Saturday, 25 August 2012

Apakah teknik terbaik untuk fahami tafsir Al Quran

Sepanjang saya mengendalikan kuliah tafsir dahulu,  ramai yang bertanya ‘Ustaz, tafsir apa yang paling baik sekali untuk dibaca?’ Saya pun sebenarnya tidak dapat memberikan jawapan tepat. Sebabnya, ia berdasarkan ‘tahap & keupayaan anda’…..
Bagi yang merasakan dirinya di level ‘basic’, maka cadangan saya, sila khatamkan :
1.         tafsir bimbingan Ar-Rahman JAKIM
2.         tafsir Jalalain.
Jika anda mengira anda sudah di tahap pertengahan, maka tafsir ini rasanya sesuai untuk anda :
1.         tafsir Ibn Katsir
2.         tafsir Qurtubi
3.         tafsir Al-Baidhawi atau
anda sudah bertahap ‘advance’, maka belilah tafsir ‘super tebal-tebal & sukar nak faham’ ini spt :
1.         Tafsir Zamakhsyari : Al-Kasyaf
2.         tafsir Al-Alusi : Ruhul Ma’aani
3.         Tafsir Al-Razi : Mafatihul Ghaib
4.         tafsir Tabari : Ja’mi’ Al-Bayan 
Tetapi, jika anda sukakan kandungan yang mengadunkan ‘tradisi & kontemporari’, ini sesuai buat anda :
1.         tafsir Al Munir
2.         Tafsir Fi Zilalil Quran
3.         Tafsir Al-Manar
Namun, jika anda inginkan tafsir yang tebal nuansa nusantaranya, saya cadangkan tafsir ini :
1.         tafsir Al-Azhar – Pak HAMKA
2.         tafsir Al-Misbah – Dr. Quraisy Shihab 
Dan banyak lagi kitab2 tafsir yg tidak dapat sy sebutkan….
Tetapi, ada lagi yg masih bertanya  - ‘tapi ustaz, saya dah baca banyak tafsir, namun masih belum dapat feeling lagi…..
Boleh ustaz bagi tips macammana nak rasa betul-betul ‘getaran’ makna AlQuran?’
Hmm….. berat juga soalan tu….. Pendapat saya, jika kita benar2 mahu rasakan getaran tafsir, ia bukan terletak pada ‘kitab tafsir apa yg terbaik utk dibaca’, tetapi ia terletak pada soalan :
 ‘Apa yang Allah ingin beritahu saya melalui ayat/surah ini?’….  itu yang selalu saya fikirkan setiap kali ingin ‘mendampingi’ tafsir Al-Quran.
Ingin tahu lebih jelas bagaimana cara melahirkan rasa takjub, gerun, syok, ‘wow’, ‘Subhanallah’ setiap kali mendampingi Al-Quran?

...


Sumber
http://www.asraffayob.com/quran-get-inspired/apakah-teknik-terbaik-untuk-fahami-tafsir-al-quran/

No comments:

Post a Comment