Saturday, 3 November 2012

Cirit - Birit pada Kambing

1. Cirit-birit (Diarrhoea)

Cirit birit adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai. Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing dan kuman atau tersalah makan. Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan. 

Walau bagaimanapun faktor paling utama adalah serangan bakteria, virus dan parasit dalaman (coccidia dan cacing). Coccidia merupakan sejenis protozoa (organisma bersel tunggal) yang menghuni perut ternakan kambing. Dalam keadaan biasa, coccidia tidak memberi ancaman kepada ternakan, bahkan coccidia memang hadir dalam perut hampir kesemua kambing. Coccidia memberi ancaman kepada kambing apabila kambing mengalami 'stress' akibat perubahan cuaca, pertukaran tempat atau persekitaran, atau apabila kambing memakan dedaun dan makanan yang tidak biasa dimakannya. Ia menyebabkan kambing mengalami ceret beret yang akut, menjadi lemah dan seterusnya membawa maut.
Kambing yang menghidapi ceret-beret akan mengalami sakit pada abdomen, mengeluarkan tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok, tiada selera makan dan suka mengasingkan diri. Ia menyebabkan kambing menjadi lemah danjika dibiarkan berterusan, boleh membawa kematian.

Kaedah Rawatan :

Kaedah Pencegahan Awal :


i.  Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan bakteria.
ii. Pemakanan konsisten, elakkan dari mengubah jenis konsentrat atau menambah kuantitinya secara mendadak.
iii. Jika perlu menukar jenis konsentrat atau menambah kuantitinya, lakukan secara beransur-ansur.
iv. Elakan daripada memberi rumput atau dedaun yang terlalu muda atau yang terlalu banyak air atau bergetah.
v. Amalkan memberi minuman cecair anti-coccidiosis secara berkala, misalnya sebulan sekali.


Ref
http://jomternakkambing-penyakit.blogspot.com/

DIAREA CIRIT-BIRIT PADA TERNAKAN

DIAREA atau cirit birit disebabkan oleh beberapa perkara antaranya  seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai. Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing. Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan. Faktor penyakit seperti serangan bakteria, virus dan protozoa (coccidiosis).
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIAREA CIRIT-BIRIT PADA TERNAKAN
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli dan juga jangkitan oleh Coccidia.. Ciritbirit juga kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilanantibiotik yang berlebihan. 
 
Faktor cirit-birit pada ternakan
-Cacing
-Protozoa (coccidia)
-Kuman bakteria
-Salah makan
PUNCA & TANDA-TANDA CIRIT-BIRIT
Cirit-birit adalah satu gejala atau tanda yang tidak normal berlaku kepada sistem penghadaman ternakan.Samada disebabkan oleh pemakanan, jangkitan bakteria, jangkitan coccidia atau cacing.

Tanda klinikal seperti
- Berak cair, sakit abdomen, kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor- Najis cair/lembik, berubah bau/warna najis yang keluar cair sehingga memancut. Berbau busuk, kadangkala keluar darah.- Tiada selera, lemah,bulu kasar dan kalau di biar kritikal boleh menyebabkan kematian- Dehidrasi ( kurang air dalam badan) dimana ternakan boleh menjadi kejang dan matidisebabkan dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Suhu badan naik
- Kehilangan berat badan yang mendadak dan pengeluaran susu merosot-Keadaan basah yang berpanjangan pada keliling dubur ternakan akan menarik perhatian lalat untuk bertelur.
-Cirit-birit juga kerap berlaku bagi anak yang masih mneyusu. Sekiranya berlakukurangkan pemberian susu berterusan, jadualkan masa menyusu anak bersesuaian dan asingkan anak ke dalam Magic box untuk meggelakan menyusu berterusan (tujuan untuk merehatkan perut)

Rawatan Tradisional Mengatasi masalah cirit- birit ternakan
a. BUAH PINANG.  5 biji buah pinang muda yang dikupas kulitnya dicampurkan dengan gambir.  Kedua-dua bahan dicampurkan dan ditumbuk.  Diberi makan @ minum kepada lembu yang sakit.  Buat sekali sehari selama 3 hari ATAU
b. DAUN JAMBU BATU.  20 helai daun ini dipetik dari pokok ditumbuk @ digiling hinga lumat/hancur.  Kemudian campur dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah dan diberi 2 kali sehari selama 2-3 hari ATAU
c.  BUAH CIKU. 5 biji buah ciku yang masih muda diambil & diparut/ ditumbuk hinggalumat/hancur.  Kemudian diberi minum sekali sehari selama 2-3 hari ATAU
d. BUAH LIMAU.  Perah 3 biji limau nipis & campur air limau dengan 4-6 auns susulembu yang mentah & diberi 2 kali tiap-tiap hari ATAU
e.  DADIH MASAM.  4 auns dadih masam diberi kepada anak.
Rawatan Veterinar Mengatasi masalah cirit- birit ternakan
-Antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat
-Memberi ubat cacing untuk mengurangkan bebanan cacing-Rawatan sokongan - elektrolit/cecair, metabolic stimulant
-Memberi banyak minum air yang dicampurkan dengan glukos
-Dalam kes cirit memancut, berikan Scourban Plus secara oral 1-2ml/kg ATAUSuntikan Prifinial solution 1ml/20kg.-Scourban Plus - Ia adalah sejenis ubat cirit birit dalam bentuk cecair 'emulsion' dan diberi secara oral
-Disusuli dengan Suntikan Terramycin atau Tribressen 1 ml/30 kg- ulang selepas 3 hari 
-Memberi ubat yang boleh mengurangkan cirit seperti Koalin  

PENCEGAHAN.-Pastikan makanan yang diberi adalah tidak berkulat. -Kawal kambing dari bergerak bebas dari kandang ke kandang yang lain kerana ia boleh jadi pembawa kepada bakteria cirit birit seperti clostridium perferingens, salmonella atau coccidia.-Semburkan bahan pembasmi kuman pada petak yang tercemar.

Ref

No comments:

Post a Comment