Wednesday, 26 May 2010

Follow Up

Semasa menjadi Penolong Jurutera, ini adalah perkataan keramat yang amat melekat di dalam hati dan jiwa aku. Kesan daripada pendedahan yang diberikan oleh rakan sekerja serta pengurus yang pernah menjadi bos aku.

Hari ini perkataan itu sering aku ulang kepada anak buah semasa memeriksa status serta progres kerja yang telah dijalankan. Jujur aku katakan, melakukan aktiviti ini amat memenatkan. Lebih - lebih lagi jika jawapan yang diterima atau tiada progress dilakukan.

Merancang, memberikan arahan serta mengatur kerja merupakan beberapa proses dalam pelaksaan kerja dan ia merupakan bahagian yang paling senang. Namun, bahagian seterusnya iaitu follow up, amat memenatkan.

Anda bertuah jika mempunyai staff dan pekerja yang amat efektif. Arahan yang diberikan terus dilaksanakan seperti kemahuan anda. Setelah anda memeriksa untuk kali pertama, kerja telah disiapkan!

Itu adalah tersangat ideal. Dalam dunia nyata serta kehidupan awam, anda bertuah jika mempunyai 20% pekerja seperti di atas.

Dalam usahan untuk meningkatkan peratusan tersebut, pelbagai cara boleh dilakukan mengikut situasi serta kes yang berlaku. Anda selaku bos boleh menggunakan kuasa veto. Anda boleh mengeluarkan surat peringatan serta amaran. Anda juga boleh menamatkan perkhidmatan pekerja terbabit.

Namun, itu bukan jua kaedah terbaik, sebab jika itu kaedah yang digunakan, sudah pasti hanya anda sahaja yang bekerja. Selain kaedah terbabit, pelbagai cara lembut boleh digunakan seperti :-

1. Latihan berterusan.
2. Personnel touch.
3. Memberi motivasi, habuan.
4. Mengubah mentaliti serta persepsi terhadap tugas serta kerja yang dilakukan.

serta banyak cara lagi.

Namun, seperti yang dikatakan sebelum ini, aktiviti follow up amat memenatkan. Namun, jika ia sudah menjadi praktis biasa anda, semua kerja yang dijalankan akan berjalan dengan lancar. Anda akan puas hati dengan hasil yang diperolehi.

No comments:

Post a Comment