Saturday, 15 September 2012

Panduan Asas Penternakan Kambing



1. PENGENALAN
Penternakan kambing adalah perniagaan. Ia merupakan satu bidang usaha yang boleh mendatangkan keuntungan sekiranya  ia dijalankan secara terancang, sistematik dan berterusan. Setiap komponen kambing mempunyai nilai pasaran tersendiri. Berikut ialah kegunaan komponen kambing yang mempunyai nilai komersial dan berpotensi untuk dipasarkan.

i) Kambing  – jualan hidup sebagai baka, daging sebagai makanan, haiwan peliharaan 
ii) Susu kambing
iii) Kulit dan bulu kambing – kraftangan, tekstil
iv) Tanduk kambing – kraftangan.
v) Usus – benang jahitan pembedahan.
vi) Tinja – baja organik.

Berbanding dengan penternakan lembu, penternakan kambing tidak memerlukan keluasan kawasan yang besar.  Keluasan kawasan minima yang ideal ialah 3 ekar atau bersamaan 1.2 hektar. Kawasan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kawasan perumahan kambing (seekar) dan selebihnya boleh digunakan sebagai kawasan pengeluaran makanan ternakan – sama ada sebagai foder (sistem potong dan angkut) atau ragutan berpusingan (sistem bebas lepas). 

2. PROSPEK PENTERNAKAN KAMBING DI MALAYSIA
Secara am di Malaysia, industri penternakan kambing adalah kecil berbanding komoditi-komoditi ternakan lain. Jika dibandingkan  dengan ayam (121.39%), telur (113.79%) dan lembu (24.88%), tahap saradiri pengeluaran kambing dan daging kambing pada tahun 2007 hanya mencapai 8.75%.


Pada ketika ini, Malaysia masih bergantung kepada pengimportan kambing dan daging kambing  dari luar negara seperti Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika Selatan dan Thailand. Berikut adalah jadual perangkaan pengimportan kambing dan daging dari tahun 2003 hingga 2007.
Jadual 1: Perangkaan import kambing dan daging kambing.

Tahun 2003 2004 2005 2006 2007
Jumlah import kambing
61,152 61,000 67,579 133,335 126,406
Jumlah import daging kambing
11,671 16,127 15,298 16,086 17,740
Sumber: Statistik JPV

Peningkatan import di antara 3 hingga 5% pada setiap tahun dengan tahap sara diri hanya mencapai 9% pada tahun 2008 dengan sasaran untuk mencapai 35% pada tahun 2015, penternakan kambing  adalah industri yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi. 

2. MEMAHAMI PERKARA ASAS 1: KAMBING

Penternakan kambing adalah satu bidang usaha yang mencabar. Ia bukan sahaja menuntut keupayaan penternak untuk menyediakan makanan dan persekitaran sesuai tetapi juga memerlukan sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini untuk sentiasa peka dan memahami tingkah laku serta keperluan aset hidup bernilai ini.

Secara saintifiknya, kambing(Capra hircus)  adalah haiwan ruminan kecil yang diletakkan di dalam keluarga Bovidae dengan subfamili Caprinae. Haiwan empat kakiberkuku dua ini berkeupayaan untuk menyesuaikan diri di dalam apa jua keadaan.

Namun demikian ia lebih mudah mengadaptasi kawasan yang bercuaca yang panas berbanding sejuk.  Berbeza berbanding ternakan ruminan lain seperti lembu dan bebiri, kambing lebih cenderung untuk memilih dan memamah pucuk serta daun-daun yang muda berbanding meragut di padang rumput.  Keupayaan haiwan ini untuk memamah pucuk dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia berkemampuan untuk hidup di kawasan yang sukar seperti gurun dan bukit-bukau, tetapi juga menjadikan ia sebagai agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan.

Kambing mempunyai sifat unik yang kurang terdapat pada haiwan gerompok lain iaitu kecenderungan untuk meneroka kawasan. Sifat ini adakalanya memberi masalah pengurusan terutama sekiranya  kambing  diternak di dalam sistem semi intensif atau ekstensif.

Setiap baka kambing mempunyai ciri-ciri yang unik.  Secara am, baka kambing boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan baka ternakan mengikut fungsi iaitu

i) Kambing pedaging
Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red, Jermasia.

ii) Kambing susu
Alpine, Saanen, Toggenburg

iii) Kambing dwi fungsi (diternak bertujuan mendapatkan  susu dan daging)

Jamnapari
Anglo-Nubian



3. MEMAHAMI PERKARA ASAS 2: SISTEM PENTERNAKAN

Penternakan kambing boleh  dikategorikan kepada 3 jenis sistem  berdasarkan  kaedah pengurusan dan penjagaan ternakan iaitu penternakan secara intensif, semi intensif dan ekstensif.  Setiap sistem penternakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

Sistem penternakan intensif menekankan penternakan kambing di dalam kandang. Konsep ini menyamai konsep penternakan lembu fidlot. Ternakan yang dikurung diberikan makanan menggunakan kaedah potong dan angkut. Secara tidak langsung, ia menambahkan beban kerja kepada  tenaga  buruh.

Walaupun bagaimanapun, penggunaan sistem ini boleh mengurangkan  kemungkinan berlakunya masalah kecacingan (helmintiasis) dan keracunan makanan. Di samping itu, ternakan lebih mudah dijaga dan dipantau berbanding sistem penternakan secara bebas lepas.

Sistem penternakan semi intensif bermakna ternakan dilepaskan untuk tujuan meragut pada masa ditentukan di kawasan yang ditetapkan. Ini bukan sahaja memudahkan kerja-kerja pembersihan kandang tetapi juga mengurangkan stress atau tekanan kepada ternakan.


Sistem penternakan ekstensif adalah sistem penternakan yang paling kurang dipraktikan oleh ladang-ladang komersil. Sistem ini lebih diamalkan oleh penternak kecil-kecilan atau yang menjalankan aktiviti ternakan sebagai satu hobi. Sifat kambing yang gemar meneroka menyukarkan pengurusan, pengawalan dan pemantauan ternakan.  Di antara masalah-masalah yang dihadapi di bawah penternakan sistem ini ialah

i) Kehilangan ternakan 
ii) Penyakit parasit (kecacingan)
iii) Keracunan makanan
iv) Kekurangan nutrien.

Amalan perladangan campuran atau ringkasnya perladangan secara integrasi ternakan dan tanaman merupakan salah satu konsep kaedah pengoptimaan tanah bagi mengatasi masalah kekurangan tanah bagi tujuan pertanian dan penternakan.

Di dalam konsep ini, ternakan menggunapakai sumber bahan makanan yang tumbuh melata di antara tanaman utama. Di samping itu, bahan-bahan sampingan pertanian seperti daun sawit di dalam perladangan kelapa sawit  boleh digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Hubungan  duahala ini memberi kelebihan dan keuntungan. Ia mengurangkan kos mendapatkan makanan ternakan dan pada masa yang sama rumput rumpai dibersihkan secara biologi serta tanah dibajai dengan bahan organik sisa ternakan.

4. PROJEK PENTERNAKAN KAMBING.
Projek penternakan kambing dibahagikan kepada 5 komponen utama iaitu
1) Perancangan projek.
2) Pembangunan perumahan dan kandang kambing.
3) Makanan ternakan.
4) Pengurusan ternakan
5) Pemasaran


4.1 Perancangan projek
Parameter-parameter berikut adalah penting untuk digunakan di dalam merancang dan memantau perkembangan projek penternakan kambing.

Bil. Parameter Jantan Betina
1 Keperluan keluasan seekor kambing 12 -15 kaki
2. Berat lahir  1.5 – 1.8 kg 1.2 – 1.8 kg
3. Umur kematangan 9 bulan 6 bulan
4. Berat matang 28 – 32 kg 18 -23 kg.
5.  Kenaikan berat badan (ADG) 100gm hingga 250 sehari.
6. Nisbah jantan kepada betina 1: 25
7.  Usia cerai susu 2 – 3 bulan atau
8.  Berat cerai susu 12 – 15 kg
9. Usia pembiakan pertama 18 – 20 bulan
10. Kitaran estrus 21 hari
11. Tempoh kebuntingan 147 – 150 hari


4.2 PERUMAHAN DAN KANDANG KAMBING. 
Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan rupa rumah serta kandang kambing. Setiap sesuatu rekaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun demikian, setiap binaan berkenaan perlu memberikan persekitaran yang selesa untuk didiami oleh ternakan. Di samping itu, binaan rumah berkenaan sebaikbaiknya  membantu  mempermudahkan kerja-kerja pengurusan harian ternakan dilakukan.

4.2.1 Susunatur rumah
Rumah kambing perlu mengikuti susunatur  memanjang  yang bertentangan dengan arah pergerakan matahari. Sebaik-baiknya cahaya matahari di waktu pagi  dan petang  boleh mencecah di bahagian tengah rumah.  Ini bertujuan merendahkan kadar kelembapan dan menjadikan rumah kambing sentiasa 
kering.

Jarak minima perumahan kambing di antara satu dan la in perlu sekurangkurangnya 30 kaki atau sama dengan lebar rumah kambing berkenaan. Ini bertujuan memberi ruang aliran udara  di antara perumahan  yang baik dan merendahkan perpindahan penyakit melalui udara dari satu rumah ke rumah lain.

4.2.2 Atap

Pada ketika ini, terdapat pelbagai jenis atap yang terdapat di pasaran seperti zink, asbestos dan aluminium. Namun demikian, pemilihan bahan sebagai atap perumahan kambing perlu mengambil kira daripada segi kos dan keupayaan untuk tidak menyimpan haba. Kawasan kandang secara keseluruhannya sebaik-baiknya dilitupi atap yang dapat melindungi ternakan dari hujan dan panas terik matahari. Jarak minima di antara atap bahagian tengah rumah dengan lantai ialah 12 kaki. Sementara itu di bahagian tepi rumah kambing, jarak minima di antara atap dan lantai ialah kaki.


Adalah baik sekiranya di antara atap rumah kambing  yang biasa, diletakkan atap yang bersifat tembus cahaya(translucent). Ini bertujuan memberikan pencahayaan semulajadi ke dalam kandang di samping  membantu merendahkan kadar kelembapan di dalam kandang. 

4.2.3 Lantai Kandang
Bahan yang digunakan sebagai lantai  kandang  kambing  sama ada plastik ataupun kayu perlu bersifat tahan lama, tidak mudah rosak, tidak mudah melekit dan cepat kering. Lantai kandang kambing perlu mempunyai ruang di antara 1 hingga 1.5 cm bagi membolehkan tinja kambing jatuh ke bawah. Sebaik-baiknyabatang kayu atau plastik yang digunakan sebagai lantai tidak terlalu lebar (1” X 2”). Ruang keluasan batang kayu atau plastik yang kecil memudahkan kerjakerja pembersihan dilakukan.

Jarak di antara lantai kandang dan lantai bawah di permukaan tanah sebaikbaiknya di antara 5  – 5.5 kaki. Jarak yang lebih rendah akan memungkinkan kambing menghadapi masalah kesihatan seperti mata berair, batuk dan sukar bernafas berpunca dari tinja yang terkumpul di bawah kandang.

4.2.4 Lantai bumi
Ruang lantai  bumi  sebaik-baiknya  disimen  dan mempunyai kecerunan lebihkurang 2%. Ini bertujuan menjadikan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tinja di bahagian hujung kandang lebih mudah kerana dibantu oleh perbezaan titik graviti. Baja organik yang dihasilkan dari tinja yang dikutip dari lantai bersimen adalah lebih berkualiti berbanding lantai bumi yang cuma dilapisi pasir atau tanah.

4.2.5 Tangga rumah kambing
Kebiasaanya tangga rumah kambing diperbuat dari kayu. Namun demikian alternatif yang baik ialah penggunaan tangga yang diperbuat dari  konkrit kasar dan kesat. Ini amat berguna terutama sekiranya penternak mengamalkan penternakan sistem semi intensif yang menyebabkan ternakan sentiasa menggunakan tangga untuk turun dan naik ke kawasan kandang. Pergeseran di antara tangga konkrit yang kasar dan kesat dengan kuku kaki kambing secara pasifnya membantu mengurangkan masalah kuku panjang.

4.2.6 Kandang kambing
Keluasan yang bersesuai untuk seekor kambing betina dewasa ialah di antara 12 hingga 15 kaki persegi. Bagi kegunaan 25 ekor kambing betina dan seekor jantan, sebanyak 312 kaki persegi kawasan diperlukan. Setiap kandang perlu disediakan palong makanan dan palong minuman.

Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan sebagai palong makanan. Di antaranya ialah penggunaan penakung air hujan plastik, tong plastik  dan palong buatan yang diperbuat dari kayu. Ketinggian palong makan sebaik-baiknya tidak lebih tinggi dari paras dada kambing dan bersekat. Ini bertujuan menggelakkan kambing dari memasuki tempat makanan dan mengotorinya.

Palong minuman adalah lebihkurang sama dengan palong makanan. Namun demikian kambing mempunyai sifat untuk tidak menggunakan air minuman dari takungan atau palong air yang kurang bersih.


Oleh yang demikian, alternatif terbaik kepada palong minuman ialah penggunaan paip minuman automatik (automated water drinker). Penggunaan paip minuman automatik ini bukan sahaja menjaga kebersihan minuman ternakan tetapi juga mampu mengurangkan pembaziran air.

4.2.7 Pemagaran kawasan.
Kawasan projek penternakan adalah perlu dipagar bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingin seperti kehilangan ternakan akibat kecurian atau pemangsaan haiwan lain dan kemasukan agen yang berpotensi membawa penyakit.

Jenis pagar perimeter yang boleh digunakan ialah pagar jenis  cyclone tightlock high tensile. Alternatif kepada pagar ini ialah penggunaan pagar jenis chain link atau kawat duri. Namun demikian, penggunaan 2 jenis pagar ini kurang efektif berbanding penggunaan pagar jenis cyclone tightlock high tensile.

Terdapat 3 jenis tiang pagar yang boleh digunakan iaitu jenis besi galvani (G.I pipe), angle iron dan kayu. Setiap tiang perlu berukuran 7 kaki keseluruhannya. Tiang berkenaan akan ditanam sedalam 2 kaki dan meninggalkan ketinggian 5 kaki untuk tujuan pemagaran. Jarak di antara tiang ialah 10 kaki.10

4.3 MAKANAN DAN MINUMAN 
Survival projek penternakan adalah bergantung kepada keupayaan untuk menyediakan makanan ternakan yang cukup kandungan nutriennya dan murah daripada sudut kos pengurusan. Ini adalah kerana lebih dari 70 peratus kos pengurusan datang dari kos makanan ternakan. Kenaikan harga bahan makanan ternakan kesan dari kenaikan harga bahan bakar dunia menyukarkan pengusaha projek ternakan untuk meletakkan pergantungan  ke  atas sumber makanan ternakan komersil. Oleh yang demikian,  adalah penting agar pengusaha projek ternakan untuk membangunkan sendiri pengeluaran  sumber  makanan ternakan atau mengenalpasti sumber hasil sampingan pertanian yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber makanan ternakan.



Seperti manusia, ternakan juga memerlukan makanan seimbang yang mengandungi zat-zat nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian. Kekurangan zat-zat ini di dalam makanan ternakan akan membawa kepada masalah kesihatan di dalam jangka masa panjang. Secara tidak langsung menjejaskan prestasi ternakan dan projek ternakan secara amnya. Setiap zat-zat nutrien mempunyai fungsinya yang tertentu. Zat protein diperlukan oleh badan untuk membina otot-otot yang kuat selain menjadi elemen penting di dalam proses pemulihan.  Karbohidrat diperlukan sebagai bekalan tenaga. Demikian juga dengan lemak selain daripada berfungsi sebagai penebat haba, ia juga berfungsi sebagai elemen simpanan untuk digunakan apabila kekurangan karbohidrat.

Vitamin merupakan zat nutrien yang penting walaupun ia cuma diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan beberapa fungsi sel dan organ terjejas yang mana membawa kepada berlakunya penyakit kepada haiwan.

Garam galian yang penting seperti kalsium dan fosforus diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihat. Kekurangan garam seperti natrium boleh ketidakseimbangan tekanan bendalir di dalam badan. Berbanding zat-zat lain yang boleh didapati pada sumber makanan ternakan seperti rumput dan dedaun hijau, pemberian garam jilat boleh membantu menampung kekurangan yang mungkin berlaku pada sumber makanan tersebut.

Air  adalah antara komponen terbesar di dalam badan ternakan. 70% daripada badan terdiri daripada air. Oleh yang demikian, adalah wajar supaya ternakan sentiasa diberikan sumber air minuman bersih sepanjang masa. Sumber makanan kambing secara amnya boleh dibahagi kepada 2 iaitu makanan utama: rumput atau dedaunan hijau dan makanan tambahan. Penternak selalu digalakkan untuk memperuntukkan sebahagian kawasan untuk tanaman makanan ternakan terutamanya Rumput Napier atau Jagung. Ini adalah kerana 2 tanaman ini mempunyai pengeluaran yang tinggi dan sangat sesuai ditanam untuk kawasan yang kecil. Walaupun demikian, terdapat tanaman lain yang sesuai ditanam dan dijadikan sebagai makanan ternakan. Di antaranya ialah

a) Rumput Guinea
b) Rumput Humidicola
c) Setaria 
d) Centrosema (tanaman kekacang)
e) Petai Belalang (Leucaena leucocephala)
f) Daun nangka
g) Glyridisia

Selain daripada itu, penternak boleh menggunakan bahan-bahan makanan seperti hampas kacang soya, mil  kacang, mil ikan sebagai sumber protein. Penggunaan hampas sagu rumbia, dedak padi, lebihan makanan seperti nasi juga boleh diberikan sebagai sumber tenaga. 

4.4 PENGURUSAN TERNAKAN
Secara am, kitaran pengurusan ternakan bermula dengan kelahiran kepada pembiakan seterusnya kebuntingan dan beranak kembali. Berikut adalah peringkat-peringkat pengurusan ternakan:-

4.4.1 Peringkat kelahiran.
Selepas kelahiran, anak kambing mesti diberikan susu awal ataupun kolostrum. Pemberian susu ini adalah penting kerana susu awal kambing yang dihasilkan di sepanjang 3 hari pertama selepas kelahiran mengandungi antibodi yang diperlukan bagi melindungi dari serangan penyakit. Selain daripada itu kolostrum mengandungi zat protein yang tinggi diperlukan oleh badan untuk tumbesaran.

Pada kebiasaannya, anak kambing akan menghisap sendiri. Sekiranya anak kambing lemah atau tidak berbuat sedemikian, tindakan memerah dan menggunakan botol susu atau syringe perlu dilakukan bagi memastikan anak kambing kolostrum secukupnya.

Selain daripada memastikan anak kambing mendapat kolostrum, talipusat anak kambing yang didapati panjang perlulah dipotong sekurang-kurangnya setengah inci dari badan. Iodin perlu disapukan pada pusat berkenaan bertujuan mengelakkan menjadi sumber laluan kepada agen penyakit. Di masa awal peringkat kelahiran dalam tempoh 4 hingga 6 minggu pertama, makanan yang secukupnya perlu disediakan secara potong angkut kepada ibu kambing. Ini membolehkan induk berkenaan berehat dan memulihkan diri untuk bersedia pada peringkat seterusnya.


4.4.2 Peringkat cerai susu.
Cerai susu adalah peringat anak kambing dipisahkan daripada ibunya. Namun demikian, peringkat ini perlu dilakukan secara beransur-ansur. Pada ketika anak kambing berusia menghampir 3 atau 4 bulan, sumber makanan seperti rumput atau dedaunan hijau boleh diberikan secara sedikit demi sedikit. Selalunya pada usia ini anak kambing sudah mulai belajar memamah dedaun hijau. Pada lingkungan usia selewat 4 bulan, anak kambing sepatutnya sudah dipisahkan dari ibunya. Selalunya kelewatan melakukan cerai susu kepada anak kambing menyebabkan prestasi kambing berkenaan seperti berat badan dewasa, tempoh kematangan dan pembiakan akan terjejas. Anak-anak kambing jantan yang mencapai usia 9 bulan perlu dipisahkan daripada anak-anak kambing betina. Ini adalah kerana umur ini adalah untuk yang mana kambing jantan mula mencapai kematangan seksual dan berkebolehan untuk membiak.


4.4.3 Penjagaan kambing dewasa
Kambing-kambing dewasa dikandangkan mengikut jantina. Kambing jantan dan betina dicampurkan hanya apabila hendak dibiakkan.  Nisbah kambing jantan kepada kambing betina ialah satu ekor jantan untuk 20 hingga 25 ekor kambing betina. Pada ketika tidak dibiakkan, kambing jantan perlu diletakkan di dalam kandang individual dan tidak dicampurkan dengan kambing jantan yang lain. Ini bertujuan untuk mengelakkan pemangsaan akibat dominasi kambing jantan yang lain.

Salah satu proses yang penting di dalam penternakan ialah proses pemilihan. Proses ini adalah bertujuan menentukan ternakan yang  berprestasi tinggi sentiasa berada di dalam ladang. Kambing-kambing yang gagal menunjukkan prestasi yang baik selalunya dikeluarkan dari ladang dan dijual sama ada sebagai ternakan hidup atau disembelih untuk daging.

Pemilihan dilakukan berdasarkan pemerhatian dan pengamatan terhadap ternakan dan dibantu oleh data-data yang telah direkodkan seperti berat lahir, berat cerai susu, kenaikan berat badan harian yang tinggi, jarak kelahiran yang singkat, sentiasa beranak kembar dan berat matang yang dicapai dalam masa singkat. 

4.5 PEMASARAN.
Secara amnya, permintaan terhadap daging kambing adalah bermusim dan ini dapat dilihat meningkat terutamanya ketika perayaan-perayaan seperti Hari Raya dan Deepavali. Hasilnya pada ketika musim-musim perayaan, berlaku kekurangan daging kambing dalam negara dan menyebakan fenomena peningkatan sementara pengimportan kambing hidup untuk sembelihan dan daging kambing sebagai makanan.

Selain daripada musim perayaan, permintaan terhadap daging kambing tetap ada walaupun harga borong daging kambing agak mahal iaitu di antara RM 15 hingga 25 sekilo. Penggunaan perkapita daging kambing di Malaysia masih berada di tahap rendah iaitu 0.8 hingga 0.9kg. Ini berkemungkinan besar didorong oleh  persepsi orang ramai tentang perkaitan di antara pemakanan daging kambing dan kesihatan.  Namun demikian, kajian  yang dilakukan oleh USDA mendapati daging kambing kurang daripada segi kandungan kolestrol dan lain-lain parameter yang dipercayai boleh menyumbang kepada masalah kesihatan.

Sumber: Piawai Pengkalan Data Nutrient USDA rujukan dikeluarkan pada 14 Julai 2001

Daging kambing mendapat permintaan oleh dipasarkan melalui pasar raya besar atau hypermart seperti TESCO, JUSCO dan Giant. Selain daripada itu boleh dibekalkan untuk memenuhi permintaan hotel dan restoran.  Cabaran  utama  di dalam industri ini ialah berkemampuan untuk membekalkan di dalam kuantiti yang besar dan berterusan.  Namun demikian dengan  minat, usaha dan sabar  serta menyusun atur strategi yang bersesuaian pasti mampu mengatasi cabaran seterusnya memberi hasil dan pulangan yang lumayan.

Perkara

                Kambing   Ayam  Lembu  Bebiri  Khinzir
Kalori     122           162      179         175   180
Lemak (g) 2.6           6.3       7.9       8.1         8.2
Lemak Tepu (g) 0.79        1.70   3.0    2.90     2.90
Protein (g) 23 25 25 25 24
Kolesterol (g) 63.8 76.0 73.1 78.2 73.1

Jenis - Jenis Kambing

Ref
http://ternakboer.blogspot.com/

1) Anak-Anak Kambing Boer & Kalahari
Inilah antara anak-anak kambing kelahiran dari Pejantan FB dan Induk Purebred. 






















































2) Anak-Anak Kambing Saanen dan British Alpine














Amalan Bekerjasama Rasulullah – Kisah ‘Kambing dan Kayu Api’



Pada suatu hari, Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya berhenti berehat di padang pasir bagi menghilangkan penat selepas berjalan jauh. Mereka mendirikan khemah di situ. Kebetulan mereka ada membawa seekor kambing hidup sebagai bekal makanan.
“Biarlah saya sembelih kambing itu” kata seorang sahabat Nabi Muhammad.
“Dan biar saya melapahnya” kata yang lain.
“Biar saya pula yang memasaknya” kata yang lain pula.
“Dan saya pula, biar saya yang mencari kayu api” sambut Nabi Muhammad.
Sahabat-sahabat terkejut mendengar kata-kata Nabi Muhammad itu. Mereka semua tidak mahu membiarkan Nabi Muhammad bersusah payah membuat kerja.
“Tidak usahlah, tuan. Biarlah kami sahaja yang menguruskan semuanya. Tuan berehat sahaja” saran mereka kepada Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad tetap dengan pendiriannya. Beliau mahu ikut bekerja.
“Saya takkan berpeluk tubuh sedangkan saudara semua bekerja. Tuhan membenci sesiapa yang mengistimewakan dirinya daripada yang lain” jawab Nabi Muhammad dengan tegas. Beliau keluar dan balik memikul kayu api di bahunya

Kambing (Capra aegagrus hircus)



Kambing merupakan binatang memamah biak yang berukuran sedang. Kambing ternak (Capra aegagrus hircus) adalah subspesies kambing liar yang secara alami tersebar di Asia Barat Daya (daerah "Bulan sabit yang subur" dan Turki) dan Eropa. Kambing liar jantan maupun betina memiliki tanduk sepasang, namun tanduk pada kambing jantan lebih besar. Umumnya, kambing mempunyai jenggot, dahi cembung, ekor agak ke atas, dan kebanyakan berbulu lurus dan kasar. Panjang tubuh kambing liar, tidak termasuk ekor, adalah 1,3 meter - 1,4 meter, sedangkan ekornya 12 sentimeter - 15 sentimeter. Bobot yang betina 50 kilogram - 55 kilogram, sedangkan yang jantan bisa mencapai 120 kilogram. Kambing liar tersebar dari Spanyol ke arah timur sampai India, dan dari India ke utara sampai Mongolia dan Siberia. Habitat yang disukainya adalah daerah pegunungan yang berbatu-batu. Kambing sudah dibudidayakan manusia kira-kira 8000 hingga 9000 tahun yang lalu. 

Di alam aslinya, kambing hidup berkelompok 5 sampai 20 ekor. Dalam pengembaraannnya mencari makanan, kelompok kambing ini dipimpin oleh kambing betina yang paling tua, sementara kambing-kambing jantan berperan menjaga keamanan kawanan. Waktu aktif mencari makannya siang maupun malam hari. Makanan utamanya adalah rumput-rumputan dan dedaunan. Kambing berbeda dengan domba.

Ref
Wikipedia

Jenis Jenis Kambing (Katjang, Jamnapari,Saanen)

KAMBING KATJANG

KENALI KAMBING KATJANG 

Kambing Kacang yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ia merupakan baka asas yang perlu dipertingkatkan. Walaupun ianya kecil dan pendek, kambing Kacang amat tahan lasak Mengikut kajian Jabatan Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing tempatan yang dilihat dikampung-kampung merupakan kambing Kacang (asli) , selebihnya adalah kambing kacukan dengan pelbagai baka yang telah dibawa masuk ke Malaysia. 

Selain dari saiz badannya, ia mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan kebelakang. Telinganya tegak kesisi dan janggut terdapat pada kambing jantan dan jarang pada kambing betina. Dari pandangan sisi, mukanya kelihatan lurus dan tirus. 

Lehernya pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu. 
Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar. 
Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan.Purata ketinggian 55-60 cm. 
Kadar kelahiran kembar adalah baik dan pengeluaran susu adalah sedikit ia itu 0.3 kg/hari (3 bulan pertama) dan 0.2 kg/hari (4-6 bulan). 
Berat lahir ialah 1.6 kg (Jantan) dan 1.8 kg (Betina) manakala berat dewasa , 25-30 kg (Jantan) dan 20-25 kg (Betina). 


KAMBING JAMNAPARI 

KENALI JAMNAPARI Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di Uttar Pradesh , India dimana ia banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra, Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena di MadhyaPradesh. 

Walau bagaimanapun dipercayai baka Jamnapari berdarah tulin (fullblood) *****a terdapat di 80 buah kampung di pinggiran Batpura dan Chakar Nagar di daerah Etawa. Jamnapari tulin (Fullblood) sudah menuju kepupusan di mana bancian 1972 mendapati Jamnapari Tulin terdapat kurang 5000 ekor di India dan kebanyakannya terdapat di kawasan Chakar Nagar (antara lurah Jamna dan Chambal). Jamnapari bersaiz besar. Terdapat kepelbagaian warna bulu. 

Walau bagaimanapun warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan. Hidungnya amat cembung (highly convex nose line) dengan sekelompok bulu diatasnya. Mulut nya berbentuk ‘parrotmouth’ . Telinganya amat panjang (26.79cm) , berlipat dan jatuh kebawah. Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm). Ekor pendek dan kurus. Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai ‘feathers’ merupakan ciri yang utama. 

Jamnapari juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar. PE atau Peranakan Ettawah merupakan istilah baka kambing yang merujuk kepada Jamnapari Kacukan yang digunakan di Indonesia dan menjadi antara baka pilihan ramai pengusaha/penternak di Malaysia . Ettawah merujuk kepada Etawa yang merupakan daerah Etawa di Uttar Pradesh di mana salah satu tempat Jamnapari banyak terdapat dan Peranakan bererti Kacukan. PE pada dasarnya adalah kambing kacukan antara Jamnapari/Ettawahdan kambing Kacang. 

Jamnapari mula di impot ke Indonesia dari daerah Etawa, India sejak 1953. Tetapi dipercayai sejarah Jamnapari di Indonesia jauh lebih awal iaitu sejak zaman Belanda lagi, dipercayai sekitar 1931. Pada dasar nya istilah Peranakan Ettawah Tulin atau PE Tulin seperti yang lazim dikatakan oleh ramai pengusaha/penternak adalah tidak tepat kerana PE tidak pernah di daftarkan sebagai satu baka (breed). Pengusaha di Indonesia mengredkan PE hanya mengikut pandangan mata dan menjadikan ciri-ciri Jamnapari Tulin sebagai asas – diantaranya ciri muka, hidung, mulut, ‘feathers’, warna bulu , saiz , dll.  

Di Indonesia PE dikacukkan dengan Saanen untuk menghasilkan baka kacukan tenusu yang berupaya mengeluarkan 1.5 ke 3 liter susu sehari. PE juga dikacukkan dengan baka-baka tempatan seperti Kacang dan Kambing Jawa dan di namakan Kaplo (Kaploh), Kaprindo, Bligon, Jawa Rando (Jawa Randu / Jawarandu) dll. yang merupakan baka kacukan yang amat sesuai untuk pembiakan kambing pedaging . Saiz nya lebih kecil dari PE tetapi lebih lasak dan mudah diternak. Pada masa ini Indonesia mempunyai 12 - 13 juta ekor populasi kambing (PE, Kacang, Kambing Jawa, Jawarandu, Kaplo, Bligon, Kaprindo, Kambing Marica (Sulawesi), Kambing gembrong (Bali) dan Kacukan Saanen, British Alpine dan Anglo Nubian) dan 3 - 4 juta ekor bebiri/domba (Domba Garut/Domba Periangan, Domba Asli Indonesia/Kampung , Domba Ekor Gemuk serta Domba Merino, Suffolk, Dorset dan Barbados Blackbelly )- 

Maklumat berdasarkan perbincangan penulis dengan Balai Penelitian Ternak , Bogor. Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat tahun 2000 , dianggarkan Indonesia mempunyai populasi kambing berjumlah 15,209,720 juta ekor keseluruhannya. 60% dari populasi tersebut terdapat di Pulau Jawa atau 8,783,890 ekor. 

Di luar Jawa, wilayah yang mempunyai populasi kambing yang tinggi adalah ; Sumatera Utara ( 924,780 ekor), Lampung (747,806 ekor), Aceh ( 681,823 ekor), Sulawesi Selatan (522,267 ekor), dan Sumatera Selatan (493,057 ekor). PE banyak terdapat di Kaligesing, Purworejo (Jateng), Girimulyo, Kulonprogo dan Turi, Sleman (Yogyakarta). Kambing PE juga telah berkembang di Jawa Barat, Jawa Timur, Lampung, Bali dan Tegal, Jawa Tengah. 


KAMBING SAANEN 

KENALI KAMBING SAANEN (TENUSU) Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature). 

Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).
Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. 
Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. 
Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. 
Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat. 
Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina). Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. 

Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.


KAMBING TOGGENBURG

KENALI TOGGENBURG Toggenburg juga berasal dari Switzerland dan dipercayai baka kambing tenusu yang tertua diketahui. Ia dipercayai baka tenusu yang paling kecil (didalam kelasnya) tetapi padat. Namanya mengambil nama lembah Toggenburg di daerah Obertoggenburg, Switzerland. 

 Kambing susu yang amat popular selepas Saanen terutama di Amerika Syarikat. Togs merupakan ternakan yang robust, aktif dan sentiasa bertenaga. Warnanya dari coklat kekuningan (light fawn) ke coklat gelap. Terdapat jalur putih dari mata ke muzzle, hujung telinga, lutut ke kaki serta belakang/pinggul (rump) dan ekor. Ketinggian yang ideal ialah 79 sm untuk Doe dan 90 sm untuk Buck. Ciri-ciri lain seperti berat lahir dan pengeluaran susu begitu menghampiri Saanen. Purata butterfat susu 3.7%. 



KAMBING BRITISH ALPINE

KENALI KAMBING BRITISH ALPINE Baka British Alpine dikembangkan di Great Britian pada awal 1900an. British Alpine merupakan binatang yang berbadan tinggi, ranggi dan berpenampilan anggun.. Telinga tegak dengan sedikit mengarah ke depan. Belakang lurus dengan sedikit tinggi dibahagian pinggul. Kakinya kuat dan lurus. Pengeluar susu yang baik , amat sesuai dinegara beriklim sejuk dan tidak sesuai dipersekitaran yang mempunyai kelembapan udara yang tinggi. British Alpine berwarna hitam dengan jalur putih dimuka. Bulunya pendek, halus dan berkilat. Kambing jantan selalunya mempunyai bulu yang lebih panjang.Tinggi yang ideal adalah 83 sm untuk Doe dan 95 sm untuk Buck. 


KAMBING ANGLO NUBIAN 

KENALI ANGLO NUBIAN Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang 

Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, 
Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan. 

Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. 
Dwiguna-daging/pengeluaran susu . Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah. Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm. Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek. Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut. 

Ref
http://aurofarmgarden.webnode.com/news/kenali-jenis-jenis-kambing/ 

Kambing jenis Boer

KAMBING BOEER

KENALI BOER Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’. Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah. Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda. 

Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakkan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa). Berdasarkan Piawaian Baka oleh Boer Goat Breeder’s Association of South Africa, ciri-ciri Boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/merah dikepala dan leher ( blaze). 

Kehaziran tompok coklat/merah dibahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan. Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kaki nya pendek , tegap , berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik. Nota: Ciri-ciri Boer Standard boleh diperolehi dari : http://www.embryoplus.com/other_boergoat_standards.html Kambing Boer Jantan mencapai berat 110-135 ketika matang manakala kambing betina 90-100 kg. Daging Boer terkenal tentang keenakannya. 

Buat masa ini ia mendapat pasaran yang begitu tinggi di Amerika Syarikat terutama untuk kacukan Boer yang mempunyai 75% atau lebih darah Boer. Boer kini menjadi kegilaan pengusaha/penternak di Malaysia (selain Peranakan Ettawah/PE) dan banyak negara di dunia. Akhir-akhir ini baka Boer dan Boer Kacukan semakin sukar diperolehi. 

Ringkasan Ciri-ciri Boer 
 * Mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika * Diternak suku Namaqua Hottentots dan suku Southern Bantu 
* Terdapat pengaruh kambing India, Angora dan Eropah 
* Berbadan Putih & Coklat/ Merah dari kepala ke leher 
* Konformasi badan yang baik, tegap dan mantap. Kaki pendek, tegap, berisi serta bahagian paha dan belakang yang tegap dan berotot. 

Ref
http://aurofarmgarden.webnode.com/

Friday, 14 September 2012

Kambing : Pemilihan Makanan Dan Minuman Ternakan Kambing


Makanan Dan Minuman
Diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga. Jika tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan.

Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:

Zat MakananKeterangan
Proteinmembina otot-otot yang kuat dan juga untuk proses pemulihan
Karbohidrat (kanji)pembesaran.
VitaminDiperlukan sedikit sahaja tetapi penting. Jika tidak seimbang boleh membawa gejala-gejala penyakit yang ketara dan menyebabkan ternakan lebih peka kepada sesuatu jenis penyakit.
MineralGaram galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. contoh.
  • garam biasa
  • garam jilat
  • dicalsium fosfat
  • tepung tulang
  • tepung ikan
Airjuga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan, tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan.


Rumput dan Kekacang
Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting . Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pernakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gentian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.Kuantiti yang banyak di samping adanya. gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalarn penghadaman.Bagi bahan hijauan seperti rumput atau kekacang, seekor kambing dewasa mernerlukan di antara 4.5 kg bahan basah sehari. Di antara jenis-jenis rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahan makanan kambing adalah:
  • Rumput Guinea (Panicum)
  • Rumput Gajah (Panisetum purpureurn)
  • Rumput Setaria
  • Kekacang: lpil-ipil/Petai Belalang (Leucaenia leucocephala).
Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan untuk kambing di antaranya adalah:
  • Daun ubi-hendaklah dilayukan dahulu sebelum diberi makan untuk mengurangkan kandungan racun 'cyanide' yang terdapat pada daun tersebut.
  • Daun nangka-disukai oleh kambing sesuai untuk penggernukan.
  • Rumput nyonya (akar ruas-ruas)-tidak boleh diberikan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kernbung.
  • Daun turi
  • Glyricidia maculata
  • Daun mengkudu (Merinda citriplia)
  • Daun pisang - disukai terutama yang muda
Makanan Tambahan (Konsentrat)

Makanan tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan anak kambing Yang mengikut induknya. lbu bunting atau Yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 - 3/4 kg. sehari manakala ibu Yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg. sehari.

semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu dan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahan beransur-ansur mulai umur I - 1.5 bulan.

Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu clan sebagainya. Sebagai panduan makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampingan pertanian, seperti:

i. 2 bahagian jagung
  • I bahagian sekam atau dedak
  • I bahagian hampas kelapa kering
ii. 40 kg. dedak halus
  • 39 kg. tepung jagung
  • 18 kg. bungkil kelapa
  • 3 kg. campuran mineral (garam galian)

Garam Galian (mineral)

Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dinding atau diletak di dalam bekas tertentu. Ini hendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mengambilnya bila-bila .masa sahaja terutamanya pada induk kambing bunting.Keadaan cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknya air yang diminum bergantung kepada beberapa faktor seperti pengambilan bahan kering (dry matter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air dan keadaan fisiologi kambing sendiri. Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah I : 4.

Ref
http://jutawanternak.blogspot.com/

Kambing : Pemilihan Kawasan ternakan


Pemilihan Kawasan

  • Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:
  • Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.
  • Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.
  • Jauh dari jalan raya yang sibuk.
Perumahan
Perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia, kerana keadaan cuaca hujan dan panas terik menyebabkan ternakan perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
  • Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut/sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang.
  • Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarakdi antara dua kandang hendaklah sekurang kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
Contoh Pelan Kandang:
  1. Pandangan Sisi
  2. Pandangan Serong
  3. Pelan Ringkas
  4. Pelan Ringkas- Pandangan hadapan
  5. Pelan ringkas-80 100 ekor Kambing
  6. Kandang Kambing Berlantai bawah
  7. Pelan Kandang-15-20 ekor
  8. Pelan Bangsal kambing
Keperluan-keperluan penting untuk pembinaan kandang
  • Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukkan udara di dalam kandang
  • Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
  • Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
  • Tidak terkena angin yang kencang
  • Terpelihara dari hujan dan panas
  • Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
  • Ruang makan dan minum mencukupi
  • Lantai adalah sesuai dan ticlak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.ketara membawa kesan buruk kepada karnbing contohnya sebaran penyakit
Pembinaan Kandang
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai
Lantai hendaklah -
  • tahan lama
  • misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
  • mudah dicuci
  • tidak licin
  • tidak mencederakan
  • tidak mudah lembab
  • Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan j arak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
  • Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).
Dinding
  • Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
  • Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
  • Dari lantai sehingga kira-kira 1 m keatas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5-2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
  • Di atasnya bolehlah digunakan kayu beroti,buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.
Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat burnbung termasuklah:
  • Nipah - bagus untuk sistern pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah)
  • Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutarnanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan burnbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik
  • Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan burnbung tetapi ianya mahal sedikit. la tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar
  • Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal
Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput diikat pada 0.5 cm dari paras lantai. Air Yang secukupnya hendaklah disediana dalam baldi atau besen.