Wednesday, 22 August 2012

Al Baqarah (Ayat 142-150) Tafsir Di Bawah Naungan Al Quran

JUZU’ YANG KEDUA
بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

(Kata pengantar)

Mulai juzu’ ini dari Surah al-Baqarah kita dapati pembicaraannya ditekankan pada penyediaan kaum Muslimin untuk memikul tugas amanah agung, iaitu amanah ‘aqidah Islam dan amanah khilafah di bumi atas nama ‘aqidah walaupun dari satu masa ke satu masa kita masih menemui perdebatan dengan musuh-musuh kaum Muslimin yang menentang mereka  terutama Bani Israel, di mana kaum Muslimin menghadapi komplot komplot, tipu daya dan penentangan mereka terhadap dasar-dasar ‘aqidah dan terhadap kewujudan kaum Muslimin. 

Begitu juga kita dapat menemui berbagai-bagai arahan dan perintah Ilahi kepada kaum Muslimin untuk
menghadapi penentangan dan peperangan yang berbagai-bagai cara dan rupa yang dilancarkan oleh musuh-musuh mereka, dan untuk menghindari jalan-jalan gelincir yang telah menjatuhkan Bani Israel sebelum ini.

Bahan pembicaraan pokok juzu’ ini dan bahagian yang tinggal lagi ialah melengkapkan kaum Muslimin dengan ciri-ciri satu umat yang memegang teraju khilafah dan ciri-ciri keperibadiannya yang bebas dan
berdiri sendiri, iaitu bebas dengan kiblat sendiri dan dengan undang-undang dan peraturan-peraturannya yang mengesahkan peraturan peraturan dan undang-undang agama-agama Samawi sebelumnya dan mengatasinya, dan bebas dengan sistem hidupnya yang merangkumi segala bidang hidup, terutamanya bebas dengan kefahamannya yang tersendiri terhadap alam alwujud dan hayat, dan terhadap hubungan mereka dengan Allah dan fungsi mereka di muka bumi ini dan kehendak-kehendak fungsi ini dari kewajipan kewajipan mengenai diri, harta benda, perasaan, perilaku dan pengorbanan, juga kesediaan untuk membeli keta’atan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Ilahiyah yang digambar di dalam pengajaran-pengajaran al-Qur’anul-Karim dan bimbingan-bimbingan Nabi s.a.w., dan menerima pengajaran-pengajaran dan bimbingan-bimbingan itu dengan patuh, redha, percaya dan yakin.

Oleh sebab itu di sini kita dapati pembicaraan mengenai perubahan kiblat, dan dari pembicaraan ini ternyata bahawa Allah mahu supaya umat Muslimin menjadi satu umat yang adil saksama, di mana para anggotanya menjadi saksi di atas umat manusia yang lain, sedangkan Rasulullah s.a.w. menjadi saksi di atas mereka, satu umat yang memegang teraju kepimpinan, kekuasaan, penyeliaan dan bimbingan di atas umat-umat manusia yang lain di muka bumi. 

Begitu juga kita dapati umat Muslimin diseru supaya bersabar memikul kewajipan-kewajipan dan tugas (besar) yang terletak di atas bahu mereka, iaitu tugas yang harus dipikul oleh mereka untuk (kebajikan) umat manusia seluruhnya, dan seterusnya bersabar menanggung beban-beban pengorbanan jiwa dan harta benda, dan redha menerima takdir Allah dan memulangkan segala urusan kepada Allah dalam segala keadaan.


Kemudian kita dapati penjelasan mengenai beberapa dasar kefahaman dan pemikiran keimanan, iaitu menjelaskan bahawa keta’atan itu ialah taqwa dan ‘amalan yang soleh bukannya memaling-malingkan muka ke arah Timur dan Barat. Penjelasan ini merupakan jawapan terhadap tindak-tanduk kaum Yahudi yang menimbulkan keadaan gelisah, menyembunyi dan mengelirukan hakikat-hakikat yang sebenar, mencetuskan perdebatan dan pertikaian dalam perkara-perkara yang mereka ketahui kebenarannya.

Kebanyakan pembicaraan di dalam bahagian ini ialah berhubung dengan perkara perubahan kiblat dan segala suasana dan desas-desus yang timbul di sekitarnya. Kemudian ayat-ayat yang lain mula menjelaskan peraturan-peraturan amali dan lambang-lambang ta’abbudi iaitu dua unsur yang menjadi landasan kehidupan umat Muslimin, juga mengatur masyarakat kaum Muslimin untuk membolehkan mereka menghadapi tugas-tugas penting yang terletak di atas bahu mereka. Oleh itu (di sini) kita dapati pembicaraanpembicaraan mengenai undang-undang qisas, peraturan wasiat, fardhu puasa, hukum-hukum berperang di bulan-bulan haram dan di Masjidil-Haram, fardhu haji, hukum hukum minum arak dan berjudi dan undangundang keluarga, semuanya diikat dengan tali ‘aqidah dan tali hubungan dengan Allah. Begitu juga kita dapati di bahagian akhir juzu’ ini — sehubungan dengan pembicaraan mengenai jihad dengan jiwa dan harta benda — sebuah kisah di dalam sejarah hidup Bani Israel selepas Nabi Musa a.s., di mana mereka meminta kepada nabi mereka: 

Lantikkan untuk kami seorang raja supaya kami dapat berperang kerana sabilillah. Di dalam kisah itu terdapat banyak pengajaran dan bimbingan-bimbingan dan saranansaranan kepada kaum Muslimin selaku umat yang mewarisi warisan agama agama Samawi sebelumnya dan mewarisi pengalaman-pengalaman umatumat sebelumnya dalam warisan ini.

Dari kajian juzu’ ini disamping juzu’ pertama surah ini kita dapat memahami tabiat perjuangan yang diharungi al-Qur’an dan tabiat matlamat yang ditujui oleh al-Qur’an dalam membangunkan umat Muslimin, iaitu satu perjuangan yang besar menentang komplot-komplot, fitnah-fitnah, permainan-permainan jahat, gerakan menimbulkan keadaan-keadaan gelisah, pengeliruan dan pendustaan, juga menentang kelemahan manusia dan pintu pintu fitnah dan kesesatan di dalam jiwa manusia. Ia juga merupakan perjuangan untuk pembangunan umat, memberi bimbingan-bimbingan dan menegakkan kefahaman dan pemikiran yang betul agar dapat dibangunkan di atasnya umat Muslimin yang telah diserahkan teraju khilafah di bumi ini, iaitu umat yang bertugas mengendalikan kepimpinan yang betul kepada seluruh umat manusia.

Di sini ciri mu’jizat al-Quran dapat dilihat dengan jelas, iaitu, bimbingan, arahan-arahan dan dasar-dasar yang dikemukakan oleh al-Quran untuk membangunkan angkatan Muslimin yang pertama itu masih tetap menjadi bimbingan-bimbingan, arahan-arahan dan dasar-dasar yang sama yang perlu untuk membangunkan angkatan Muslimin di setiap zaman dan tempat, dan perjuangan yang telah ditempuh oleh al-Quran terhadap musuh musuh angkatan Muslimin itulah juga perjuangan yang mungkin dihadapi
oleh al-Quran di setiap zaman dan tempat. 

Bukan itu sahaja, malah musuh musuh biasa atau tradisional yang dihadapi oleh al-Qur’an ialah musuh musuh yang sama. Komplot-komplot, tipudaya-tipudaya mereka yang licin dan jahat ialah komplot-komplot dan tipu daya-tipudaya yang sama. Cara cara dan senjata-senjata mereka juga cara-cara dan senjata-senjata yang sama.

Yang berbeza hanya bentuknya sahaja mengikut perubahan keadaan-keadaan dan suasana-suasana. Hakikat dan tabiatnya kekal sama sahaja. Umat Muslimin memerlukan di dalam perjuangan dan langkah-langkah keselamatannya kepada bimbingan-bimbingan al-Quran sama dengan keperluan yang dialami oleh angkatan Muslimin yang pertama. Begitu juga mereka memerlukan dalam usaha membina kefahaman dan pemikiran mereka yang betul, dan dalam usaha memahami kedudukan mereka terhadap alam buana dan manusia, kepada ayat-ayat al-Qur’an dan bimbingan-bimbingannya yang sama. 

Di dalam ayat-ayat dan bimbingan bimbingan ini anda boleh melihat garis-garis panduanNya yang amat jelas dan terang, iaitu garis-garis panduan yang anda tidak dapat menemuinya pada mana-mana sumber ilmu dan bimbingan yang lain. Al-Quran tetap akan menjadi kitab pedoman umat Muslimin yang berfungsi di dalam kehidupan mereka, dan kitab yang menjadi pemimpin mereka yang sebenar di alam kenyataan dan undang undang perlembagaannya yang lengkap dan sempurna, dan darinya diambil sistem hidup, peraturan-peraturan masyarakat, asas-asas perhubungan antarabangsa, asas-asas perilaku, akhlak
dan tindakan-tindakan amali.

Inilah ciri mu’jizat al-Quran.

(Kumpulan ayat-ayat 142 - 152)
سَيَقُو ُ ل السَُّفهَاء مِنَ النَّاسِ مَا وَلاَّهُمْ عَن قِبَْلتِهِمُ الَّتِي َ كانُوْا عََليْهَا ُقل لِّّلهِ الْمَشْرِقُ
( وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَن يَشَاء إَِلى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ( 142

142. Orang-orang yang bodoh dari kalangan orang ramai akan berkata:

“Apakah sebab yang memalingkan mereka (kaum Musliniln) dari kiblat yang telah dihadapi mereka (selama ini)? Katakanlah: Allah itu memiliki Timur dan Barat. Dia memberi hidayat kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.


وَ َ ك َ ذلِكَ جَعَْلنَا ُ كمْ ُأمًَّة وَسَ ً طا لِّتَ ُ كونُوْا شُهَدَاء عََلى النَّاسِ وَيَ ُ كو َ ن الرَّسُو ُ ل عََليْ ُ كمْ
شَهِيدًا وَمَا جَعَْلنَا الْقِبَْلَة الَّتِي ُ كنتَ عََليْهَا إِلاَّ لِنَعَْلمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُو َ ل مِمَّن يَنَقلِبُ
عََلى عَقِبَيْهِ وَإِن َ كانَتْ َل َ كبِيرًَة إِلاَّ عََلى الَّذِينَ هَدَى اللّهُ وَمَا كَا َ ن اللّهُ لِيُضِيعَ
( إِيمَانَ ُ كمْ إِنَّ الّلهَ بِالنَّاسِ َلرَؤُوفٌ رَّحِيمٌ ( 143

143. Demikianlah pula Kami telah jadikan kamu satu umat yang adil supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan supaya Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu. Dan Kami tidak jadikan kiblat yang engkau hadapi sekarang ini melainkan supaya Kami dapat mengetahui (dalam realiti) siapakah yang sebenar mengikut Rasulullah dan siapa pula yang berbalik ke belakang (kembali kepada kekufuran) dan sesungguhnya peralihan kiblat itu adalah salah satu perkara yang amat berat melainkan kepada orang-orang yang telah dihidayatkan Allah dan Allah tidak sekalikali mensia-siakan iman kamu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih terhadap manusia.

َقدْ نَرَى تََقلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء َفَلنُوَلِّيَنَّكَ قِبَْلًة تَرْضَاهَا َفوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ
الْمَسْجِدِ اْلحَرَامِ وَحَيْثُ مَا ُ كنتُمْ َفوَلُّوْا وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ ُأوْتُوْا الْكِتَابَ
( َليَعَْلمُو َ ن َأنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَُلو َ ن ( 144

144. Sesungguhnya Kami melihat engkau kerap kali menengadah mukamu ke langit, dan sesungguhnya Kami berkenan memalingkanmu ke arah kiblat yang disukaimu. Oleh itu hadapilah mukamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, maka halakanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang dikurniakan kitab itu memang mengetahui bahawa (berkiblat ke Masjidil-Haram) adalah suatu perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai dari segala perbuatan yang dilakukan mereka.

وََلئِنْ َأتَيْتَ الَّذِينَ ُأوْتُوْا الْكِتَابَ بِ ُ كلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُوْا قِبَْلتَكَ وَمَا َأنتَ بِتَابِعٍ قِبَْلتَهُمْ وَمَا
بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبَْلَة بَعْضٍ وََلئِنِ اتَّبَعْتَ َأهْوَاءهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ إِنَّكَ إَِذًا
( لَّمِنَ الظَّالِمِينَ ( 145

145. Dan andainya engkau telah membawa segala ayat kepada orang-orang yang dikurniakan kitab itu, nescaya mereka tidak akan mengikut kiblatmu dan engkau tidak sekali-kali akan mengikut kiblat mereka, malah sebahagian mereka tidak mahu mengikut kiblat sebahagian yang lain. Dan andainya engkau menurut kehendak nafsu mereka setelah datangnya wahyu kepadamu, maka sesungguhnya engkau tergolong di dalam golongan orang-orang yang zalim.

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرُِفونَهُ َ كمَا يَعْرُِفو َ ن َأبْنَاءهُمْ وَإِنَّ َفرِيقًا مِّنْهُمْ َليَ ْ كتُمُو َ ن
( الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُو َ ن ( 146

146. Orang-orang yang telah Kami kurniakan kitab kepada mereka memang mengenali Muhammad sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya segolongan dari mereka menyembunyikan hakikat yang sebenar, sedang mereka mengetahui.

( الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ َف َ لا تَكُونَنَّ مِنَ اْلمُمْتَرِينَ ( 147
147. Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu. Oleh itu janganlah sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu.

وَلِكُلٍّ وِجْهٌَة هُوَ مُوَلِّيهَا َفاسْتَبُِقوْا اْلخَيْرَاتِ َأيْنَ مَا تَ ُ كونُوْا يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعًا إِنَّ
( الّلهَ عََلى ُ كلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ( 148
148. Setiap umat itu ada kiblat yang dihadapinya. Oleh itu berlumba lumbalah membuat kebajikan di mana sahaja kamu berada Allah akan kumpulkan seluruh kamu (pada hari Qiamat) sesungguhnya Allah Maha Kuasa di atas segala sesuatu.

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ َفوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ اْلحَرَامِ وَإِنَّهُ َللْحَقُّ مِن رَّبِّكَ وَمَا
( اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَُلو َ ن ( 149
149. Dan dari mana sahaja engkau keluar, maka halakanlah ke arah Masjidil Haram. Sesungguhnya berkiblat ke Ka’bah itu adalah perintah yang benar dari Tuhanmu dan Allah tidak sekali-kali lalai dari segala perbuatan yang dilakukan kamu.

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ َفوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا ُ كنتُمْ َفوَلُّوْا
وُجُوهَ ُ كمْ شَطْرَهُ لَِئلاَّ يَ ُ كو َ ن لِلنَّاسِ عََليْ ُ كمْ حُجٌَّة إِلاَّ الَّذِينَ َ ظَلمُوْا مِنْهُمْ َف َ لا
( تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلأُتِمَّ نِعْمَتِي عََليْ ُ كمْ وََلعَلَّكُمْ تَهْتَدُو َ ن ( 150

150. Dan dari mana sahaja engkau keluar, maka halakanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram, dan di mana sahaja kamu berada, maka halakanlah mukamu ke arahnya agar tidak ada lagi sebarang hujah yang dapat digunakan orang terhadapmu kecuali orang-orang yang melampau dari mereka, oleh itu janganlah takut kepada mereka, malah hendaklah kamu takut kepada-Ku dan agar Aku menyempurnakan ni’mat kepada kamu dan agar kamu mendapat hidayat.

َ كمَا َأرْسَْلنَا فِي ُ كمْ رَسُو ً لا مِّن ُ كمْ يَتُْلو عََليْ ُ كمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّي ُ كمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ
( وَالْحِكْمََة وَيُعَلِّمُ ُ كم مَّا َلمْ تَ ُ كونُوْا تَعْلَمُو َ ن ( 151
151. Sebagaimana Kami telah utuskan di kalangan kamu seorang Rasul dari golongan kamu yang membaca ayat-ayat Kami kepada kamu, membersihkan jiwa kamu dan mengajar kepadamu kitab al-Quran dan alhikmat dan mengajar kepada kamu perkara-perkara yang kamu tidak mengetahui.

( فَاذْ ُ كرُونِي َأ ْ ذ ُ كرْ ُ كمْ وَاشْ ُ كرُوْا لِي وَ َ لا تَ ْ كُفرُونِ ( 152
152. Oleh itu ingatilah kepada-Ku nescaya Aku ingatkan kamu dan  bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu kufur terhadap-Ku. 

(Latar belakang dan pokok pembicaraan)
Pembicaraan di dalam pelajaran ini hampir-hampir tertumpu sepenuhnya kepada peristiwa peralihan kiblat dan suasana-suasana yang melingkunginya dan komplot-komplot yang dilakukan oleh kaum Yahudi di dalam barisan kaum Muslimin mengenai peralihan kiblat itu dan desas-desus yang digembar-gemburkan oleh mereka di sekitarnya, di samping merawati kesan-kesan desas-desus itu di dalam jiwa setengah-setengah orang Islam dan di dalam barisan kaum Muslimin umumnya.

Di sana tidak terdapat satu riwayat yang qat’i mengenai peristiwa ini sebagaimana tidak terdapat satu ayat yang menerangkan sejarah peralihan itu dengan terperinci. Ayat-ayat khusus mengenainya di sini ialah ayat-ayat yang menerangkan perubahan kiblat dari Baitul-Maqdis kepada Ka’bah. Ini berlaku di Madinah selepas enam belas atau tujuh belas bulan berhijrah ke sana.

Dari kumpulan riwayat-riwayat yang berhubung dengan peristiwa ini dapatlah diambil kesimpulan secara umum, iaitu kaum Muslimin yang berada di Makkah adalah mengadap ke arah Kaabah sejak difardhukan solat — mengenai hal ini tidak ada satu nas pun yang menerangkannya di dalam al-Quran — kemudian selepas Hijrah mereka mengadap Baitul-Maqdis dengan perintah Ilahi kepada Rasulullah s.a.w. dan perintah ini kuat dipercayai bukanlah perintah menerusi al-Quran. 

Kemudian datang perintah al-Quran yang akhir memansuhkan perintah tadi iaitu ayat:
َفَلنُوَلِّيَنَّكَ قِبَْلًة تَرْضَاهَا َفوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ اْلحَرَامِ وَحَيْثُ مَا ُ كنتُمْ َفوَلُّوْا
وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ

144. “Oleh itu hadapilah mukamu ke arah Masjidil-Haram, dan di mana sahaja kamu berada, maka halakanlah mukamu ke arahnya.”

Walau bagaimanapun, persoalan mengadap kiblat ke arah Baitul- Maqdis — iaitu kiblat Ahlil-Kitab dan kaum Yahudi dan Nasara — telah menjadi punca yang membuat kaum Yahudi menggunakannya sebagai alasan untuk menolak kemasukan mereka ke dalam agama Islam. Mereka telah menyebarkan di’ayah ini di Madinah bahawa amalan Muhammad dan para pengikutnya mengadap ke arah kiblat mereka di dalam solat itu menunjukkan bahawa agama mereka adalah agama yang benar dan kiblat mereka adalah kiblat yang sebenar, dan merekalah yang asal. 

Oleh itu lebih baik kepada Muhammad dan para pengikutnya kembali kepada agama mereka sahaja bukannya menyeru mereka masuk ke dalam agama Islam. Dalam waktu yang sama persoalan ini menjadi satu persoalan yang sulit kepada kaum Muslimin Arab yang telah terbiasa di zaman jahiliyah memuliakan Baitullah dan menjadikannya sebagai kiblat mereka, dan persoalan ini bertambah sulit lagi setelah mereka mendengar kaum Yahudi berbangga-bangga dengan kiblat Baitul-Maqdis dan menggunakannya sebagai hujah ke atas mereka.

Rasulullah s.a.w. seringkali menengadah mukanya ke langit bertawajjuh kepada Allah tanpa sepatah kata kerana menjaga adab sopannya terhadap Allah dan menunggu arahannya yang menyukakannya. 

Kemudian turunlah ayat al-Quran yang memperkenankan hasrat yang berkecamuk di dalam dada Rasulullah s.a.w.:

َقدْ نَرَى تََقلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء َفَلنُوَلِّيَنَّكَ قِبَْلًة تَرْضَاهَا َفوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ
الْمَسْجِدِ اْلحَرَامِ وَحَيْثُ مَا ُ كنتُمْ َفوَلُّوْا وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ ُأوْتُوْا الْكِتَابَ
( َليَعَْلمُو َ ن َأنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَُلو َ ن ( 144

144. “Sesungguhnya Kami melihat engkau kerap kali menengadah mukamu ke langit, dan sesungguhnya Kami berkenan memalingkanmu ke arah kiblat yang disukaimu. Oleh itu hadapilah mukamu ke arah Masjidil-Haram, dan di mana sahaja kamu berada, maka halakanlah muka kamu ke arahnya.”
 Gambar Masjid Qiblatain

Menurut riwayat-riwayat, peristiwa ini berlaku di dalam bulan yang keenam belas atau yang ketujuh belas Hijrah. Setengah-setengah kaum Muslimin sedang berada di pertengahan solat apabila mereka mendengar perintah perubahan kiblat itu lalu mereka berpusing menghalakan muka mereka ke arah Masjidil-Haram di tengah-tengah solat mereka dan menyempurnakan solat itu dengan menghala ke kiblat yang baru.

Ketika inilah kaum Yahudi meniup serunai dakyah mereka. Mereka merasa begitu terkilan kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum Muslimin telah beralih dari kiblat mereka, dan kerana mereka telah kehilangan satu hujah yang kukuh yang selama ini menjadi landasan berpijak mereka dalam menunjukkan keangkuhan dan kesombongan mereka dan dalam usaha mereka menimbulkan keraguan di kalangan kaum Muslimin terhadap nilai agama mereka. Lalu mereka menaburkan di dalam barisan kaum Muslimin dan di dalam hati mereka, benih-benih keraguan dan kegelisahan terhadap pucuk pimpinan mereka dan terhadap asas agama mereka. 

Mereka berkata kepada kaum Muslimin:

“Jika menghala ke kiblat Baitul-Maqdis itu tidak sah, maka solat kamu di sepanjang masa ini tentulah sia-sia sahaja. Dan jika penghalaan ke kiblat Baitul-Maqdis itu benar, maka penghalaan yang baru ke Masjidil-Haram itu adalah tidak benar dan ia akan menghilangkan pahala segala solat kamu yang mengadap ke arahnya. Walau bagaimanapun — kata mereka —pemansuhan dan perubahan perintah-perintah atau ayat-ayat itu tidak sekali kali terbit dari Allah. Inilah bukti bahawa Muhammad tidak menerima wahyu dari Allah.”

Dan jelaslah kepada kita betapa besarnya kesan kempen kaum Yahudi ini di dalam hati setengah-setengah orang Islam dan di dalam barisan kaum Muslimin. Ini dapat difaham dari kajian ayat-ayat al-Quran yang diturun mengenai maudhu’ ini mulai dari firman-Nya:

مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ َأوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَا َأوْ مِْثلِهَا َأَلمْ تَعَْلمْ َأنَّ الّلهَ عََلىَ ُ كلِّ
( شَيْءٍ قَدِيرٌ ( 106
Yang mana pembicaraan maudhu’ ini telah memenuhi dua pelajaran di dalam juzu’ yang pertama, juga dapat difaham dari kajian pelajaran ini dalam juzu’ yang kedua ini di samping penegasan-penegasan, penjelasan penjelasan dan amaran-amaran yang kita akan pelajari dengan terperinci selepas ini ketika ditafsirkan nas-nas al-Qur’an nanti.

Sekarang kami ingin kemukakan sepatah kata tentang hikmat perubahan kiblat dan tentang mengapa kaum Muslimin dikurniakan kiblat khas untuk mereka hadapi (dalam solat mereka). Peristiwa ini merupakan satu peristiwa yang amat besar di dalam sejarah pertumbuhan jama’ah Muslimin dan ia mempunyai kesan yang besar di dalam kehidupan mereka.
Atas (Masjid Al Aqsa, Palestin)
Bawah (Masjidil Haram, Mekah)

Perubahan kiblat yang pertama dari Ka’bah kepada Masjidil-Aqsa itu ialah kerana sesuatu hikmat pendidikan yang ditunjukkan oleh sepotong ayat di dalam pelajaran ini iaitu:

وَمَا جَعَْلنَا الْقِبَْلَة الَّتِي ُ كنتَ عََليْهَا إِلاَّ لِنَعَْلمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُو َ ل مِمَّن يَنَقلِبُ عََلى
عَقِبَيْهِ
143. “Dan Kami tidak jadikan kiblat yang engkau hadapi sekarang ini melainkan supaya Kami dapat mengetahui (dalam realiti) siapakah yang sebenar mengikut Rasulullah dan siapa pula yang berbalik ke belakang (kembali kepada kekufuran).”

Orang-orang Arab sentiasa memuliakan Baitullah di zaman jahiliyah dan mereka mengirakannya sebagai lambang kemuliaan bangsa mereka, tetapi oleh sebab Islam mahu membersihkan hati mereka supaya bulat kepada Allah semata-mata dan tidak - bersangkut dengan sesuatu yang lain darinya, dan supaya bersih dari segala rasa kemegahan perkauman dan semangat fanatik bangsa, iaitu rasa kemegahan dan kesetiaan yang lain dari kemegahan dan kesetiaan kepada agama Allah yang berhubung secara langsung dengan Allah dan bersih dari segala hubungan sejarah atau hubungan kebangsaan atau kenegerian, maka Islam secara tegas mencabut mereka dari berkiblat kepada Baitullah dan memilih kiblat ke arah Masjidil-Aqsa dalam suatu tempoh yang tertentu untuk membersihkan jiwa mereka dari keladak-keladak jahiliyah dan segala sesuatu yang ada hubungan dengan jahiliyah, dan supaya dapat dilihat dengan jelas siapakah yang mengikut Rasulullah s.a.w. dengan ikutan yang bersih dari segala tujuan yang lain, iaitu ikutan yang penuh ta’at, patuh, yakin, redha dan menyerah diri, dan siapa yang kembali semula kepada kekufuran kerana dikongkong oleh semangat kebanggaan jahiliyah yang ada kaitan dengan bangsa, kaum, negeri dan sejarah atau semangat kebanggaan jahiliyah dari apa bentuk sekalipun yang tersemat di celah-celah lipatan perasaan dan hati nurani mereka sama ada dari jauh atau dari dekat.

Sehingga apabila kaum Muslimin menunjukkan kepatuhan yang bulat dan mengadap ke arah kiblat yang diarahkan oleh Rasulullah s.a.w., dan dalam waktu yang sama kaum Yahudi menggunakan kedudukan ini sebagai hujah bagi mereka, maka keluarlah perintah Ilahi Yang Maha Mulia supaya berkiblat ke arah Masjidil-Haram, tetapi dalam hubungan ini Allah mengikatkan hati kaum Muslimin dengan suatu hakikat yang lain, iaitu dengan hakikat Islam yang mahukan rumah Ka’bah yang dibinakan oleh Ibrahim dan Ismail itu bersih untuk Allah semata-mata dan menjadi warisan umat Muslim yang dilahirkan Allah sebagai memperkenankan do’a Ibrahim yang telah memohon kepada-Nya supaya membangkitkan di kalangan anak cucunya seorang Rasul dari golongan mereka membawa agama Islam yang dipegang oleh beliau dan anak cucunya, sebagaimana telah dibicarakan di dalam pelajaran yang telah lalu pada ayat:

وَإِذِ ابْتََلى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ َفَأتَمَّهُنَّ
124. “Dan (kenangilah) ketika Allah menguji Ibrahim melaksanakan
perintah perintah-Nya lalu disempurnakannya.”

Di dalam juzu’ yang lepas. Pembicaraan tentang Masjidil-Haram, iaitu tentang pembinaan dan pengimarahannya dan segala apa yang ada hubungan dengan keduanya, juga perdebatan dengan kaum Musyrikin di sekitar Nabi Ibrahim a.s., zuriatnya, agamanya, kiblatnya, perjanjiannya dan wasiatnya yang telah dibicarakan di dalam surah ini, merupakan sebaik-baik pendahuluan bagi pembicaraan mengenai peralihan kiblat kaum Muslimin dari Masjidil-Aqsa kepada Masjidil-Haram selepas tempoh ini. 

Oleh itu peralihan kiblat kaum Muslimin kepada Masjidil-Haram yang telah dibina oleh Ibrahim dan Ismail, di mana mereka telah berdo’a kepada Allah dengan do’a yang panjang itu, kelihatan di dalam ayat ini sebagai satu peralihan yang tabi’i dan logik kerana kaum Muslimin mewarisi agama Ibrahim yang telah berjanji dengan Allah. Ia merupakan peralihan fizikal yang sesuai dengan peralihan semangat yang diciptakan oleh sejarah (Ka’bah itu).

Allah telah memerintah Ibrahim supaya menjadikan dirinya dari golongan Muslimin’ dan Ibrahim pula telah mewasiatkan agama Islam ini kepada anak cucunya yang datang kemudian sama seperti wasiat yang telah dilakukan oleh Ya’kub — Israel — Ibrahim a.s. tahu dan sedar bahawa warisan janji Allah dan limpah kurnia-Nya itu tidak berlaku kepada anak cucunya yang zalim.

Allah telah memerintah Ibrahim dan Ismail supaya membina tapak tapak asas Baitullah. Oleh itu Baitullah merupakan warisan mereka berdua dan warisan bagi orang-orang yang mewarisi janji Allah yang telah dijanjikan Allah kepada mereka berdua. Umat Musliminlah yang menjadi pewaris janji Allah dengan Ibrahim dan Ismail, juga pewaris limpah kurnia Allah kepada keduanya. Oleh itu amatlah tabi’i dan logik bahawa Baitullah itu diwarisi oleh umat Islam di Makkah dan dijadikannya sebagai kiblat mereka.

Pengkhususan dan kelainan merupakan dua ciri yang perlu kepada kaum Muslimin, iaitu pengkhususan dan kelainan di dalam pemikiran dan kepercayaan dan pengkhususan dan kelainan di dalam kiblat dan ibadat,

Kedua-duanya pastilah mempunyai ciri-ciri yang khusus dan berlainan (dari kaum-kaum yang lain). Kadang-kadang pengkhususan itu amat jelas di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan pemikiran dan kepercayaan, tetapi kadang-kadang pengkhususan itu tidak sejelas ini di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan kiblat dan syi’ar-syi’ar ibadat. Di sinilah Al-Qur’an menarik perhatian kepada nilai bentuk-bentuk ibadat.

Orang yang melihat kepada bentuk-bentuk ibadat ini secara terpisah dari hubungan-hubungannya dan terpisah dari tabiat jiwa dan perasaan manusia, mungkin berpendapat bahawa sikap berpegang kukuh kepada bentuk-bentuk lahir ibadat-ibadat itu merupakan semacam satu sikap fanatik yang sempit, atau semacam satu upacara beribadat dengan bentuk-bentuk yang lahir sahaja. Tetapi jika dilihat dengan pandangan yang lebih luas dan difaham dengan pemahaman yang lebih mendalam tentulah akan mendedahkan satu hakikat yang lain yang mempunyai alasannya yang cukup.

Jiwa manusia mempunyai kecenderungan yang semulajadi menggunakan bentuk-bentuk yang lahir untuk mengungkapkan perasaanperasaan yang tersembunyi di dalam hatinya. Kecenderungan ini adalah terjadi dari susunan kejadian manusia itu sendiri yang diciptakan dengan jasad yang lahir dan roh yang ghaib. Perasaan-perasaan yang tersembunyi di dalam hatinya itu tidak tenang dan tenteram sehingga ia dijelmakan dalam bentuk yang lahir yang dapat ditanggap oleh pancaindera. 

Dengan bentuk inilah ia dapat mengungkapkan perasaan itu di alam kenyataan sebagaimana ia mengungkapkannya di dalam jiwanya. Ketika itu barulah dia merasa tenang dan lega kerana dia dapat meluahkan semua perasaannya dan dapat menyelaraskan di antara lahirnya dengan batinnya, dan kerana dia dapat memenuhi keinginannya kepada rahsia-rahsia dan alam-alam majhul di samping memenuhi keinginannya kepada bentuk-bentuk yang lahir yang berwarna-warni.

Di atas landasan keinginan semulajadi inilah Islam menegakkan semua syiar-syiar ibadatnya. Ibadat-ibadat Islam tidak ditunai dengan semata-mata niat dan tidak pula dengan semata-mata penghadapan rohani, tetapi penghadapan itu mengambil satu bentuk yang lahir, iaitu berdiri mengadap kiblat, bertakbir, membaca, ruku’ dan sujud dalam ibadat solat, dan berihram di tempat yang tertentu, memakai pakaian ihram, bergerak, tawaf dan sa’i, bertalbiyah, berkorban dan bercukur di dalam ibadat haji, berniat, menahan diri dari makan minum dan bersetubuh dalam ibadat puasa.

Demikianlah seterusnya dalam setiap ibadat itu terdapat harakat-harakat yang tertentu dan dengan harakat-harakat yang tertentu itulah terjadinya ibadat untuk menyelaraskan di antara diri yang lahir dengan diri yang batin, juga menyelaraskan di antara semua daya tenaganya. Islam memenuhi semua kehendak keinginan semulajadi dengan satu cara yang sesuai dengan kefahamannya yang tersendiri.

Allah telah mengetahui bahawa keinginan semulajadi manusia menggunakan rupa bentuk yang lahir untuk melambangkan kuasa-kuasa ghaib itulah yang telah memesongkan golongan-golongan penyelewengpenyeleweng dari jalan yang betul. Di sana terdapat golongan yang melambangkan kuasa teragung dengan lambang-lambang fizikal dalam bentuk batu-batu, pokok-pokok, bintang-bintang, matahari, bulan, binatang burung dan benda-benda yang lain apabila mereka tidak mendapat satu cara pengungkapan yang zahir yang melambangkan kuasa ghaib. 

Oleh sebab itu Islam datang memenuhi kehendak-kehendak keinginan semulajadi itu dengan menetapkan bentuk-bentuk harakat yang tertentu bagi syi’ar-syiar ibadat, serta membersihkan Zat Ilahiyah dari segala gambaran fizikal dan kedudukan pada sesuatu hala yang tertentu. (Misalnya) seseorang itu mengadap kepada kiblat apabila ia bertawajjuh (di dalam solat) kepada Allah dengan keseluruhan dirinya, iaitu dengan hati, pancaindera dan anggotaanggotanya.

Dan dengan ini terlaksanalah kesatuan dan keselarasan di antara seluruh daya tenaga seseorang ketika bertawajjuh kepada Allah yang tidak bertempat walaupun manusia menggunakan kiblat dan suatu tempat yang tertentu untuk mengadap-Nya.

Perbezaan atau kelainan tempat mengadap Allah perlu wujud, di mana setiap Muslim dapat bertawajjuh kepada-Nya dengan solat dan ibadat. Tempat mengadap itu perlu dikhususkan untuk kaum Muslimin) supaya mereka berbeza (dari golongan yang lain) dengan bentuk pemikiran, kefahaman, cara hidup dan tujuan yang tersendiri. Perbezaan ini dapat memenuhi kehendak perasaan mereka yang ingin mempunyai ciri istimewa dan tersendiri di samping mewujudkan perasaan mempunyai ciri istimewa dan tersendiri.

Di sinilah juga terletaknya tujuan Islam melarang (kaum Muslimin) meniru dan menyerupai ciri-ciri orang-orang yang bukan Islam, kerana ciriciri itu merupakan pengungkapan yang lahir dari perasaan-perasaan batin seperti larangan meniru cara-cara perasaan dan tingkahlaku mereka.

Larangan ini bukannya suatu fanatik dan bukannya suatu pegangan kepada bentuk-bentuk yang lahir semata-mata, malah ia merupakan satu pandangan yang mendalam yang menembusi di sebalik bentuk-bentuk yang lahir itu. Ia merupakan pandangan kepada tujuan-tujuan dan motif-motif yang tersembunyi di sebalik bentuk-bentuk yang lahir itu, sedangkan tujuan tujuan dan motif-motif inilah yang membezakan di antara satu kaum dengan satu kaum yang lain, di antara satu ‘aqliyah/mentaliti dengan satu ‘aqliyah yang lain, di antara satu kefahaman dengan satu kefahaman yang lain, di antara satu hati nurani dengan satu hati nurani yang lain, di antara satu akhlak dengan satu akhlak yang lain dan di antara satu tujuan hidup dengan satu tujuan hidup yang lain.

Daripada Abu Hurayrah r.a. sabda Nabi s.a.w.:

إناليهودوالنصاري لايصيعون,فخالفوهم
“Kaum Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan (rambut dan janggut uban mereka) oleh itu hendaklah kamu menyalahi mereka (yakni hendaklah kamu warnakannya).”

(Dikeluarkan oleh Malik, as-Syamkhan dan Abu Daud)

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika beliau keluar menemui satu rombongan lalu mereka bangun berdiri (menghormatinya):
لاتقومواكماتقوم ا لأعاجم يعهابعصهابعضا

“Janganlah kamu bangun berdiri seperti kebiasaan orang-orang ‘Ajam memuliakan satu sama lain.”
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majjah)

Sabda beliau lagi:
لاتطروني كماأطرت النصاري ابن مريم إنماأناعبدوتالله ورسوله
“Janganlah kamu terlalu tinggi memuji-mujiku sebagaimana kaum Nasara terlalu tinggi memuji-muji putra Maryam ( kerana sesungguhnya aku hanya seorang hamba katakanlah (sifatkanlah aku ini) hamba Allah dan Rasul-Nya.”
(Dikeluarkan oleh al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. melarang (orang-orang Islam) dari meniru atau menyerupai pakaian (orang-orang yang bukan Islam) atau meniru gerak-geri dan tingkahlaku mereka atau meniru percakapan dan adab bicara mereka, kerana di sebalik pakaian, gerak-geri, tingkahlaku, percakapan dan adab bicara itu tersembunyi perasaan batin yang membezakan sesuatu kefahaman dari kefahaman yang lain, sesuatu sistem hidup dan sistem hidup yang lain dan sesuatu ciri kelompok dari ciri kelompok yang lain.

Kemudian beliau juga melarang (orang-orang Islam) dari menerima (ajaran-ajaran) dari yang lain dari Allah dan agama-Nya kerana umat Muslimin adalah dilahir untuk menegakkan agama ini di muka bumi. Beliau melarang (orang-orang Islam) dari kekalahan batin atau kekalahan semangat di hadapan mana-mana kaum yang lain di bumi ini, kerana kekalahan batin terhadap sesuatu masyarakat yang tertentu itulah yang mendorong hati mereka meniru masyarakat itu, sedangkan umat Muslimin diwujudkan untuk memegang teraju kepimpinan umat manusia. 

Oleh sebab itu mereka harus mengambil segala adat resam mereka itu dari sumber Ilahi yang telah memilih mereka sebagaimana mereka telah mengambil ‘aqidah dan agama mereka dari sumber yang sama. Umat Muslimin adalah umat yang tertinggi dan umat yang adil. Merekalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia. Oleh itu dari manakah mereka seharusnya mengambil fikiran, kefahaman dan sistem hidup mereka? 

Dari manakah mereka seharusnya mengambil adat resam dan peraturan-peraturan kehidupan mereka? Jika mereka tidak mengambil semuanya itu dari Allah, maka sudah tentu mereka akan mengambilnya dari manusia yang rendah sedangkan mereka datang untuk mengangkatkan manusia (ke tempat yang tinggi).

Islam menjamin untuk umat manusia setinggi-tinggi ufuk kefahaman dan pemikiran dan selurus-lurus sistem hidup. Ia menyeru seluruh manusia kembali kepadanya. Bukanlah suatu sikap yang fanatik apabila Islam memperjuangkan kesatuan umat manusia ditegakkan di atas asas Islam bukan di atas suatu asas yang lain, dan di atas sistem hidupnya bukan di atas suatu sistem hidup yang lain, dan di bawah benderanya bukan di bawah mana-mana bendera yang lain. Orang yang menyeru anda kepada kesatuan kerana Allah, kesatuan dalam pemikiran dan kefahaman yang paling tinggi dan kesatuan dalam sistem hidup yang paling baik, dan di samping itu ia enggan menukarkan kesatuan mu dengan penyelewengan dari jalan Allah dan kejatuhan dalam gaung-gaung jahiliyah bukanlah seorang yang fanatik, ya, boleh juga disifatkan sebagai seorang yang fanatik, tetapi fanatik untuk kebaikan, kebenaran dan kebagusan.

Kaum Muslimin yang mengadap kepada kiblat khas dan tersendiri itu pastilah memahami konsep mengadap kiblat itu, iaitu kiblat itu bukannya semata-mata tempat atau hala yang dihadapkan oleh kaum Muslimin di dalam solat. Tempat dan hala itu hanya lambang-lambang semata-mata, iaitu lambang kelainan dan pengkhususan, iaitu kelainan di dalam pemikiran dan kefahaman, kelainan syakhsiyah, kelainan matlamat, kelainan minat dan citacita dan kelainan entiti.

Umat Muslimin yang wujud pada hari ini di tengah-tengah berbagai bagai pemikiran jahiliyah yang memenuhi muka bumi ini, di tengah-tengah berbagai-bagai matlamat jahiliyah yang diwujudkan oleh penduduk bumi, di tengah-tengah berbagai-bagai minat dan cita-cita jahiliyah yang menarik hati seluruh manusia dan di tengah-tengah berbagai-bagai bendera yang dikibarkan oleh semua bangsa umat Muslimin pada hari ini amat memerlukan kepada ciri kelainan dengan syakhsiyah Islamiah yang tersendiri yang tidak bercampur aduk dengan syakhsiyah-syakhsiyah jahiliyah yang menonjol sekarang ini juga kelainan dengan pemikiran dan kefahaman yang tersendiri terhadap alam al-wujud dan terhadap hayat tanpa bercampur-aduk dengan cara pemikiran-pemikiran dan kefahaman kefahaman jahiliyah yang menonjol sekarang ini, kelainan dengan matlamatmatlamat, minat-minat dan cita-cita yang sesuai dengan syakhsiyah dan cara pemikiran itu, kelainan dengan satu bendera yang tersendiri yang membawa
nama Allah yang Maha Esa sahaja hingga mereka dikenal sebagai umat adil yang dilahirkan Allah bagi manusia untuk memikul amanah ‘aqidah dan warisannya.

‘Aqidah Islamiyah merupakan satu sistem hidup yang lengkap. Sistem inilah yang membezakan umat Muslimin yang memegang teraju khilafah di bumi dan menjadi pewaris agama Allah, menjadi saksi terhadap umat manusia dan menjadi umat yang ditugas memimpin seluruh umat manusia kepada Allah. 

Penegakkan sistem ini di dalam kehidupan umat Muslimin itulah yang dapat memberi ciri kelainan kepada mereka dari segi syakhsiyah dan entiti, dari segi matlamat-matlamat dan minat-minat kecenderungan dan dari segi bendera dan gelaran. Ia juga memberi tempat kepimpinan kepada mereka yang memang dijadikan untuk mereka, dan kerana kepimpinan inilah umat Muslimin dilahirkan untuk umat manusia. Tanpa sistem hidup ini umat Muslimin akan hilang di tengah gelanggang pergolakan dan mempunyai sifat-sifat yang samar-samar dan tidak terkenal biar bagaimana hebat sekalipun mereka memakai pakaian-pakaian, menyebar da’wah-da’wah dan mengibar bendera-bendera.

Dari pembicaraan selingan yang sehubungan dengan peristiwa peralihan kiblat itu kita kembali semula menghadapi nas-nas al-Quran dengan huraian-huraiannya yang terperinci.

(Pentafsiran ayat-ayat 142 - 143)
سَيَقُو ُ ل السَُّفهَاء مِنَ النَّاسِ مَا وَلاَّهُمْ عَن قِبَْلتِهِمُ الَّتِي َ كانُوْا عََليْهَا ُقل لِّّلهِ الْمَشْرِقُ
( وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَن يَشَاء إَِلى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ( 142

142. “Orang-orang yang bodoh dari kalangan orang ramai akan berkata:

‘Apakah sebab yang memalingkan mereka (kaum Muslimin) dari kiblat yang telah dihadapi mereka (selama ini)? Katakanlah: Allah itu memiliki Timur dan Barat. Dia memberi hidayat kepada siapa yang dikehendaki- Nya ke jalan yang lurus.”

وَ َ ك َ ذلِكَ جَعَْلنَا ُ كمْ ُأمًَّة وَسَ ً طا لِّتَ ُ كونُوْا شُهَدَاء عََلى النَّاسِ وَيَ ُ كو َ ن الرَّسُو ُ ل عََليْ ُ كمْ
شَهِيدًا وَمَا جَعَْلنَا الْقِبَْلَة الَّتِي ُ كنتَ عََليْهَا إِلاَّ لِنَعَْلمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُو َ ل مِمَّن يَنَقلِبُ
عََلى عَقِبَيْهِ وَإِن َ كانَتْ َل َ كبِيرًَة إِلاَّ عََلى الَّذِينَ هَدَى اللّهُ وَمَا كَا َ ن اللّهُ لِيُضِيعَ
( إِيمَانَ ُ كمْ إِنَّ الّلهَ بِالنَّاسِ َلرَؤُوفٌ رَّحِيمٌ ( 143

143. “Demikianlah pula Kami telah jadikan kamu satu umat yang adil supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan supaya Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu. Dan Kami tidak jadikan kiblat yang Engkau hadapi sekarang ini melainkan supaya Kami dapat mengetahui (di dalam realiti) siapakah yang sebenar mengikut Rasulullah dan siapa pula yang berbalik ke belakang (kembali kepada kekufuran) dan sesungguhnya peralihan kiblat itu adalah salah satu perkara yang amat berat melainkan kepada orang yang mensia-siakan iman kamu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih terhadap manusia.

Dari keterangan-keterangan ayat-ayat al-Qur’an dan dari rentetan rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Madinah jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan “orang orang yang bodoh” ialah kaum Yahudi, Merekalah yang menimbulkan kegemparan-kegemparan yang berlaku di sekitar perubahan kiblat sebagaimana telah kami terangkan sebelum ini.

Merekalah yang menimbulkan pertanyaan ini:

مَا وَلاَّهُمْ عَن قِبَْلتِهِمُ الَّتِي َ كانُوْا عََليْهَا

142. “Apakah sebab yang memalingkan mereka (kaum Muslimin) dari kiblat yang dihadapi mereka (selama ini) yakni kiblat Masjidil-Aqsa.”

Dari al-Bara’ ibn ‘Azib r.a. katanya: Pada permulaan kedatangan Rasulullah s.a.w. di Madinah, beliau berhenti di kediaman datuk neneknya — atau dia berkata bapa-bapa saudara sebelah ibunya — dari orang-orang Ansar dan beliau mendirikan solat mengadap Baitul Maqdis selama enam belas bulan atau tujuh belas bulan. Beliau suka supaya kiblatnya menghala ke arah Baitullah, dan solat beliau yang pertama mengadap ke Baitullah ialah solat Asar diikuti oleh sekumpulan kaum Muslimin. Selepas itu seorang dari mereka yang sembahyang bersama beliau keluar dan lalu di sebuah masjid, di mana orang-orang yang bersembahyang sedang ruku’ lalu dia pun berkata kepada mereka: “Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa aku telah mendirikan solat bersama Rasulullah s.a.w. dengan mengadap ke arah Ka’bah” mereka pun terus berpusing mengadap ke arah Baitullah, Kaum Yahudi (sebelum ini) amat bergembira apabila beliau mendirikan solat dengan berkiblat ke arah Baitul-Maqdis. Oleh itu apabila beliau mengubahkan kiblatnya ke arah Baitullah, mereka terus mengecam perbuatan itu. Lalu turunlah ayat:

َقدْ نَرَى تََقلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء
Lalu berkatalah orang-orang yang bodoh iaitu kaum Yahudi:
مَا وَلاَّهُمْ عَن قِبَْلتِهِمُ الَّتِي َ كانُوْا عََليْهَا

142. “Apakah sebab yang memalingkan mereka (kaum Muslimin) dan kiblat yang dihadapi mereka (selama ini)?”
(Dikeluarkan oleh Malik, al-Bukahri, Muslim dan al-Tarmizi)

Kita dapat perhatikan bahawa cara al-Quran menangani pertanyaanpertanyaan dan fitnah ini menunjukkan betapa besarnya kesan kempen kempen itu di dalam hati setengah-setengah kaum Muslimin dan barisan Muslimin pada masa itu.

Yang jelas dari keterangan ayat ini:
سَيَقُو ُ ل السَُّفهَاء مِنَ النَّاسِ مَا وَلاَّهُمْ عَن قِبَْلتِهِمُ الَّتِي َ كانُوْا عََليْهَا
142. “Orang yang bodoh dari kalangan orang ramai akan berkata: Apakah sebab yang memalingkan mereka (kaum Muslimin) dari kiblat yang dihadapi mereka (selama ini)?”

ialah keterangan ini merupakan permulaan bagi perisytiharan perubahan kiblat yang akan disebut di dalam ayat selepas ini di dalam pelajaran ini, di samping merupakan sebagai keterangan untuk menghapuskan desas-desus dan pertanyaan-pertanyaan yang diketahui Allah akan digembar-gemburkan oleh orang-orang yang bodoh, atau sebagai jawapan terhadap desas-desus yang telah dihamburkan mereka sebagaimana telah dijelaskan di dalam hadith yang telah lepas. Al-Qur’an nenggunakan pengungkapan “akan berkata” untuk menyarankan bahawa apa yang telah dikatakan mereka itu memang telah ditentukan begitu, memang telah diketahui rancangannya dan memang telah disediakan jawapannya. Ia merupakan salah satu cara yang memberi kesan yang amat mendalam.

Kini al-Quran mulai menangani kesan-kesan pertanyaan-pertanyaan itu dan memberi jawapannya dengan mengajar Rasulullah s.a.w. keterangan keterangan untuk menghadapi (kaum Yahudi) dan untuk menjelaskan hakikat yang sebenar, dan dalam waktu yang sama untuk membetulkan kefahaman umum terhadap perkara-perkara itu:

( ُقل لِّّلهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَن يَشَاء إَِلى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ( 142
142. “Katakanlah: Allah itu memiliki Timur dan Barat. Dia memberi
hidayat kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”

Arah Timur dan arah Barat adalah milik Allah belaka. Setiap yang mengadap Allah dari mana-mana arah dan hala adalah mengadap Allah belaka. Hala-hala dan tempat tempat itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai, malah yang menjadikan hala-hala dan tempat-tempat itu bernilai ialah apabila ia dipilih dan diarah oleh Allah. Dan Allah memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. 

Oleh itu apabila Allah telah memilih sesuatu arah dan kiblat kepada hamba-hamba-Nya maka arah dan kiblat itulah yang terpilih, dan melalui kiblat inilah mereka dapat berjalan menuju ke jalan yang lurus.

Demikianlah al-Quran menjelaskan hakikat kefahaman yang sebenar terhadap konsep tempat-tempat dan arah-arah dan terhadap hakikat sumber yang sebenar di mana manusia harus menerima arahan-arahan dan perintah perintah dan seterusnya terhadap hakikat mengadap Allah yang betul, iaitu mengadap Allah dalam setiap keadaan.

Kemudian al-Qur’an membicarakan tentang umat Muslimin, iaitu tentang hakikat mereka yang agung di alam ini, tentang tugas mereka yang amat besar di bumi ini, tentang kedudukan mereka yang besar di kalangan umat manusia dan tentang peranan mereka yang asasi di dalam kehidupan manusia. Semuanya ini memerlukan bahawa mereka harus mempunyai kiblat yang tersendiri, mempunyai syakhsiyah yang tersendiri dan mereka tidak harus mematuhi kepada sesiapa kecuali kepada Allah yang telah memilih mereka memikul amanah yang besar ini:

وَ َ ك َ ذلِكَ جَعَْلنَا ُ كمْ أُمًَّة وَسَ ً طا لِّتَ ُ كونُوْا شُهَدَاء عََلى النَّاسِ وَيَ ُ كو َ ن الرَّسُو ُ ل عََليْ ُ كمْ
شَهِيدًا
143. “Demikianlah pula Kami telah jadikan kamu satu umat yang adil supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan supaya Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu.”

Yakni umat Muslimin adalah umat yang adil yang menjadi saksi terhadap seluruh umat manusia dan menegakkan keadilan di antara mereka, menetapkan neraca-neraca pertimbangan dan nilai-nilai, memberi fikiran dan pandangan yang muktamad kepada mereka, menimbangkan nilai-nilai, pemikiran-pemikiran, kefahaman-kefahaman mereka, adat-adat resam dan lambang-lambang mereka dan memberi keputusan-keputusan kepada mereka dengan mengatakan ini benar itu tidak benar, bukannya fikiran fikiran, nilai-nilai, neraca-neraca dan ukuran-ukuran yang diterima dari manusia. Mereka menjadi saksi terhadap seluruh umat manusia dan mempunyai kedudukan sebagai hakim yang adil kepada mereka. Sementara umat Muslimin menjadi saksi terhadap umat manusia, maka Rasulullah s.a.w. pula menjadi saksi terhadap mereka, beliaulah yang menetapkan neraca-neraca, ukuran-ukuran dan nilai-nilai mereka, beliaulah yang menilai amalan-amalan dan adat resam mereka dan menimbangkan segala perbuatan yang terbit dari mereka dengan memberi kata-kata pemutus terhadapnya.

Dengan ini hakikat dan fungsi umat Muslimin sentiasa membaharu agar hakikat dan fungsi ini diketahui mereka, dan agar mereka sedar betapa besamya tugas mereka, dan seterusnya agar mereka dapat menilaikan peranan mereka dengan penilaian yang sebenar dan membuat persediaan yang wajar untuknya. Umat Muslimin adalah umat yang adil dalam segala erti keadilan sama ada keadilan dengan erti kebaikan dan kelebihan atau keadilan dengan erti kesederhanaan atau dengan ertinya yang fizikal, iaitu duduk di tengahtengah. Mereka adalah satu “umat yang adil” dari segi kefahaman dan kepercayaan. Mereka tidak melampau-lampau dalam kemurnian rohaniah dan tidak pula melampau di dalam kejatuhan kebendaan, mereka mengikut fitrah semulajadi yang diwakili oleh roh yang disalut dengan jasad atau oleh jasad yang disalut dengan roh. Mereka memberi kepada diri mereka yang mempunyai dua tenaga itu haknya yang sempurna dengan bekalan masingmasing.

Mereka bekerja untuk memaju dan meningkatkan hayat dan kelanjutannya. Mereka melepaskan segala kegiatan di alam perasaan dan keinginan tanpa keterlaluan, malah secara sederhana dan selaras.

Mereka adalah satu “umat yang adil” dari segi pemikiran dan perasaan. Mereka tidak membeku dengan pengetahuan-pengetahuan yang diketahui mereka dan menutup segala pintu ujian dan ilmu pengetahuan yang lain. Mereka tidak terikut-ikut kepada setiap penyeru dan meniru orang lain seperti beruk yang lucu, malah mereka berpegang teguh dengan kefahaman-kefahaman, cara-cara dan dasar-dasar berfikir yang ada pada mereka. Mereka mengkaji dengan teliti segala hasil pemikiran dan ujian.

Cogankata mereka yang kekal ialah 

“hakikat itu barang hilang orang Mu’min, di mana sahaja mereka temui hakikat itu mereka akan mengambilnya dengan penuh keyakinan.”

Mereka adalah satu “umat yang adil” dari segi penyusunan dan penyelarasan. Mereka tidak membiarkan seluruh hidup ini kepada perasaan dan hati manusia sahaja dan tidak pula membiarkannya kepada kuasa
undang-undang dan hukuman sahaja, malah mereka meningkatkan hati nurani manusia dengan bimbingan dan pendidikan, dan menjaga kesejahteraan masyarakat dengan undang-undang dan hukuman dan mencampurkan di antara bimbingan dan undang-undang. Mereka tidak menyerahkan manusia kepada kekuasaan dan hukuman perintah dan tidak pula menyerah mereka kepada ilham hati nurani semata-mata malah mereka mencampurkan di antara keduanya.

Mereka adalah satu “umat yang adil” dari segi pertalian-pertalian dan hubungan-hubungan. Mereka tidak mengabaikan syakhsiyah individu dan nilai-nilainya dan tidak pula menghapuskan syakhsiyah individu di dalam syakhsiyah kelompok atau negara. Mereka tidak menjadikan individu itu bebas lepas, pementing diri, tamak haloba dan menjaga faedah diri sahaja, malah mereka membebaskan motif-motif dan tenaga-tenaga manusia sekadar yang boleh membawa manusia kepada harakat kemajuan dan kesuburan, dan membebaskan keinginan-keinginan dan ciri-ciri manusia sekadar yang boleh menegakkan syakhsiyah individu dan kewujudannya, kemudian mereka memasang berik-berik dan pengawal-pengawal yang dapat menghalangkan keterlaluan dan memberi motivasi-motivasi yang boleh menggalakkan individu untuk berkhidmat kepada masyarakat, Mereka menetapkan tugas tugas dan kewajipan-kewajipan yang dapat menjadikan individu berkhidmat kepada masyarakat dan masyarakat berkhidmat kepada individu dalam satu bentuk hubungan yang selaras dan harmoni.

Mereka adalah satu “umat yang adil” dari segi tempat, mereka mendiami kawasan kawasan pusat dan tengah-tengah bumi. Sehingga ke saat ini umat yang bumi mereka diselubungi nur Islam ialah umat yang mendiami di kawasan-kawasan di tengah bumi di antara Timur Barat dan di antara Selatan dan Utara. Dengan kedudukan yang sedemikian umat Muslimin masih menjadikan diri mereka sebagai saksi terhadap seluruh manusia.

Mereka memberi apa yang ada pada mereka kepada seluruh penduduk bumi, dan dengan perantaraan mereka dipindahkan hasil-hasil alam dan hasil-hasil rohani dan pemikiran dari satu tempat ke satu tempat. Merekalah yang memegang teraju pergerakan ini baik dari segi kebendaannya mahupun dari segi kerohaniannya. 

Mereka adalah satu “umat yang pertengahan” dari segi zaman. Kelahiran mereka menamatkan zaman kebudakan manusia sebelumnya dan selepas itu merekalah yang menjadi pengawal zaman kematangan akal manusia. Mereka berada di pertengahan zaman, di mana mereka membersih umat manusia dan kepercayaan-kepercayaan yang karut dan khurafat yang masih terlekat pada mereka sejak dari zaman kebudakan mereka. 

Merekalah yang menghalangkan umat manusia dari tersesat dengan akal dan hawa nafsu mereka. Merekalah yang mengahwinkan di antara warisan rohani dari zaman-zaman para rasul dengan hasil-hasil pencapaian akal manusia yang terus berkembang subur itu. Merekalah yang dapat membimbing umat manusia ke jalan yang lurus di antara warisan rohani dan pencapaian akal.

Tiada yang menghalangi umat Muslimin hari ini dari mengambil tempat mereka yang sebenar yang telah dikurniakan Allah kepada mereka selain dari (kesalahan) kerana mereka telah meninggalkan sistem hidup Allah yang telah dipilih untuk mereka, dan kerana mereka telah memilih berbagai sistem hidup yang lain yang tidak dipilih Allah untuk mereka, dan kerana mereka telah mencelupkan diri mereka dengan berbagai-bagai celupan yang lain yang bukan dari celupan syari’at Allah sedangkan Allah mahukan mereka mencelupkan diri mereka dengan celupan syari’at Allah sahaja.

Umat Muslimin yang mempunyai fungsi dan peranan yang sedemikian besar seharusnya sanggup memikul tanggungjawab itu dan berkorban untuknya, kerana kepimpinan ini mempunyai kewajipankewajipan dan tanggungiawab. Mereka pasti sanggup diuji sebelum memegang tanggungjawab itu agar dapat dipastikan bahawa mereka benar benar ikhlas kepada Allah dan benar bersedia untuk memberi kepatuhan yang tidak berbelah-bagi kepada kepimpinan yang betul.

Ayat berikut menjelaskan kepada mereka hikmat Allah memilih kiblat yang telah dihadapi mereka itu apabila mereka kini dipalingkan semula darinya.

وَمَا جَعَْلنَا الْقِبَْلَة الَّتِي ُ كنتَ عََليْهَا إِلاَّ لِنَعَْلمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُو َ ل مِمَّن يَنَقلِبُ عََلى
عَقِبَيْهِ
143. “Dan Kami tidak jadikan kiblat yang engkau hadapi sekarang ini melainkan supaya Kami dapat mengetahui (di dalam realiti) siapakah yang sebenar mengikut Rasulullah dan siapakah pula yang berbalik ke belakang (kembali kepada kekufuran).”


Daripada ayat ini ternyatalah dengan jelas bagaimana cara didikan Rabbani yang diatur oleh Allah terhadap kelompok Muslimin yang baru itu, iaitu kelompok yang dikehendaki Allah supaya menjadi pewaris agama Allah dan pemerintah yang memerintah bumi di bawah panji-panji agama Allah.


Allah mahukan kelompok ini ta’at dengan ikhlas kepadanya. Allah mahukan mereka membersihkan diri dari segala keladak jahiliyah dan hubunganhubungannya, juga membersihkan diri dari sifat-sifat jahiliyah yang lapuk dan keinginan-keinginannya yang terpendam. Allah mahukan mereka meninggalkan segala pakaian yang telah dipakainya di zaman jahiliyah dan  membuang segala lambang jahiliyah yang pernah digunakan mereka.

Allah mahukan mereka menyematkan lambang Islam sahaja di dalam hati mereka dan tidak bercampuraduk dengan lambang-lambang yang lain, dan Allah mahukan mereka menerima perintah dari satu sumber sahaja dan tidak dikongsikan oleh mana-mana sumber yang lain.

Oleh kerana persoalan mengadap kiblat itu telah bercampuraduk di dalam hati orang-orang Arab dengan gagasan yang lain dari gagasan agama, dan oleh kerana ‘aqidah moyang mereka telah bercampuraduk dengan kepercayaan-kepercayaan syirik dan dengan semangat fanatik kaum, kerana Baitullah dianggap di waktu itu sebagai rumah suci orang orang Arab, sedangkan Allah mahukan rumah itu menjadi rumah suci Allah yang tidak ditokok tambah dengan lambang-lambang yang lain dan tidak bercampuraduk dengan sesuatu sifat yang lain dari sifatnya…

Oleh kerana persoalan mengadap kiblat itu telah bercampur dengan ciri-ciri lain yang asing darinya, maka Allah telah memalingkan kaum Muslimin dari kiblat Baitullah untuk beberapa waktu dan mengarahkan mereka supaya berkiblat kepada Baitul-Maqdis dengan tujuan pertama untuk membersihkan perasaan mereka dari bercampuraduk dengan perasaan-perasaan yang lama, dan kedua untuk menguji sejauh mana keta’atan dan kepatuhan mereka kepada Rasulullah s.a.w. dan untuk mengasingkan orang-orang yang mengikuti beliau kerana beliau itu Rasulullah dan orang-orang yang mengikut beliau kerana beliau telah mengekalkan taraf Baitullah sebagai kiblat dan hati mereka merasa senang dengan kekalnya taraf itu di bawah tekanan pengaruh perasaan bangga mereka terhadap bangsa dan kaum mereka dan terhadap tempat-tempat suci mereka yang lama.

Itulah satu tarikan perhatian yang sangat halus. ‘Aqidah lslamiyah tidak sanggup menerima sekutu di dalam hati. Ia tidak dapat menerima lambang lain dari lambangnya yang tunggal dan jelas. Ia tidak dapat menerima sebarang keladak dari keladak-keladak jahiliyah walau di dalam apa bentuk sekalipun. Inilah saranan yang jelas dari nas al Qur’an ini:

وَمَا جَعَْلنَا الْقِبَْلَة الَّتِي ُ كنتَ عََليْهَا إِلاَّ لِنَعَْلمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُو َ ل مِمَّن يَنَقلِبُ عََلى
عَقِبَيْهِ
143. “Dan Kami tidak jadikan kiblat yang engkau hadapi sekarang ini melainkan supaya kami dapat mengetahui (di dalam realiti) siapakah yang sebenar mengikut Rasulullah dan siapa pula yang berbalik ke belakang (kembali kepada kekufuran).”

Allah S.W.T. memang mengetahui segala sesuatu yang berlaku sebelum ia berlaku di alam kenyataan, tetapi Allah mahu menzahirkan sesuatu kelakuan manusia yang tersembunyi untuk menghisab dan menghukumkan mereka dengannya. Kerana rahmat dan kasihan belas Allah terhadap manusia, Dia tidak menghisab dan menghukum mereka mengikut apa yang diketahui-Nya dari kelakuan-kelakuan mereka, malah Dia menghisab dan menghukum mereka mengikut kelakuan yang terbit dan benar-benar berlaku dari mereka di alam kenyataan.

Allah S.W.T. memang mengetahui bahawa perpisahan dari keladak-keladak perasaan yang lama dan pembersihan diri dari segala sifat dan lambang yang telah melekat di hati itu merupakan suatu usaha yang amat sukar dan sulit kecuali keimanan telah menguasai sepenuh hati, dan kecuali hati telah mendapat pertolongan dari Allah dalam usahanya itu, iaitu Allah :menghubungkan hati itu dengannya dan memberi hidayat ke arahnya

وَإِن َ كانَتْ َل َ كبِيرًَة إِلاَّ عََلى الَّذِينَ هَدَى اللّهُ
143. “Dan sesungguhnya peralihan kiblat itu adalah satu perkara yang amat berat melainkan kepada orang yang telah dihidayatkan Allah.”

Apabila hidayat (telah meresap di dalam hati) maka tidak ada lagi kesulitan dan kesukaran baginya untuk membuang lambang-lambang dan keladak-keladak jahiliyah itu dan untuk memberi keta’atan dan kepatuhan yang tidak berbelah-bagi kepada Allah. Dia akan ikut ke mana sahaja diarahkan Allah dan akan patuh ke mana sahaja dipimpin oleh Rasulullah.

Kemudian Allah menenangkan hati kaum Muslimin terhadap keimanan dan ibadat solat mereka, iaitu mereka tidak sekali-kali sesat dan ibadat solat mereka tidak sekali-kali sia-sia, kerana Allah tidak sekali menyusahkan para hamba-Nya dan tidak sekali-kali mensia-siakan amal ibadat yang ditujukan mereka kepadanya, dan tidak sekali-kali membebankan mereka dengan taklif yang melampaui batas kemampuan dan keupayaan mereka yang ditambah dan dikuatkan oleh keimanan:

( وَمَا كَا َ ن اللّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَ ُ كمْ إِنَّ الّلهَ بِالنَّاسِ َلرَؤُوفٌ رَّحِيمٌ ( 143
143. “Dan Allah tidak sekali kali mensia-siakan iman kamu sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih terhadap manusia.”

Allah mengetahui keupayaan mereka yang terbatas. Oleh kerana itu Allah tidak membebankan mereka dengan tugas-tugas yang di luar keupayaan mereka, dan Allah sentiasa memberi hidayat kepada orang-orang yang beriman dan sentiasa menolong mereka untuk melalui ujian apabila niat dan keazaman mereka telah membulat. Dan andainya ujian itu merupakan gejala dan hikmat kebijaksanaan Allah, maka kejayaan melalui ujian itu merupakan limpah rahmat-Nya:

( إِنَّ الّلهَ بِالنَّاسِ َلرَؤُوفٌ رَّحِيمٌ ( 143

143. “Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih terhadap manusia.”

Demikianlah Allah mencurahkan ketenangan di dalam hati kaum Muslimin dan menghilangkan kegelisahan mereka dan melimpahkan keredhaan, kepercayaan dan keyakinan ke atas mereka.
(Pentafsiran ayat-ayat 144 - 150)

Selepas itu al-Qur’an mengumumkan limpah perkenan Allah terhadap hasrat Rasulullah s.a.w. yang ingin berkiblat kepada Ka’bah. Ia mengisytiharkan kiblat Ka’bah itu dan memberi amaran kepada kaum
Muslimin terhadap fitnah kaum Yahudi serta mendedah sebab-sebab yang sebenar yang tersembunyi di sebalik kempen-kempen dan komplot-komplot mereka yang jahat itu. Pendedahan dibuat dalam bentuk yang dapat menunjukkan sejauh mana usaha yang telah dikorbankan untuk menyedia dan melengkapkan kaum Muslimin dan untuk memelihara mereka dari keadaan kacau-bilau dan fitnah.

َقدْ نَرَى تََقلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء َفَلنُوَلِّيَنَّكَ قِبَْلًة تَرْضَاهَا َفوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ
الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا ُ كنتُمْ َفوَلُّوْا وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ ُأوْتُوْا الْكِتَابَ
( َليَعَْلمُو َ ن َأنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَُلو َ ن ( 144

144. “Sesungguhnya Kami melihat engkau kerap kali menengadah mukamu ke langit, dan sesungguhnya Kami berkenan memalingkanmu ke arah kiblat yang disukaimu. Oleh itu hadapilah mukamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, maka halakanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang dikurniakan kitab itu memang mengetahui bahawa (berkiblat ke Masjidil-Haram) adalah suatu perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai
dari segala perbuatan yang dilakukan mereka.”

وََلئِنْ َأتَيْتَ الَّذِينَ ُأوْتُوْا الْكِتَابَ بِ ُ كلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُوْا قِبَْلتَكَ وَمَا َأنتَ بِتَابِعٍ قِبَْلتَهُمْ وَمَا
بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبَْلَة بَعْضٍ وََلئِنِ اتَّبَعْتَ َأهْوَاءهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ إِنَّكَ إَِذًا
( لَّمِنَ الظَّالِمِينَ ( 145
145. “Dan andainya engkau telah membawa segala ayat kepada orangorang yang dikurniakan kitab itu, nescaya mereka tidak akan mengikut kiblatmu dan engkau tidak sekali-kali akan mengikut kiblat mereka,
malah sebahagian mereka tidak mahu mengikut kiblat sebahagian yang lain. Dan andainya engkau menurut kehendak nafsu mereka setelah datangnya wahyu kepadamu, maka sesungguhnya engkau tergolong di dalam golongan orang-orang yang zalim.”

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرُِفونَهُ َ كمَا يَعْرُِفو َ ن َأبْنَاءهُمْ وَإِنَّ َفرِيقًا مِّنْهُمْ َليَ ْ كتُمُو َ ن
( الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُو َ ن ( 146
146. “Orang-orang yang telah Kami kurniakan kitab kepada mereka memang mengetahuinya (keterangan yang benar) sebagaimana mereka mengetahui anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya segolongan dari mereka menyembunyikan hakikat yang sebenar, sedangkan mereka mengetahui.”

( الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ َف َ لا تَكُونَنَّ مِنَ اْلمُمْتَرِينَ ( 147
147. “Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu. Oleh itu janganlah sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu.”

وَلِكُلٍّ وِجْهٌَة هُوَ مُوَلِّيهَا َفاسْتَبُِقوْا اْلخَيْرَاتِ َأيْنَ مَا تَ ُ كونُوْا يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعًا إِنَّ
( الّلهَ عََلى ُ كلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ( 148
148. “Setiap umat itu ada kiblat yang dihadapinya. Oleh itu bcrlumba lumbalah membuat kebajikan. Di mana sahaja kamu berada Allah akan kumpulkan seluruh kamu (pada hari Qiamat) sesungguhnya Allah Maha Kuasa diatas segala sesuatu.”

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ َفوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ اْلحَرَامِ وَإِنَّهُ َللْحَقُّ مِن رَّبِّكَ وَمَا
( اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَُلو َ ن ( 149
149. “Dan dari mana sahaja engkau keluar, maka halakanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram. Sesungguhnya berkiblat ke Ka’bah itu adalah perintah yang benar dari Tuhanmu dan Allah tidak sekali-kali lalai dari segala perbuatan yang dilakukan kamu.”

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ َفوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا ُ كنتُمْ َفوَلُّوْا
وُجُوهَ ُ كمْ شَطْرَهُ لَِئلاَّ يَ ُ كو َ ن لِلنَّاسِ عََليْ ُ كمْ حُجٌَّة إِلاَّ الَّذِينَ َ ظَلمُوْا مِنْهُمْ َف َ لا
( تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلأُتِمَّ نِعْمَتِي عََليْ ُ كمْ وََلعَلَّكُمْ تَهْتَدُو َ ن ( 150

150. “Dan dari mana sahaja engkau keluar, maka halakanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram, dan di mana sahaja kamu berada, maka halakanlah mukamu ke arahnya agar tidak ada lagi sebarang hujah yang dapat digunakan orang terhadapmu kecuali orang-orang yang melampau dari mereka, oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, malah hendaklah kamu takut kepada-Ku dan agar Aku menyempurnakan ni’mat-Ku kepada kamu dan agar kamu mendapat hidayat.”

Di permulaan ayat ini kita dapati satu pengungkapan menggambarkan keadaan Nabi s.a.w:
َقدْ نَرَى تََقلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء
144. “Sesungguhnya Kami melihat engkau kerapkali menengadahkan mukamu ke langit.”

Ia membayangkan keinginan beliau yang kuat agar Allah menghalakan beliau ke kiblat yang lain dari kiblat yang sedang dihadapinyaitu setelah kaum Yahudi banyak mengeluarkan hujah-hujah dan alasan alasan(yang menyakitkan hati), kerana mereka mendapat punca yang baik dari kedudukan kaum Muslimin yang menghadap kiblat mereka (Baitul Maqdis) untuk menimbulkan kekeliruan, kebingungan dan kegelisahan (di kalangan kaum Muslimin).

Oleh itu Nabi s.a.w. kerapkali menengadahkan mukanya ke langit tanpa memohon dengan terus-terang kerana menjaga adab sopannya terhadap Allah, dan kerana segan mengemukakan sesuatu cadangan kepada Allah atau mendahuluinya di dalam sesuatu perkara.

Kemudian Allah memperkenankan kiblat yang disukai beliau, dan pengungkapan yang menyatakan limpah perkenan itu membayangkan betapa besarnya hubungan kasih mesra Allah terhadap beliau:

144. “Sesungguhnya Kami berkenan memalingkanmu ke arah kiblat yang disukaimu.”

Kemudian Allah menentukan kiblat yang diketahui-Nya disukai beliau:

السَّمَاء َفَلنُوَلِّيَنَّكَ قِبَْلًة تَرْضَاهَا
144. “Oleh itu hadapilah mukamu ke arah Masjidil-Haram.”

Sebagai kiblat untuk beliau dan umatnya sama ada yang sedang bersama beliau atau yang akan datang selepas beliau sehingga Allah mewarisi bumi dan sekalian penghuninya (Qiamat):

َفوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ

144. “Dan di mana sahaja kamu berada, maka halakanlah muka kamu ke arahnya.”

Yakni dari mana-mana hala di seluruh muka bumi ini. Ia merupakan satu kiblat yang tunggal yang menyatukan seluruh umat Muslimin dari berbagai-bagai negeri dan kedudukannya dari kiblat itu dan dari berbagai bagai bangsa, bahasa dan warna kulit. Ia merupakan satu kiblat yang sama, di mana seluruh umat Muslimin menghala kepadanya di merata pelusuk Timur dan Barat di bumi ini. Dan di sana mereka merasa diri mereka selaku satu jisim dan selaku satu diri yang mengadap satu matlamat dan berjuang untuk menegakkan sistem hidup yang sama, iaitu sistem hidup yang lahir dari hakikat diri mereka yang menyembah Tuhan yang sama dan beriman kepada rasul yang sama dan mengadap kiblat yang sama.

Demikianlah Allah menyatukan umat Muslimin. Dia menyatukan mereka dari segi Tuhan mereka, rasul mereka, agama mereka dan kiblat mereka. Dia menyatukan mereka dari berbagai-bagai negara, bangsa, warna dan bahasa. Allah tidak menyatukan mereka di atas landasan negara, bangsa, warna dan bahasa, malah dia menyatukan mereka di atas landasan ‘aqidah dan kiblat walaupun mereka berbeza dari segi negara, bangsa, warna dan bahasa. Itulah kesatuan dan perpaduan yang layak dengan makhluk insan, kerana insan seharusnya bersatu dan berpadu di atas landasan aqidah hati nurani dan kiblat ibadat, sementara haiwan bersatu dan berpadu di padang ragut dan dalam lingkungan pagar dan kandang.

Kemudian apakah sikap Ahlil-Kitab terhadap kiblat yang baru ini?
وَإِنَّ الَّذِينَ ُأوْتُوْا الْكِتَابَ َليَعَْلمُو َ ن َأنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ
144. “Sesungguhnya orang-orang yang dikurniakan kitab itu memang mengetahui bahawa (berkiblat ke Masjidil-Haram) suatu perintah yang benar dari Tuhan mereka.”

Yakni mereka memang mengetahui bahawa Masjidil-Haram itu ialah Baitullah yang pertama, yang mana tapak-tapak asasnya telah dibina oleh Ibrahim a.s. moyang umat pewaris dan moyang seluruh umat Muslimin, dan seterusnya mereka memang mengetahui bahawa perintah berkiblat kepada Masjidil-Haram adalah suatu perintah yang benar dari Allah yang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Tetapi kaum Ahlil-Kitab akan bertindak bertentangan dengan saranan yang disarankan oleh ilmu pengetahuan yang diketahui mereka. Oleh itu tidak ada apa-apa kebimbangan kepada kaum Muslimin dan tindakan mereka, kerana Allah itu pemelihara dan penjamin yang berkuasa menolak dan membalas tipudaya mereka yang licik:

( وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَُلو َ ن ( 144

144. “Dan Allah tidak sekali-kali lalai dari segala perbuatan yang
dilakukan mereka.”

Mereka tidak akan tunduk kepada dalil-dalil, kerana selama ini mereka bukannya kekurangan dalil, malah mereka tidak mempunyai keikhlasan dan kebebasan dari hawa nafsu dan tidak mempunyai kesediaan untuk menerima kebenaran apabila mereka mengetahuinya:

وََلئِنْ َأتَيْتَ الَّذِينَ ُأوْتُوْا الْكِتَابَ بِ ُ كلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُوْا قِبَْلتَكَ
145. “Dan andainya engkau telah membawa segala ayat kepada orang orang yang dikurniakan kitab itu, nescaya mereka tidak akan mengikut kiblatmu.”

Mereka tetap degil kerana dipimpin oleh hawa nafsu dan dikongkong oleh muslihat dan kepentingan. Ramai dari mereka yang baik hati menyangka bahawa sebab yang menghalangkan kaum Yahudi dan kaum Nasara dari agama Islam itu ialah kerana mereka tidak mengetahuinya atau kerana agama Islam itu tidak pernah dikemukakan kepada mereka dalam bentuk yang meyakinkan. Pendapat ini adalah karut. Sebenarnya mereka tidak mahukan Islam kerana mereka mengenal hakikat Islam. Oleh sebab itulah mereka takut Islam mengancam kepentingan-kepentingan dan kekuasaan mereka. Oleh sebab itulah mereka mengatur berbagai-bagai tipudaya yang jahat terhadap Islam.

Mereka tidak jemu-jemu melakukannya dengan berbagai-bagai jalan dan wasilah sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. Mereka memerangi Islam secara berhadapan muka dan secara bersembunyi di sebalik tabir. Mereka memerangi Islam dengan diri mereka sendiri atau dengan memperalatkan pemeluk Islam memerangi Islam untuk mereka dengan berselindung di sebalik tabir. Mereka selama-lamanya tepat dengan firman Allah Ta’ala yang ditujukan kepada nabi-Nya yang mulia:

وََلئِنْ َأتَيْتَ الَّذِينَ ُأوْتُوْا الْكِتَابَ بِ ُ كلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُوْا قِبَْلتَكَ
145. “Dan andainya engkau telah membawa segala ayat kepada orang orang yang dikurniakan kitab itu, nescaya mereka tidak akan mengikut kiblatmu.”

Untuk menghadapi kedegilan kaum Ahlil-Kitab yang menolak kiblat Islam yang menjadi lambang agama Islam itu, maka al-Qur’an menjelaskan hakikat sikap dan pendirian Nabi s.a.w. yang sebenar.

وَمَا َأنتَ بِتَابِعٍ قِبَْلتَهُمْ
145. “Dan engkau tidak sekali-kali akan mengikut kiblat mereka.”

Yakni bukanlah sekali-kali dari sikap engkau untuk mengikut kiblat mereka. Menggunakan jumlah ismiyah yang dinafikan di dalam ayat ini lebih kuat untuk menjelaskan sikap dan pendirian yang tetap teguh Rasulullah s.a.w. terhadap persoalan kiblat ini. Ia memberi saranan yang kuat kepada kaum Muslimin selepas beliau, iaitu mereka tidak akan memilih kiblat yang lain dari kiblat Rasul mereka yang telah dipilih dan diredhai oleh Allah untuk merelakan hati beliau, dan mereka tidak akan mengibarkan panji-panji yang lain dari panji-panji Allah dan tidak akan mengikut sistem hidup yang lain dari sistem hidup Ilahi yang berlambangkan kiblat yang terpilih ini.

Inilah sikap kaum Muslimin selama mereka mengaku diri mereka sebagai orang orang Islam. Andainya mereka tidak bersikap demikian, maka mereka bukanlah dari orang-orang Islam, malah pendakwa-pendakwa Islam sahaja.

Kemudian al-Qur’an terus mendedah hakikat pendirian yang sebenar yang wujud di kalangan kaum Ahlil-Kitab terhadap satu sama lain. Mereka sebenarnya tidak seia sekata kerana dipecah-belahkan oleh hawa nafsu mereka:

وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبَْلَة بَعْضٍ
145. “Malah sebahagian mereka tidak mahu mengikut kiblat sebahagian yang lain.”

Perseteruan di antara kaum Yahudi dengan kaum Nasara, perseteruan di antara berbagai-bagai puak di kalangan kaum Yahudi dan perseteruan di antara berbagai-bagai puak di kalangan bumi Nasara merupakan perseteruan dan permusuhan yang ketat.

Tentulah tidak mungkin bagi Nabi s.a.w. yang berpendirian seperti ini dan kaum Ahlil-Kitab pula berpendirian seperti itu…. Tentulah tidak mungkin bagi beliau yang mengetahui hakikat persoalan ini mengikut kehendak hawa nafsu kaum Ahlil-Kitab setelah menerima wahyu dari Allah:

( وََلئِنِ اتَّبَعْتَ َأهْوَاءهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ إِنَّكَ إَِذًا لَّمِنَ الظَّالِمِينَ ( 145
145. “Dan andainya engkau menurut kehendak nafsu mereka setelah datangnya wahyu kepadamu, maka sesungguhnya engkau tergolong di dalam golongan orang-orang yang zalim.”

Marilah kita berhenti seketika di hadapan amaran Ilahi yang tegas dan keras ini kepada Rasul-Nya yang mulia, sedangkan baru sekejap tadi Allah berfirman kepada beliau dengan firman-firman yang lembut dan mesra.

Persoalan di sini ialah persoalan yang berkaitan dengan kejujuran mematuhi hidayat dan arahan Allah, juga berkaitan dengan dasar kelainan dan keikhlasan yang tidak berbelah-bagi dalam keta’atan dan kepatuhan kepada Allah dan agamanya. Oleh sebab itulah Allah menyampaikan firman- Nya dengan tegas dan dengan amaran yang keras:

( إِنَّكَ إَِذًا لَّمِنَ الظَّالِمِينَ ( 145
145. “Maka sesungguhnya engkau tergolong di dalam golongan orang orang  yang zalim.”

Jalan (yang terbentang di hadapan) amatlah jelas dan lurus, iaitu sama ada mengikut jalan wahyu yang datang dari Allah atau mengikut jalan hawa nafsu yang lain dariNya. Seorang Muslim tidak seharusnya menerima arahan melainkan daripada Allah. Ia tidak seharusnya meninggalkan ilmu yang diyakini benar kerana mengikut kehendak hawa nafsu yang berubah-ubah, dan segala apa yang bukan daripada Allah itu adalah tidak diragui lagi datangnya dari kehendak hawa nafsu.

Di samping saranan yang tetap ini, di sana kita dapati satu keadaan yang telah berlaku kepada setengah-setengah kaum Muslimin dalam kancah komplot-komplot kaum Yahudi dan kempen-kempen jahat mereka yang bertujuan untuk menimbulkan kekeiruan yang memerlukan mereka diberi amaran-amaran yang keras dan tegas seperti ini.

Selepas berhenti sebentar marilah kita kembali semula kepada nas al-Qur’an, dan kita dapati bahawa nas itu masih terus menjelaskan bahawa kaum Ahlil-Kitab itu benar-benar mengetahui bahawa penerangan yang sebenar mengenai perkara kiblat ini dan lain-lainnya ialah penerangan yang telah dikemukakan oleh al-Qur’an dan disuruhkan oleh Rasulullah s.a.w., tetapi mereka sengaja telah menyembunyikan kebenaran yang diketahui mereka kerana mengikut kehendak hawa nafsu yang disembunyikan mereka:

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرُِفونَهُ َ كمَا يَعْرُِفو َ ن َأبْنَاءهُمْ وَإِنَّ َفرِيقًا مِّنْهُمْ َليَ ْ كتُمُو َ ن
( الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُو َ ن ( 146

146. “Orang-orang yang telah Kami kurniakan kitab kepada mereka memang mengetahuinya (hakikat kiblat) sebagaimana mereka mengetahui anak mereka sendiri dan sesungguhnya segolongan dari mereka
menyembunyikan hakikat yang sebenar, sedangkan mereka mengetahui”

Mengetahui sesuatu seperti mereka mengetahui anak-anak mereka sendiri itu merupakan satu contoh perbandingan mengikut bahasa Arab yang menunjukkan keyakinan yang tidak ada sebarang kesamaran lagi. Jika kaum Ahlil-Kitab itu yakin terhadap kebenaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w. termasuklah kebenaran yang diterangkan beliau mengenai kiblat, sedangkan sebahagian dari mereka sengaja menyembunyikan kebenaran yang diketahui mereka dengan penuh keyakinan itu, maka tidak ada sebab bagi orang orang Mu’min itu terpengaruh kepada pendapat-pendapat yang karut dan dusta yang disebarkan oleh Ahlil-Kitab itu. Tidak ada sebab bagi orang-orang Mu’min untuk mengambil dari Ahlil-Kitab yang mempercayai kebenaran kemudian menyembunyikan sesuatu dari urusan agama mereka yang dibawa oleh Rasul mereka yang benar dan amanah.

Di sini al-Qur’an tujukan kenyataan yang berikut kepada Nabi s.a.w. selepas mengemukakan pandangan mengenai kaum Ahlil-Kitab:

( الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ َف َ لا تَكُونَنَّ مِنَ اْلمُمْتَرِينَ ( 147
147. “Kebenaran itu adalah dari tuhanmu. Oleh itu janganlah sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu.”

Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak pernah ragu-ragu dan syak walau sehari pun, dan apabila Allah berfirman kepada beliau dalam suatu ayat yang lain,

َفإِن ُ كنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا َأنزَْلنَا إَِليْكَ فَاسَْألِ الَّذِينَ يَ ْ قرَؤُو َ ن الْكِتَابَ مِن َقبْلِكَ
94. “Sekiranya engkau berada di dalam keraguan terhadap wahyu-wahyu yang Kami telah turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang orang yang pernah membaca kitab suci sebelummu.”
(Surah Yunus)

Kaum Muslimin tidak harus ragu-ragu terhadap agama mereka, beliau terus menjawab:

“Aku tidak pernah ragu-ragu dan aku tidak akan bertanya.”

Tetapi cara firman ini ditujukan kepada beliau adalah mengandungi satu saranan yang kuat untuk diingati kaum Muslimin di belakang beliau, sama ada mereka di waktu itu terpengaruh kepada pendapat-pendapat palsu kaum Yahudi dan tipu muslihat mereka atau mereka yang datang selepas kaum Muslimin (zaman Rasulullah) yang terpengaruh dengan pendapat pendapat palsu kaum Yahudi atau bukan kaum Yahudi mengenai perkara perkara yang bersangkutan dengan agama mereka.

Kita (kaum Muslimin) di zaman inilah yang lebih wajar mematuhi amaran Ilahi ini, kerana kita dengan kebodohan yang tidak ada tolok bandingnya telah pergi meminta fatwa kepada golongan orientalis yang
terdiri dari kaum Yahudi, kaum Nasara dan kaum Komunis yang kafir mengenai persoalan-persoalan agama kita, kita menerima dari mereka, (pendapat-pendapat dan penulisan-penulisan) mengenai sejarah kita dan meletakkan kepercayaan kita kepada mereka untuk memperkatakan tentang warisan-warisan kita, kita mendengar keraguan-keraguan yang disembunyikan mereka di dalam hasil-hasil kajian mereka mengenai al-Quran dan hadith kita, mengenai sejarah tokoh-tokoh kita yang ulung, kita mengirim kepada mereka para siswazah kita untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam dari mereka, di mana mereka mendapat ijazah dari universiti-universiti mereka kemudian pulang kepada kita dengan akal dan hati nurani yang telah dirosak dan dicemari mereka.

 penentuan kiblat menggunakan google map

Kitab al-Qur’an ini ialah kitab suci kita umat Muslimin. Itulah satu satunya kitab suci mereka yang kekal, di mana Allah menerangkan segala apa yang harus dikerjakan mereka dan segala apa yang harus diawasi mereka. Kaum Ahlil-Kitab tetap kaum Ahlil-Kitab, kaum kafir tetap kaum kafir, dan agama tetap agama. Marilah kita kembali semula kepada nas-nas al-Qur’an, di mana kita dapati al-Qur’an memalingkan perhatian kaum Muslimin supaya jangan mendengar perkataan-perkataan kaum Ahlil-Kitab dan jangan terpengaruh kepada bimbingan-bimbingan mereka. Ia menyarankan kepada kaum Muslimin supaya berdiri teguh di atas agama dan kiblat mereka tersendiri, kerana setiap golongan mempunyai hala-hala masing-masing, dan hendaklah kaum Muslimin berlumba-lumba ke arah kebajikan tanpa diganggu oleh sesiapa, dan ingatlah bahawa seluruh mereka akan kembali kepada Allah yang berkuasa mengumpul dan memberi balasan di akhir perjalanan hidup mereka.

وَلِكُلٍّ وِجْهٌَة هُوَ مُوَلِّيهَا َفاسْتَبُِقوْا اْلخَيْرَاتِ َأيْنَ مَا تَ ُ كونُوْا يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعًا إِنَّ
( الّلهَ عََلى ُ كلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ( 148
148. “Setiap umat itu ada kiblat yang dihadapinya. Oleh itu berlumba lumbalah membuat kebajikan. Di mana sahaja kamu berada Allah akan kumpulkan seluruh kamu (pada hari Qiamat) sesungguhnya Allah Maha  Kuasa di atas segala sesuatu.”

Demikianlah Allah mengalihkan perhatian kaum Muslimin supaya jangan tergugat dan terpengaruh kepada komplot-komplot, fitnah-fitnah, pentafsiran-pentafsiran dan perkataan-perkataan yang ditaburkan oleh kaum Ahlil-Kitab. Allah mengalihkan perhatian mereka ke arah bekerja dan berlumba-lumba kepada amalan-amalan kebajikan sambil mengingatkan mereka bahawa seluruh mereka akan kembali kepada Allah belaka.

Dan bahawa Allah Maha Kuasa terhadap segala sesuatu, Tiada suatu urusan yang melemahkan Allah dan terluput dari ilmu dan kudrat-Nya. Itulah sikap dan kesanggupan yang membuat segala perkataan dan pendustaan yang karut itu menjadi begitu kecil dan kerdil.

Kemudian al-Qur’an kembali sekali lagi menjelaskan perintah mengadap kepada kiblat yang baru yang telah dipilih itu sambil diiringi dengan berbagai-bagai ulasan:

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ َفوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِنَّهُ َللْحَقُّ مِن رَّبِّكَ وَمَا
( اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَُلو َ ن ( 149

149. “Dan dari mana sahaja engkau keluar, maka halakanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram. Sesungguhnya berkiblat ke Ka’bah itu adalah perintah yang benar dari Tuhanmu dan Allah tidak sekali-kali lalai dari segala perbuatan yang dilakukan kamu.”

Perintah pada kali ini bersih dari cerita kaum Ahlil-Kitab dan pendirian mereka. Ia mengandungi arahan supaya Rasulullah s.a.w. mengadap ke arah Masjidil-Haram ke mana sahaja beliau keluar dan di mana sahaja beliau berada, di samping menekankan bahawa arahan itu adalah suatu perintah yang benar dari Allah, dan memberi amaran secara halus supaya jangan menyeleweng dari perintah yang benar ini; amaran itu terkandung di dalam firman-Nya:

( وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَُلو َ ن ( 149
149. “Dan Allah tidak sekali-kali lalai dari segala perbuatan yang dilakukan kamu.”

Ungkapan ini membayangkan bahawa di sana ada kejadian yang berlaku di belakang beliau dalam hati setengah-setengah orang Islam yang memerlukan kepada penjelasan yang tegas dan amaran yang keras ini. Kemudian dikemukakan pula penjelasan bagi kali yang ketiga kerana sesuatu tujuan baru yang lain, iaitu untuk mematahkan hujah kaum Ahlil- Kitab dan hujah golongan yang lain dari mereka yang melihat kaum Muslimin mengadap ke arah kiblat kaum Yahudi lalu menyebabkan mereka percaya kepada kebenaran apa yang digembar-gemburkan oleh kaum Yahudi tentang kelebihan agama mereka yang mengatasi agama yang dibawa oleh Muhammad, dan tentang keunggulan kiblat mereka yang mengertikan
keunggulan agama mereka atau (untuk mematahkan hujah) kaum Musyrikin Arab yang menggunakan isu mengadap kepada kiblat Baitul-Maqdis itu sebagai senjata untuk menghalangkan orang-orang Arab yang memandang suci kepada Baitul-Haram itu dan meliarkan mereka dari memeluk Islam yang menghendaki penganut-penganutnya mengadap kepada kiblat Bani Israel:

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ َفوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا ُ كنتُمْ َفوَلُّوْا
وُجُوهَ ُ كمْ شَطْرَهُ لَِئلاَّ يَ ُ كو َ ن لِلنَّاسِ عََليْ ُ كمْ حُجٌَّة إِلاَّ الَّذِينَ َ ظَلمُوْا مِنْهُمْ َف َ لا
( تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلأُتِمَّ نِعْمَتِي عََليْ ُ كمْ وََلعَلَّكُمْ تَهْتَدُو َ ن ( 150

150. “Dan dari mana sahaja engkau keluar, maka halakanlah mukamu ke arah Masjidil dan di mana sahaja kamu berada, maka halakanlah mukamu ke arahnya agar tidak ada lagi sebarang hujah yang dapat digunakan orang terhadapmu kecuali orang-orang yang melampau dari mereka, oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, malah hendaklah kamu takut kepadaku dan agar aku menyempurnakan ni’mat-Ku kepada kamu dan agar kamu mendapat hidayat.”

Itulah arahan Allah kepada Rasulullah s.a.w. supaya beliau menghalakan mukanya ke arah Masjidil-Haram ke mana sahaja beliau keluar, juga arahan kepada kaum Muslimin supaya menghalakan muka mereka ke arahnya di mana sahaja mereka berada, dan kemudian al-Quran menerangkan sebab arahan ini:

( وَلأُتِمَّ نِعْمَتِي عََليْ ُ كمْ وََلعَلَّكُمْ تَهْتَدُو َ ن ( 150
150. “Agar tidak ada lagi sebarang hujah yang dapat digunakan orang terhadapmu.”

Setelah itu al-Quran memperkecilkan perkataan-perkataan golongan yang zalim yang tidak tunduk kepada hujah dan logik, malah terus berdegil dan berkeras kepala, Mereka tidak dapat dibungkamkan lagi. Mereka akan terus berada di dalam kedegilan mereka. Oleh itu tidak ada apa-apa kesalahan kepada orang-orang Islam dari tindak tanduk mereka:

لَِئلاَّ يَ ُ كو َ ن لِلنَّاسِ عََليْ ُ كمْ حُجٌَّة
150. “Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, malah hendaklah kamu takut kepada-Ku.”

Yakni mereka tidak mempunyai sebarang kuasa di atas kamu, dan mereka tidak memiliki sesuatu kuasa dalam urusan kamu, dan tidak sayugia kepada kamu memberi perhatian kepada mereka sehingga menyebabkan kamu menyeleweng dari perintah yang datang dari-Ku. Sesungguhnya Akulah yang Wajar ditakuti kamu kerana Akulah yang menguasai segala urusan kamu di dunia dan di Akhirat. Serentak dengan memperkecilkan kedudukan orang-orang yang zalim dan dengan amaran terhadap azab Allah, al-Qur’an mengingatkan mereka dengan ni’mat-ni’mat Allah dan merangsangkan keinginan umat Muslimin agar Allah mengurniakan ni’mat yang sempurna kepada mereka apabila mereka menyambut perintah Allah dan menjunjungnya dengan patuh dan jujur.

( وَلأُتِمَّ نِعْمَتِي عََليْ ُ كمْ وََلعَلَّكُمْ تَهْتَدُو َ ن ( 150
150. “Dan agar Aku menyempurnakan ni’mat-Ku kepada kamu dan agar kamu mendapat hidayat.”

Itulah peringatan yang penuh dengan saranan dan perangsang dan tawaran limpah kurnia yang besar setelah dikurniakan limpah kurnia yang besar.

Ni’rmat yang diperingatkan kepada mereka ialah ni’mat yang ada di hadapan mereka. Mereka dapat menanggapinya di dalam diri mereka sendiri, di dalam kehidupan mereka, di dalam masyarakat mereka, di dalam kedudukan mereka di bumi dan di alam al-wujud ini.

Dahulu merekalah juga yang hidup di dalam kegelapan, kekotoran dan kebodohan jahiliyah, kemudian mereka berpindah ke dalam cahaya keimanan, ke dalam kebersihan keimanan dan ma’rifat keimanan dan mereka dapati kesan ni’mat itu dalam diri mereka begitu segar, jelas dan mendalam.

Dahulu merekalah juga yang hidup di zaman jahiliyah dalam bentuk suku-suku kaum yang berperang satu sama lain, yang mempunyai matlamat matlamat hidup yang kecil dan minat-minat dan cita-cita yang terbatas, kemudian mereka berubah menjadi satu umat yang bersatu-padu di bawah panji-panji ‘aqidah Islam, satu umat yang kuat dan gagah, satu umat yang mempunyai matlamat-matlamat yang tinggi, minat dan cita-cita besar yang berhubung dengan kepentingan umat manusia seluruhnya bukannya kepentingan menuntut bela terhadap satu suku kaum. Mereka dapati kesan ni’mat itu jelas kelihatan di sekeliling mereka sebagaimana mereka dapat melihatnya dengan jelas pada diri mereka sendiri.

Dahulu merekalah juga yang hidup di zaman jahiliyah dalam masyarakat yang rendah dan kotor, masyarakat yang mempunyai kefahaman-kefahaman dan pemikiran-pemikiran yang simpang-siur dan nilai-nilai yang kacau dan tidak menetap, kemudian mereka berubah menjadi sebuah masyarakat Islam yang bersih dan luhur, masyarakat Islam yang mempunyai kefahaman-kefahaman dan ‘aqidah-’aqidah yang terang dan mempunyai nilai-nilai dan ukuran-ukuran yang lurus. Mereka dapat melihat kesan ni’mat itu di dalam seluruh bidang hidup mereka sebagaimana mereka dapat menanggapinya di dalam hati mereka sendiri dan di dalam kedudukan mereka di kalangan umat-umat yang lain di sekeliling mereka.

Apabila Allah berfirman kepada mereka:
وَلأُتِمَّ نِعْمَتِي عََليْ ُ كمْ
150. “Dan agar aku menyempurnakan ni’mat-Ku kepadamu,” maka firman itu merupakan satu peringatan yang penuh dengan saranan, perangsang dan tawaran limpah kurnia yang besar selepas dikurniakan limpah kurnia yang besar.

Kita dapati ada tujuan yang baru pada setiap kali diulangi keterangan mengenai perintah mengadap kiblat yang baru itu. Kali yang pertama perintah mengadap kepada Masjidil-Haram itu disebut untuk menyatakan bahawa Allah telah memperkenankan hasrat Rasulullah s.a.w. yang sering menengadah ke langit berdo’a kepada Allah tanpa kalimat. Kali yang kedua disebut untuk menyatakan dengan tegas bahawa perintah mengadap kiblat (yang baru itu) adalah perintah yang benar dari Allah, iaitu perintah yang sesuai dengan hasrat dan do’a (Rasulullah s.a.w.). Kali yang ketiga disebut untuk mematah hujah-hujah manusia dan memperkecilkan pendirian mereka yang tidak tunduk kepada kebenaran dan hujah (yang betul). 

Tetapi bagi kami — di samping tujuan-tujuan ini — kami dapati di sana ada kejadian yang telah berlaku di dalam barisan kaum Muslimin yang memerlukan ulangan, penegasan, penerangan dan analisis ini, yang membayangkan betapa hebatnya kempen-kempen (kaum Yahudi) yang menaburkan pengeliruan-pengeliruan dan pendapat yang karut dan kesannya yang mempengaruhi hati setengah-setengah orang Islam. 

Kesan kesan itulah yang ditangani oleh al-Quranul-Karim. Kemudian ayat-ayat ini akan terus kekal di sepanjang zaman untuk menangani keadaan yang seperti ini di dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa dalam perjuangan dan pertarungan yang tidak pernah berhenti dan tidak pernah reda, lemah dan lembut.

No comments:

Post a Comment