Friday, 22 November 2013

Bagaimana saya menggunakan IT (Panduan kepada generasi XYZ, Alpha, Beta,..!)

Opening

Aku mula menyentuh komputer semasa tingkatan 1, tahun 1991, kelas komputer sekolah menengah. Masa itu guna starter DOS disk untuk start komputer. Disk bentuk bulat hitam. Sampai sekarang aku masih tak faham macam mana nak buka komputer masa tu.

Masuk universiti, aku dibawa kawan ke makmal komputer. Masa tu terkenal dengan chatting. Walaupun duduk sebelah menyebelah, tapi chatting.

Masuk ke kampus kejuruteraan, masuk pula zaman desktop. Ada sorang kawan memang kaki komputer game, ajar kami dari macam mana nak pasang komputer hingga repair komputer. Sanggup menghabiskan duit PTPTN kerana nak memiliki sebuah komputer. Naik bas ke Kuala Lumpur beli komponen komputer dan balik pasang sendiri sejauh nun di Perak.

Aku juga melihat kekawan terkena penangan kegilaan bermain game hingga lewat malam. Dari game strategi Red Elert, Age of Empire, The Pharoh, kepada game bola seperti FIFA serta segala game yang aku pun tak ingat. Asalnya niat nak habis duit PTPTN untuk beli komputer kononnya nak buat assignment dan projek kuliah, seluruh masa dihabiskan dengan bermain game. Lebih parah, ada juga yang terkena penangan game online, sanggup tak tidur malam dan siangnya tidur, kuliah ponteng.

....intro zaman jahiliah!

Tamat belajar ijazah kejuruteraan mekanik dengan kelulusan yang cukup makan, aku bertukar tukar tempat kerja. Dalam masa setahun, aku bekerja di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Hingga akhirnya Mac 2004, aku sampai ke bumi Sabah. 2008 ke Sarawak. Hampir lebih 5 tahun aku kehilangan nikmat internet. Hidup, bangun, kerja, tidur dan bangun semula untuk bekerja. Al maklumlah, kilang sawit 3 jam jauhnya dari bandar terdekat. Di ladang sawit, usahkan GPRS, GSM, line pun tiada. Apabila aku mula menyewa rumah, aku beli sebuah smartphone HTC. Dapat online bila aku keluar hujung minggu. Aku sign in akaun Yahoo Messenger yang sudah hampir 5 tahun tak dibuka. Bila dapat internet...fenomena ini berlaku!

Kagum 1
Dapat kontek Cikgu Sabarudin, kawan masa matrik setelah 7 tahun lost kontek. Rupanya dia pun dah 3 tahun di Kapit! Kami jumpa dan akhirnya beliau pindah ke Miri.

Kagum 2
Rizal Si Pengembara yang berada di Australia memperkenalkan aku kepada Facebook. Aku yang buta FB masa tu sangat excited bilamana dijemput ke group MRSM KT dan dapat kontek kawan kawan sekolah setelah hampir 13 tahun lost kontek!

....
Siang berganti malam, malam berganti siang. Pantang keluar ke Miri, aku mesti online. Dari FB, aku terjumpa blogspot.com. Membuka dan menulis buat pertama kali sebuah blog yang dinamakan "LIFE IN PALM OIL INDUSTRY". Kenapa aku pilih tajuk itu? Sebab aku nak share pengalaman aku dalam industri sawit. Dari satu tajuk ke tajuk, akhirnya bermacam macam aku post. Dah jadi macam Astro, macam macam ada. Jadi rojak. Dan akhirnya, aku mengekalkan "KEMBARA INSAN / ENGINEER'S BLOG". Aku seorang pengembara. Sepanjang pengembaraan itu, aku mencatat dalam log blog ini. Juga sebagai data centre. Banyak info dan maklumat berguna sengaja aku masukkan dalam blog supaya ilmu tersebut ada bila mana aku perlukan.

Begitulah seterusnya. Apabila nak exam steam engineer, aku masukkan nota steam. Bila nak siapkan assignment MBA, aku masukkan nota dan maklumat yang aku jumpa. Post demi post, ia sebenarnya mengambarkan apa yang tengah aku fikir pada masa itu.


panjang lebar, masih jauh dari tajuk di atas!

Body

Sebab introduction panjang lebar sangat, maka body aku buat short note saja sebab kalau tak, sampai bila tak abis. (Lagipun aku tahu, korang bukan suka sangat pun baca panjang lebar!)



Point 1 Guna IT untuk buat pahala bukan dosa.
Dari zaman jahiliah ke zaman hijrah, maka kita mesti berubah. Tujuan aku cerita kat atas bertujuan supaya generasi muda tidak melakukan kesilapan yang sama menyalahguna IT untuk perkara sia - sia.

Facebook, Whatsapp, Internet , blog atau apa jua sewaktu dengannya.

Disebabkan IT ini disertai oleh semua golongan manusia yang ada di muka bumi, jadi kita mesti mengawal dan memberikan panduan supaya IT tidak disalahguna. Dari membuat dosa, apa kata kalau kita buat pahala.

Contoh 1
Facebook/Whatapp/Blog

Dosa. Tayang gambar dedah aurat. Mengumpat, fitnah dan mengadu domba. Buat status tak ada tujuan. Aibkan orang. Kutuk laki bini sendiri. atau sewaktu dengannya. Main game. Tiada faedah dari segi menjana minda atau belajar apa jua ilmu.

Pahala. Tubuh group sebar ilmu. Kongsi ilmu dan tazkirah. Status boleh menasihatkan diri sendiri dan juga orang lain yang membaca. Share apa jua yang bermanfaat. Berkawan dengan para ulamak dan ustaz. Dengar kuliah agama. Banyak group di pasaran bergantung kepada minat masing masing. Kongsi Ayat Al Quran, Hadis dan nasihat.

Point 2 Ubah dari Kejahatan kepada Kebaikan

Aku bukan suruh tukar kebatilan kepada kebenaran, tapi ubah persepsi dan buat anjakan paradigma. Contoh.

Jika ada orang buat blog fitnah, maka kita buat blog sebar kebaikan dan ilmu.
Jika ada orang buat status sia - sia, kita buat status yang bermanfaat.
Jika ada orang buat group maksiat, kita buat group usrah dan anjur kebaikan.
Jika ada orang share gambar buruk, kita post gambar cantik dan indah.

Jika tiada idea nak tukar, jangan buat apa apa. Itu lebih baik!

Point 3 Berintegriti, amanah dan bertanggungjawab - accountability yang tinggi


Walaupun menulis dan menaip semudah di hujung jari, kita mesti ingat, apa yang kita buat akan dipertanggungjawab di Padang Marshar kelak. Hatta sebesar biji sawi. 

1. Jangan bermain lontar batu sembunyi tangan, kerana malaikat kiri dan kanan mencatat segalanya.
2. Sila masukkan sumber rujukan dari mana maklumat diperolehi. Jangan mengaku hak sendiri.
3. Buat kajian sebelum share atau like sebarang post. Terlalu banyak perkara palsu dan fitnah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Rujuk mereka yang ahli jika ragu dan keliru.
4. Amalkan dan budayakan keilmuan.
5. Delete post jika ia disedari salah dan menyesatkan. Buat pengumuman penarikan. Manusia tidak lari dari kesilapan, tetapi jangan sengaja buat kesalahan.
6. Apa tujuan anda menaip dan menulis? Semuanya bergantung kepada niat. Nak buat pahala atau nak buat dosa? Tanya soalan mudah ini sebelum mula menaip. 

Closing
Facebook, whatsapp, blog serta segala bentuk gadget dan tool di zaman IT. Ia boleh membawa ke syurga dan boleh juga membawa ke neraka.

Pilihlah yang terbaik.

wassalam.

No comments:

Post a Comment