Saturday, 22 May 2010

Pokok Rambutan

Enam bulan pertama saya menjejak kaki ke Loagan Bunut, semangat saya untuk menambah landskap di Bungalow Manager amat tinggi. Ini disebabkan kawasan sekitarnya ditinggal terbiar oleh pengurusan yang lepas. Salah satu pokok yang pertama di tanam adalah pokok Rambutan.

Sekarang pokok Rambutan itu telah berusia hamper dua tahun dan mula mengeluarkan buah. Hujan yang mula mencurah sejak beberapa bulan kemarau menggalakkan pengeluaran buah – buahan. Rata – rata semua pokok seperti pokok betik, nenas, jambu dan sayuran turut mengeluarkan hasil.

Pokok Rambutan ini asalnya disangka pokok Longan. Semasa membeli, saya inginkan pokok Longan namun diberikan pokok Rambutan. Mungkin perbezaan bahasa. Lain diminta, lain yang diberi. Sejak mengeluarkan buah, hatiku dan keluarga tidak sabar untuk merasai buah pertama hasil daripada penantian selama dua tahun.

Pokok ini amat bermakna. Ia merupakan usia aku berada di Boustead dan juga berada di Loagan Bunut. Keringat dan usaha yang dicurahkan selama ini terhasil dengan penantian buah pertama pokok Rambutan ini.

No comments:

Post a Comment