Monday, 24 May 2010

Luqman Al Hakim ; Alim Ulama'

Hai anakku, jauhilah kejahatan, nescaya kejahatan akan menjauhimu. Kerana kejahatan itu berjangkit.

Hai anakku, hendaklah engkau bergaul dengan para ulama dan dengarkan pendapat para hukama (orang - orang bijaksana). Kerana Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana menghidupkan tanah dengan hujan yang lebat.

Jauhkanlah dirimu dari dusta dan akhlak yang buruk. Kerana orang yang berdusta hilanglah air mukanya (rasa malunya) dan orang - orang yang buruk akhlak banyak kesedihannya.

Memindahkan batu besar dari tempatnya lebih mudah daripada memahamkan orang yang tidak mengerti

No comments:

Post a Comment