Monday, 24 May 2010

Luqman Al Hakim ; Saudara, Mati, Istiqfar & Hutang

Hai anakku, apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang, buatlah dia marah sebelumnya. Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah, teruskanlah. Kalau tidak, jauhilah dia.

Hai anakku, sejak engkau datang ke dunia, engkau meninggalkannya dan menghampiri akhirat. Tempat yang engkau tuju lebih dekat daripada tempat yang engkau tinggalkan.

Hai anakku, biasakanlah lidahmu mengucapkan "Ya Allah, ampunilah aku". Kerana Allah mempunyai saat - saat ketika berdoa tidak ditolak.

Hai anakku, janganlah engkau berhutang. Kerana berhutang itu adalah kerendahan di siang hari dan kesusahan di malam hari.

No comments:

Post a Comment