Thursday, 1 November 2012

Berapa umur kambing cukup umur?

Banyak sangat penternak tidak tahu berapa sebenarnya syarat kambing cukup umur. Banyak sangat yang kata 2 tahun baru dikira cukup umur. Pernahkah kita betul betul menyiasat kebenarannya?

Matlamat qurban dan akikah dicapai dengan binatang yang baik, sihat, dan berisi tetapi dari segi umur kebanyakan ulama berijtihad. Pandangannya berbeza.

Bagi mazhab hanbali, maliki dan hanafi : memadai kambing yang telah mencapai umur 6 bulan dan masuk bulan ke tujuh. Maksudnya ialah kambing cukup umur bila umurnya 6 bulan 1 hari = 181 hari.

Bagi mazhab shafie : memadai kambing yang umurnya setahun masuk tahun kedua. Maksudnya kambing cukup umur bila umurnya setahun 1 hari = 366 hari.

(kalau ikut tahun islam lagi cepat kan?)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Memadai kambing biri biri yang berusia lapan ke sembilan bulan untuk dibuat qurban" (Riwayat Ibn Majah dan Imam Ahmad).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Jangan sembelih qurban kecuali yang berusia setahun. Jika menjadi kesukaran kepada kamu, maka sembelihlah kambing biri biri (yang berusia lapan ke sembilan bulan). (Riwayat Muslim drpd Jabir RA).

Hmmm.. Takdepun  Nabi atau ulama yang kata kena tunggu umur 2 tahun.

Kalau ikut keputusan mesyuarat jawatankuasa fatwa Negeri Sembilan, dan bicara mufti Perak yang saya dengar di Radio Perak FM : kambing cukup umur bila umurnya setahun sehari. Maknanya masuk tahun kedua. Bila takde rekod barulah tengok gigi.

Nampak tak ? Ini satu lagi sebab saya menyeru kepada semua rakan rakan ternak untuk simpan rekod kelahiran dan kematian kerana sangat membantu dalam penentuan syarat cukup umur kambing. Sekiranya berpandukan gigi, kalau anda nak tahu, kambing berdarah tempatan lambat tanggal gigi. Ada yang dah berumur setahun setengah tapi tak tanggal tanggal sepasang gigipun.  Agaknya dari sinilah terbitnya pandangan yang kata kambing cukup umur 2 tahun, sebab baru tanggal gigi umur tu.

Jadi jangan pening pening nak tunggu tanggal/salin gigi, simpanlah rekod kelahiran sebaik mungkin untuk membantu kita nanti.

Ya satu lagi perkara yang ingin saya kongsi. Sebenarnya kambing betina cukup umur boleh dibuat aqiqah. Kenapa ada yang berkeras kata kambing jantan aje yang boleh dibuat aqiqah?

Dan lebih afdal melakukan qurban 1 individu = 1 nyawa ternakan. Kambing lebih afdal dari lembu untuk dibuat qurban dan aqiqah. Bagi setiap keluarga Islam yang mampu buatlah qurban bagi setiap individu dalam keluarga setiap tahun.

Ref

No comments:

Post a Comment