Sunday, 31 July 2011

My Story IV ; Transfer

Transfer Ke Leepang Palm Oil Mill

Pada September 2006, kami mendapat berita mengenai notis penamatan perkhidmatan mengejut daripada Azhar, Incharge LPOM. Kenapa beliau berhenti, tidak akan dibincangkan di blog ini.

Seperti biasa, syarikat ini akan kelam kabut untuk mencari pengganti. Masalah kekurangan engineer sudah sekian lama tidak diselesaikan dan kini ditambah lagi dengan isu baru. Lalu keluarlah nama – nama assistant yang bakal menggantikan beliau. Saya bukanlah berada di dalam list tersebut.

Orang yang sepatutnya dipindahkan ke sana adalah assistant dari Syarimo POM. Kerana mengikut seniority, beliau adalah assistant yang paling lama berkhidmat di syarikat ini. Orang kedua adalah Aznol, rakan yang lebih senior daripada saya di kilang yang sama. Namun, pelbagai spekulasi serta persepsi yang bermain di peringkat atasan, beliau dikekalkan di kilang tersebut.

Pengurus pada masa itu, Allahyarham Ahmad Ellias, bagi saya adalah orang pertama yang mengesyorkan nama saya untuk dihantar ke Leepang POM. Ditambah dengan sokongan pengurus yang lepas bersama saya seperti Suresh dan Tahang, saya secara kelam kabut telah diarahkan untuk take over daripada Azhar pada awal September 2006.

Saya simpulkan beberapa factor yang menjadi pemilihan nama saya seperti sokongan daripada Allahyarham Ahmad Elias, Suresh, Tahang dan juga GM Ong See Boon. Kepercayaan mereka melalui pemerhatian terhadap inisiatif saya serta disebabkan kerana tidak ada pilihan lain.

Bermulalah era baru di dalam kerjaya saya sebagai Assistant Engineer Incharge Leepang POM dengan keupayaan 90 mt/hr serta memproses lebih 350,000 FFB setiap tahun. Pada awalnya, semasa saya ditugaskan di sana, saya hanya akan menjadi assistant sementara waktu menunggu untuk pengurus baru yang akan dicari. Sepanjang sebulan pertama, saya berulang – alik dari Leepang ke Morisem kerana dikatakan sementara waktu.

Namun, mungkin rezeki menyebelahi saya, bulan kedua saya telah disuruh untuk terus berada di sana kerana tidak ada pengurus baru akan menyertai syarikat terkemuka ini. Pada akhir November 2006, setelah 2 bulan menjadi pengganti sementara, saya mendapat surat pemindahan dari GM OSB dengan alaun Incharge RM600. Ditambah dengan gaji pokok saya sebanyak RM2200 menjadikan RM2800, ditugaskan untuk menguruskan sebuah kilang berkapasiti tinggi dan antara kilang yang paling banyak memproses FFB di syarikat ini.

No comments:

Post a Comment