Saturday, 30 July 2011

My Story 2 - Life In Palm Oil Industry

Catitan ini saya tujukan khas buat rakan yang bertanyakan saya.. bagaimana kehidupan seorang jurutera / manager di kilang sawit?

Ceritanya bermula begini....
1. Dari Subang Jaya Ke Lahad Datu
Sebelum saya memulakan karier sebegai seorang kadet jurutera di sebuah syarikat di Sabah, saya telah bekerja di beberapa tempat dan di dalam industri yang berlainan. Sebagai sale engineer di sebuah syarikat yang baru ditubuhkan di Kelantan, sebagai production executive di kilang besi di Pulau Pinang dan sebagai process engineer di kilang pembuatan di Selangor.
Pada pertengahan Feb'04, saya telah dipanggil semula oleh GM (AK Lee) dan ditanya samada masih berminat untuk bekerja di kilang sawit di Sabah. Saya terus menjawab 'YA'. Pada waktu itu, kawan sekampung, sama belajar di USM juga bekerja disyarikat yang sama di Baturong, Tawau. Saya terus mendapatkan maklumat berhubung kerja dan sebagainya.
Kekasih (Sekarang Isteri) juga menjadi tempat untuk saya berbincang.Walaupun beliau berasal dari Sabah, kami telah bersepakat untuk untuk setuju dengan pilihan saya, walau apapun yang saya putuskan. Selang beberapa hari, saya telah pulang ke Tebing Tinggi, berbincang dengan mek dan ayah, mengenai keputusan saya untuk ke Sabah.
Terus terang saya katakan, saya tidak ada apa - apa idea maklumat mengenai industri sawit negara semasa saya menerima tawaran tersebut ! Ia adalah perkara di dalam hidup saya sebagaimana barunya Sabah dalam catitan hidup saya.
2. Tempat Yang Asing
Semasa ditanya oleh bos tempat lama, apa yang istimewa tempat baru.. saya tidak dapat menjawab dengan pasti. Apa yang pasti, saya telah membuat pilihan untuk memilih jalan ini disebabkan oleh sifat saya yang suka mencuba.
Dengan pelbagai teori dan persepsi mengenai negeri Sabah yang saya dengar sebelum mejejaki kaki ke sana dan di tambah dengan tempat yang amat asing, saya telah menjejaki kaki di Lapangan Terbang Lahad Datu pada 15hb. Mac 2004. Disambut oleh pakcik driver, Lajuneda. Perjalanan dari Lahad Datu ke Kilang Morisem 'B' melalui Jalan Jeroco memakan masa lebih kurang 2 - 3 jam. Dengan laluan 70 km jalan gravel, saya dua tiga kali tertidur keletihan dan terjaga akibat terhempap muka di cermin kereta.
Sepanjang perjalanan, saya berfikir panjang..adakah ini tempat kerja yang bakal aku lalui? Apabila sampai di pejabat, saya disambut oleh Mr. Suresh, Pengurus Kilang. Soalan pertama, macam mana jalan Jeroco? Pandai tak memasak? berapa lama kamu nak kerja di sini? selang beberapa minit, dia menyambut panggilan dari GM. Dengan nada selamba, beliau berkata, kita tengok sampai berapa lama dia boleh tahan di sini.
3. Housemate Richard Ginsin
Namun saya amat bertuah kerana disuruh untuk tinggal bersama Production Executive, Richard Ginsin, kadazan berasal dari Kota Belud. Berkelulusan diploma pertanian, memulakan kerjaya di ladang sawit, sebelum menjadi penyelia di kilang sawit Morisem 'A'. Antara anak didik Mr Suresh yang menjadi kebanggaannya.

Morisem Palm Oil Mill ‘B’

Kilang ini telah memulakan operasi sejak July 2003. Apabila saya menyertai syarikat selepas menyambut hari lahir ke 25. Saya sampai ke Lahad Datu pada 15hb. Mar 2004, mula bekerja 16hb. Mac dan hari lahir saya pada 17hb. Mac. Berikutnya, 22hb. Mac 2004 merupakan pilihanraya umun ke 11. Sepatutnya saya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi untuk pertama kali pada tarikh tersebut.

Kilang ini dikatakan kilang sawit paling besar di dunia dengan keupayaan 150 mt/hr. Mengikut pengalaman kami, kami telah mengoperasikan kilang tersebut pada kapasiti 120 mt/hr. Namun, disebabkan lesen yang dibenarkan hanya 105 mt/hr, keupayaan maksimun itu tidak dapat dijalankan. Pada waktu yang sama, jumlah FFB yang diterima tidak cukup untuk menjalankan pada tahap maksimum.

No comments:

Post a Comment