Saturday, 23 November 2013

Galakan Berfikir

1. Firman Allah, "Katakanlah, 'Aku hanyalah menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu hendaklah kamu mengadap kepada Allah berdua - dua atau sendirian kemudian berfikirlah'."

(Surah Sabak ayat 46)

2. "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda - tanda (kekuasaan Allah) untuk orang yang berakal. (Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan berkenaan kejadian langit dan bumi (sambil berkata), 'wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan semua ini sia - sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami daripada azab neraka'."

(Surah Ali Imran ayat 190-191)

3. "Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan? dan keadaan langit, bagaimana ia ditinggikan binaannya? dan keadaan gunung - ganang, bagaimana ia ditegakkan? dan keadaan bumi, bagaimana ia dihamparkan? Oleh itu, berikanlah peringatan kerana sesungguhnya kamu hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan."

(Surah Ghashiyah ayat 17 hingga 21)

4. " Tidakkah mereka berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang yang terdahulu dari mereka?"

(Surah Ar Rum ayat 9)

5. Abu Ya'la, nama sebenarnya Shadad bin Aus melaporkan Nabi Muhammad SAW menjelaskan, "Orang yang pintar adalah orang yang selalu menilai dirinya sendiri dan dia suka beramal bagi mencari bekal matinya. Orang yang bodoh adalah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan mengharapkan kemurahan Allah."

Direkodkan oleh Tirmizi dan beliau menyatakan hadis ini hadis hasan.

No comments:

Post a Comment