihatan untuk terus mendidik ummah di zaman penuh fitnah.

Alkalam
Kembara Insan,Lahad Datu,Sabah.
19 Jamadul Akhir 1440H

Thursday, 21 February 2019

Pandangan Manusia itu penting?

Kisah Dua Beranak Dengan Keldai

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sebagai insan biasa kita sering memikirkan kata-kata dan risau akan pandangan orang disekeliling terhadap diri sehingga boleh mengakibatkan tekanan hebat dengan keadaan dan situasi tersebut.
Kisah Luqman al Hakim, anaknya dan keldai di bawah ini amat mengesankan dan sesuai dijadikan tauladan dan kekuatan diri bagi menerima qadak dan qadar serta akur bahawa kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

Dalam pada itu, kita hanya mampu berserah kepada yang Maha Kuasa dan berharap agar orang-orang di sekeliling tidak memandang serong dan negatif terhadap tindakan dan pebuatan yang dilakukan.

Kisah Luqman Al-Hakim, Si Anak Dan Keldai

Luqman al-Hakim ialah seorang ahli hikmah. Beliau bukanlah seorang yang kaya raya dan banyak harta benda. Diriwayatkan, Luqman al-Hakim hanyalah orang biasa yang mempunyai pelbagai jenis pekerjaan. Malah ada sejarawan yang menyelidik Luqman ialah seorang hamba berkulit hitam. Suatu hari, Luqman al-Hakim ingin pergi ke pasar dan telah dicatit segala peralatan dan barang keperluan yang ingin dibeli oleh Luqman.

Dalam mendidik anaknya untuk berhadapan dengan masyarakat dan pandangan manusia, Luqman al Hakim turut membawa anaknya dan keldai ke pasar tempat orang ramai. Oleh kerana jarak yang jauh antara pasar dan kawasan perkampungan, mereka pergi ke pasar dengan membawa seekor keldai sebagai binatang tunggangan dan bertujuan untuk membawa barang keperluan yang bakal dibeli. Bagi memulakan perjalanan dari rumah mereka, Luqman menaikkan anaknya untuk menunggang keldai memandangkan dirinya masih bertenaga lagi.

Kampung Pertama

Ketika mereka tiba di sebuah perkampungan dengan sianak tengah menunggang keldai tersebut dan Luqman al Hakim menarik keldai dengan berjalan kaki. Orang ramai mula memerhatikan mereka dengan perasaan ganjil dan pelik melihatkan dua beranak itu bersama dengan seekor keldai.

“Mengapa kanak-kanak itu yang menunggang keldai dan membiarkan bapanya berjalan kaki? Kenapa tidak ayahnya yang menunggang? Oh, sungguh biadap dan tercela anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, dia pula bersenang lenang di atas keldai!Ini menunjukkan sikap anak derhaka dan tidak pandai menghormati orang tua. Tidak pernahkah dia sedar ayahnya yang selama ini memberikan makan dan minum kepada dia?”

Semua orang di kampung itu menyatakan perkara sama. Terpinga-pinga Luqman mendengar jawapan daripada mereka. Lantas, Luqman berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, biarlah ayah pula yang menunggang keldai pula pada kali ini.”Kemudian, mereka meneruskan pula perjalanan menuju ke pasar.

Kampung Kedua

Dalam perjalanan, mereka sampai pula ke sebuah lagi perkampungan yang luasnya lebih kurang sama dengan perkampungan sebelum ini. Tanpa memerlukan apa-apa hajat atau keperluan pada masyarakat di kampung tersebut, Luqman yang menunggang keldai, dan anaknya yang menarik tali keldai menuju ke kampung tersebut sebelum boleh tiba ke kawasan pasar.

Ketika itu, semua orang yang melihat kelibat dua beranak ini mula berbisik-bisik. Penduduk kampung itu berasa ganjil dengan tingkah laku Luqman dan anaknya. Mereka mula mencela dan berkata:
“Mengapakah bapa yang menunggang, sedangkan si anak dibiarkan berjalan kakimenarik keldai? Anak itu masih kecil lagi, tentu kepenatan sepanjang perjalanan.Sibapa lebih besar daripada kanak-kanak itu dan sepatutnya sianak yang menunggang keldai tersebut. Bapa yang tidak berhati perut!”

Sekali lagi, Luqman mendengar telahan peduduk kampung yang melihat keadaan mereka berdua dan mereka tetap meneruskan perjalanan.

Kampung Ketiga

Setelah melepasi kampung kedua dan berfikir beberapa ketika, Luqman berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, kali ini kita menunggang keldai ini bersama-sama sehingga tiba di pasar.”

Mereka menukar kedudukan pula dengan kedua-dua anak beranak itu bersama menunggang keldai mereka. Namun, setibanya di sebuah kampung berhampiran dengan pasar berkenaan, tiba-tiba orang ramai mula bersuara, “Lihat!, Seekor keldai membawa dua orang!, Alangkah siksanya keldai itu membawa beban berganda!”

Mereka berkata kepada Luqman dan anaknya. “Tidakkah kamu berdua kasihan kepada keldai itu. Sudahlah berjalan pun tidak larat, inikan pula ingin membawa kamu berdua!”
Dipersalahan juga, apa lagi yang perlu dibuat, Luqman berfikir lagi. Tidaklama kemudian Luqman menyatakan pada anaknya, “Baiklah. Kali ini kita biarkan sahaja keldai ini tanpa penunggang.”

Kampung Keempat

Pada kali ini Luqman al Hakim dan anaknya tidak menaiki keldai tersebut dan mereka berdua hanya membiarkan keldai itu tanpa penunggang dan sebarang beban. Namun apabila mereka melintasi kampung keempat mereka diperkatakan lagi oleh masyarakat di situ pula.

Mereka berkata: “Alangkah anehnya, keldai dibiarkan tidak ditunggangi, tuannya pula berjalan kaki saja, ada kemudahan tidak digunakan, tidak pandai menggunakan nikmat yang sedia ada!”

Serba salah lagi dibuatnya, Luqman berfikir lagi. “Apa lagi yang perlu dilakukan agar perjalanan mereka lancar tanpa pandangan serong orang ramai?”
Setelah lama berfikir, Luqman mula menyatakan pandangannya, “Baiklah. Kali ini biar kita sahaja yang mengangkat keldai ini.”

Pasar

Pada kali ini dua beranak tersebut tidak menunggang, tidak juga membiarkan keldai tersebut berjalan sendirian, tetapi mereka memikul keldai tersebut.

Setibanya ke destinasi terakhir di pasar, kali ini keriuhan pasar bertambah apabila melihat perbuatan Luqman dan anaknya bersama seekor keldai kepunyaan mereka. Hiruk pikuk mereka melihat dari jauh kelibat dua beranak ini yang bermandi peluh mengangkat seekor keldai!

“Ah, gila, tidak masuk akal. Sepatutnya orang yang menunggang keldai. Bukan keldai dipikul mereka!”

Akhirnya, tanpa mahu mendengar sebarang desas desus dan orang mengata tentang tingkah laku mereka, setibanya di pasar berkenaan, keldai itu dijual. Sebelum pulang, Luqman al-Hakim berkata sesuatu kepada anaknya. “Wahai anakku, sekiranya kamu sentiasa melihat dan mengharap kepada pandangan manusia, tiada apa yang bakal berubah pada keadaannya. Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Sikap manusia tidak akan berasa senang dan gembira dengan orang lain.Orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja dan sesiapa memahami kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.”Yakinlah akan dirimu sendiri dan setelah dilaksanakan sebaiknya, maka bertawakallah kepada Allah SWT.”

Oleh itu, kita tidak hairan dengan kedudukan masyarakat hari ini yang sentiasa ingin bersuara, mungkin mereka perlu maklumat, mahu memperbaiki, mahu membantu, mahu menegur dengan harapan berlaku sebarang perubahan. Selain itu, manusia juga akan sentiasa mengata dan mengata, mengkritik dan terus mengkritik walau apa sahaja yang kau lakukan, sama ada berbentuk kebaikan atau sebaliknya.

Oleh itu, kita kena positif dan berlapang dada kepada sesiapa sahaja kerana itu haknya untuk menegur, tapi biarlah bersopan, berbudi bahasa, ikhlas dan bukan berdasarkan ada kepentingan peribadi.

Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka. Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah. Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah SWT Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah Ta’ala.
Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka (supaya kamu tidak curiga dengan sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujurat : 12)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Sunday, 16 December 2018

Kembali Ke Kilang Sawit

1. Hampir empat tahun berlalu.
2. Akhirnya saya berhenti dari syarikat penapis minyak sawit dan kembali menyertai syarikat kilang sawit.
3. Ini bukan sebahagian daripada aktiviti lompat si katak lompat YB yang amat aktif berlaku sekarang. Ha ha ha.
4. Sejak akhir tahun lepas, saya telah mula berkira - kira untuk berhenti. Namun usaha mencari kerja tempat baru agak perlahan dan belum ada rezeki.
5. Semasa menunaikan haji yang lepas, saya banyak meluangkan masa untuk berdoa supaya diberikan tempat kerja yang baik dalam mencari rezeki untuk diri dan keluarga.
6. Alhamdulillah, pertengahan bulan ini, saya mendapat rezeki di tempat baru.
7. Selamat tinggal rakan taulan sekerja. Kita membawa haluan masing - masing dalam menentukan halatuju hidup seterusnya.
8. Allah sahaja yang mengentahui hikmah disebalik apa yang berlaku.
9. Saya tetap redha dengan ketentuan Allah dalam hidup saya.
10. Kembali ke alam kilang sawit bermaksud, saya kembali kepada matlamat utama blog ini ditubuhkan.
11. Mempromosi industri sawit dan bidang kejuruteraan. Menaikan taraf serta nama industri dalam dunia yang penuh cabaran kini.
12. Life goes on.
13. Terus bergerak.

Selamat maju jaya kawan!

Sunday, 9 December 2018

Sunnah Memanah

Kenapa Memanah Itu SUNNAH?

Kerana...

1) Ianya adalah Sunnah Fiiliyyah, Taqririyyah dan Qauliyyah. Maka, setiap perbuatan, percakapan serta saranan Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam bukanlah dari hawa nafsu Baginda SallALLAHu Alaihi Wasallam tetapi ianya adalah Wahyu dari ALLAH Azza Wajalla.

2) Untuk pembaikan sistem vebtebrae (Tulang Belakang) terutamanya pada servical, toracs dan lumbar.

3) Bagi penambahbaik pulihan Sistem cardiovascular terutamanya bagi sistem injap jantung iaitu aortic, biskuspid, trikuspid dan pulmonari.

4) Untuk meransang Sistem neuron, terutamanya di Thalamus dan Hipothalamus (Otak Tengah).

Rata-rata bertanya, pada usia berapa tahunkah anak-anak sudah mula dilatih memanah?

Jawapannya adalah pada usia seawal mereka boleh memegang dan menggenggam busur/busar panah. Kerana asas utama dalam memanah selain dari kedudukan tapak, adalah memegang dan menggenggam busur/ busar panah.

Dalam Memanah, terdapat 4 perkara penting dari sudut fizikal dan 4 perkara penting dari sudut mental.

Fizikal :

1) Posisi Tubuh dan Busur
2) Struktur Tubuh dan Busur
3) Sistem Pernafasan ( Respiratori) dan Sistem Darah ( Karsiovaskular)
4) Relatif Am ( Hukum Inersia)

Mental :

1) Keupayaan Otak Depan
2) Ketenangan
3) Ketepatan mata dan taakulan neuron
4) Kewarasan sasaran

Maka, jika dihurai setiap satu dari perkara ASAS di atas, maka fahamlah kita kenapa Memanah itu Sunnah.

Memanah adalah suatu RIADAH dan sewajarnya setiap Muslim mengamalkannya, bukannya menunggu 'semboyan' baharulah masing-masing sibuk hendak berlatih atau belajar memanah.

Indahnya Sunnah diamalkan dengan ILMU dan FAHAM.

Dalam Islam ada Sains BUKAN dalam sains ada Islam.

Credit to ust Wan Asrul Al Kalantani

Friday, 7 December 2018

Palm oil mill manager / engineer JD!






Menarik sungguh JD seorang pengurus atau jurutera kilang sawit. Kerja banyak, patut kena gaji pun tinggi!

Job Description

Job Responsibilities
Management
  • Prepare monthly Management Report to Top Management.
  • Prepare Bi-Annual Report for BOD Meeting.
  • Liaise with external parties such as refinery, estate managers & suppliers for matters related to operations.
  • Daily Operational Updates to Top Management.
  • A strong advocate for continuous improvements (to drive efficiency).
  • Proficiency in palm oil production, transport of FFB & other products, palm oil milling.
  • Hands-on experience in working with a various level of staff (influence staff to work together).
Mill Operation
  • To ensure flow-down of Company's directions and decisions for operation.
  • To supervise mill operation and be responsible for the Mill Parameters (OER, KER, FFA, etc.).
  • To Maximize efficiency and while minimizing cost for operation of the mill.
  • To review and ensure safety measures are planned and practiced at the mill.
  • To ensure all statutory requirements are adhered (MPON, DOE, DOSH).
  • To ensure implementation and compliance QA/QC initiative.
  • To diligently monitor the daily FFB grading.
  • To obtain MSPO Certification for Mill.
Estate Management
  • To Supervise Estate Manager to discharge duties diligently.
  • To provide guidance on Estate Management (harvesting, maintenance, fertilizing, etc.).
  • To manage the team through a team of supervisor & workers.
  • To maximize the yield of the estate while minimizing cost.
  • To ensure timely collection of payment.
Sales & Marketing
  • To Ensure Sales & Marketing activities properly coordinated for all mill product that include - CPO, PK, FFB, Fibre, Compost, etc.
  • To ensure timely collection of payment.
  • To procure additional FFB from various sources - other Estates, trader - when necessary.
Transport & Logistics
  • To coordinate with the Transportation Division to schedule the FFB reception for the smooth operation of the mill.
  • To liaison with the Transportation Division for the additional FFB from various sources - other Estates, Trader - if needed extra FFB.
  • To monitor and coordinate the delivering all mill products that include - CPO, Fibre, Compost, etc. - to avoid excess product at the mill.
Finance & Account
  • To be responsible for the Company's overall financial performance (Company Profitability, Cash Flow).
  • To ensure Financial SOP is observed & follow through (procurement, goods delivery & payment).
  • To complete monthly, Quarterly and half-yearly Reporting.
Human Resources & Admin
  • To assure sufficient manpower to support operations.
  • To look after staff welfare at all time.
  • To provide career development opportunities for staff.
  • Any other duties as assigned from time to time.
Qualification Requirements:
  • Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, Engineering (Mechanical), Engineering (Industrial) or equivalent.
  • At least 15 year(s) of working experience in the Palm Oil Mill Industry is required for this position.
  • At least Steam Engineer grade 2. (Steam Engineer Grade 1 is added advantage).
  • Applicants must be willing to work any where.
  • Preferably Managers specializing in Palm Oil Manufacturing/Production Operations or equivalent.
  • Full-Time position(s) available.

Wednesday, 5 December 2018

Tidak akan sesat selamanya

Aku meninggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat sama sekali selagi kamu berpegang dengan kedua - duanya: Kitab Allah ( Al Quran) dan Sunnah Nabi-Nya.

Riwayat Malik : 678

Tali Allah

Berpegang teguhlah dengan tali Allah (agama Islam),secara keseluruhannya dan janganlah kamu berpecah belah."
Ali Imran : 103