Saturday, 22 May 2010

Pokok Nenas

Lingkaran pagar yang mengelilingi rumah Bungalow ditanam dengan pokok nenas. Antara sebabnya adalah untuk mengelakkan bahagian bawah pagar menjadi laluan anjing untuk memasuki kawasan rumah.

Pokok nenas perlukan hampir dua tahun untuk berbuah. Bergantung kepada benih dan kesuburan tanah. Disebabkan faktor itu, aku mula menanam pokok nenas daripada bulan pertama sampai ke sini.

Benih diambil daripada pelbagai sumber. Setiap kali membeli nenas di pasar dan membawa pulang kepala nenas untuk ditanam. Aku pernah membeli kepala nenas yang dilonggokkan dipasar dari harga 10 sen hingga RM1. Hasilnya, keseluruhan tepi pagar rumah Bungalow yang panjang ini telah ditanam dengan pokok nenas di samping pokok bunga.

Beberapa bulan yang lepas, lima pokok telah mengeluarkan buah. Pokok pertama yang dipetik tidak masak. Pokok kedua tidak mengecewakan. Rasa manis nenas sawit masih tidak berubah. Daripada pokok nenas itu, terdapat tiga hingga lima anak benih. Benih itu seterusnya ditanam di kawasan yang masih kosong.

Jika makan satu, tanam tiga hingga lima. Ini akan menjamin kesinambungan pokok nenas ini, kerana nenas memerlukan masa hampir dua tahun untuk berbuah. Namun, jika kita terus menuai buahnya dan segera menanam lebih dari satu benih selepasnya, sudah pasti kita akan dapat makan nenas setiap hari. Jika lebih, boleh diberikan kepada pekerja dan staff kilang. Resam memberi seorang petani terus diamalkan walaupun bergelar seorang pengurus. Bukankah industry sawit sekarang bercerita pasal sustainability?

No comments:

Post a Comment