Saturday, 22 May 2010

Ikan Betutu

Ikan amat senang di temui di sini. Ikan ini asalnya tidak dihargai oleh penduduk tempatan. Sejak kehadiran orang Semenanjung ke sini, harga ikan ini semakin hari semakin mahal. Beberapa tahun yang lepas, ikan ini boleh dibeli dengan harga di bawah RM10/sekilo. Namun, sekarang harganya mencecah RM20-50/kg bergantung kepada saiz ikan tersebut. Jika anda makan di restoren seafood di Miri, harganya boleh mencecah ratusan ringgit/kg. Semuanya bergantung kepada supply & demand.

Namun kenaikan harga ikan ini disebabkan oleh kerana pengentahuan orang tempatan tentang harganya yang sebelum ini tidak mendapat perhatian.
Isinya amat lembut dan sesuai untuk dimasak stim. Semasa musim kemarau tahun 2009, kolam air di kilang berada di paras paling rendah. Terdapat satu bahagian kolam yang menakung beratus – ratus ikan Betutu yang bersaiz kecil kurang sekaki.

Sejak hadir ke Loagan Bunut, ini adalah antara beberapa spesis ikan yang baru saya kenali.

No comments:

Post a Comment