Thursday, 3 March 2022

Perlukah tambah garam dan cili bila kita ingin marah orang?

1. Bila kita ingin marah atau tegur orang bawahan kita (masakan kita boleh marah orang atasan pulak kan? 🤣🤣🤣), kita kena fokus kepada perkara yang ingin ditegur.
2. Jangan tambah cili dan garam. Belacan pun tidak perlu.
3. Contohnya adalah seperti berikut :

Kejadian 1
Seorang staff buat kesilapan dalam laporan. Kita panggil staff terbabit. Bawa laporan tersebut dan tunjukkan kesilapan yang dilakukan. Kita boleh terangkan kesan kesilapan yang beliau lakukan seperti bumi boleh menjadi gempa bumi atau taufan...tiber... kita boleh tambah dengan berikan tip seperti galakkan staff itu untuk periksa berulangkali sebelum laporan dihantar atau minta kenalan kita untuk lihat terlebih dahulu.

Dengan cara ini, staff tersebut akan fokus juga kepada kesilapan beliau dan berusaha untuk kurangkan kesilapan pada masa hadapan.

Kejadian kedua
Kita panggil staff terbabit dan mula membebel kepada beliau. Kita marahkan beliau dengan mengatakan beliau tidak pandai buat kerja walaupun sudah lama. Kita tambah lagi cili dengan mengatakan beliau tidak hensem seperti pelakon Kpop..🥱. Bla bla bla...bila sudah hampir 30 minit membebel, 2 minit terakhir kita maklum tentang kesilapan yang beliau lakukan.

Persoalannya, manakah cara yang terbaik untuk kita lakukan? Manakah cara yang lebih mudah diterima oleh staff kita? Adakah jawatan dan posisi yang kita ada memberikan lesen besar kepada kita untuk memarahi staff kita dengan menambah cili, garam dan belacan?

Ingat, setiap manusia ada harga diri, hati dan perasaan. Bukan semua suka apabila kita dihina, disindir dan dimarahi secara pukul rata dan membabi buta.

Fokus dan jangan tambah menambah. Melainkan nak tambah nasi, bini atau follower anda di TikTok...tiber...

Salam Sejahtera 2022

 1. Masuk bulan Mac, post pertama sejak sekian lama.

2. Bulan Januari dan Febuari amat sibuk dengan tugas harian.

3. Sebenarnya, ia masih berlarutan hingga ke hari ini bulan Mac 2022.

4. Asalnya ingat mengambil cuti rehat beberapa hari tergendala disebabkan oleh komitmen kerja tanpa henti.

5. Baru - baru ini seorang artis telah berkongsi tiga tip untuk berjaya.

Learn

Teachable

Love 


Untuk berjaya kena ada 3 perkara di atas. Kita mesti sentiasa belajar untuk berjaya. Banyak membaca dan sentiasa menambahkan ilmu atau skill baru kita. 

Perkara kedua adalah kita boleh diajar. Apabila kita ingin belajar, kita mesti mudah untuk menerima teguran orang. Dari situ kita boleh perbaiki diri kita dengan lebih cepat. Jika kita tidak boleh diajar, kita akan lebih mudah terjerumus kepada sifat ego dan sombong. Orang yang ego dan sombong tidak akan mudah untuk diajar.

Cinta. Suka apa yang kita buat. Dengan cinta, kita akan dapat mengatasi segala cabaran dalam ujian yang ditempuhi. Cinta melahirkan minat yang mendalam. Minat mendalam akan jadi motivasi paling besar untuk kita bergerak ke hadapan.

Sentiasa belajar, Boleh diajar & Cinta.

Aku cinta padamu..cia cia.. 😆🤣😁

Thursday, 30 December 2021

Kembara Insan 2009 - 2021 (12 Tahun)

 

Terima kasih kepada follow blog ini seramai 43 orang. Tidak semua nama ada di sini, jutaan atas sokongan. 






Senang tak jadi JURUTERA?


  1. Alif bertanya, Ayah senang tak jadi jurutera?
  2. Seperti biasa, bila soalan begini diajukan kepada aku, ia menyebabkan aku berfikir panjang. Jawapan yang ada sudah tentunya bukan jawapan pendek, tetapi jawapan panjang. 
  3. Jenis over thinking. Kepala penuh uban berfikir.
  4. Baik, apakah jawapan aku?
  5. Jadi jurutera tidak senang. Ia amat susah.
  6. Nak pilih kursus kejuruteraan susah.
  7. Belajar kursus kejuruteraan di universiti susah. Lebih lagi kursus kejuruteraan mekanik.
  8. Selepas belajar, masuk kerja dengan tiada pengalaman pun susah. Lebih susah kalau nak cari kerja di sebelah rumah.
  9. Bekerja sebagai jurutera berhadapan dengan mesin dan jentera dalam kilang juga susah. Sangat susah bila mesin rosak. Kilang tak boleh beroperasi.
  10. Suasana kerja semasa nak baiki mesin juga susah. Bukan setakat susah, tapi 3D. Dangerous. Dirty. Difficult.
  11. Dah jadi jurutera, nak meneruskan kerjaya dalam syarikat pun susah. Sebab sebagai jurutera, kita akan bagaitau semua baik dan buruk bergantung kepada data. Jika tak boleh, kita cakap tak boleh. tiada antara dua. Jurutera tak pandai nak berpolitik dalam tempat kerja.
  12. Kesimpulannya, nak jadi jurutera susah, dah jadi jurutera pun tetap juga susah.
  13. Soalannya, adakah perkara dalam dunia ini senang?
  14. Tak susah nak susah, tak senang nak senang.
  15. If you love what you do, you will never work a day.
  16. Susah atau senang, ia bergantung kepada diri masing - masing. Lihat apa minat kita dan apa matlamat hidup kita.
  17. Jika ditanya kepada seorang doktor, ahli perniagaan, tentera mahu pun seorang petani, sudah tentu mereka akan menjawab perkara yang sama, tak senang dalam kerjaya mereka,
  18. Hari ini para doktor berjuang untuk mendapatkan status kerja tetap kerana kekangan yang ada.
  19. Para guru juga berdepan dengan pelbagai karenah pelajar dan sistem pendidikan yang sentiasa berubah. Ada yang ditugaskan jauh di pendalaman demi anak bangsa.
  20. Ahli perniagaan juga susah memikirkan survival perniagaan mereka di zaman COVID 19 dan persaingan perniagaan yang agak mencabar.
  21. Namun, jika kita suka dan minat mendalam apa yang kita lakukan, semuanya akan senang. Para sukarelawan ramai membantu mangsa banjir di seluruh negara tanpa ada sebarang upahan. Mereka lakukannya kerana mereka suka membantu orang kesusahan.
  22. Para guru sanggup berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa kerana mereka suka dan minat melihat anak bangsa menjadi seseorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
  23. Jurutera di seluruh negara dan dunia gembira dalam kerjaya mereka kerana usaha meraka akan banyak membantu memudahkan kehidupan manusia. Tenaaga elektrik, jalanraya, makanan, kenderaan dan pelbagai teknologi dihasilkan oleh jurutera demi untuk kemudahan manusia.
  24. Jadilah apa jua dalam kehidupan kita, yang penting niat kerana Allah. Niat untuk ibadat dan pahala di Akhirat. Kerana itulah yang diajar oleh Nabi kita dan agama kita. Demi untuk mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.
Selamat menyambut tahun baru 2022.
Kg. Tebing Tinggi, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.


Tuesday, 21 September 2021

Hiduplah Untuk Hari Ini karya Muhammad Al-Ghazali




pepatah berbunyi 
"Ada dua jenis manusia; orang yang tidur dalam cahaya dan orang yang bangun dalam kegelapan."

penulis berkata tujuannya menulis buku ini dengan kata - kata berbunyi, 

"Begitulah keadaan orang cerdas,
cerdik tangkas dan ucapan yang pedas,
selamanya mereka lantunkan kebenaran,
perkataan mereka tidak buat kagum orang yang sesat,
tetapi disukai dan dihargai orang - orang yang hebat."


perbaharui hidup kita dan jangan bertangguh 

Rasulullah SAW bersabda: 

"Sungguh Allah membentangkan tanganNya pada malam hari agar pelaku keburukan pada siang hari dapat memohon ampunan kepadaNya dan membentangkan tanganNya pada siang hari agar pelaku keburukan pada malam hari dapat memanjatkan taubat kepadaNya."(Riwayat Muslim).

Jangan bertangguh untuk mengubah hidup ke arah lebih baik. Rasulullah SAW bersabda: 

"Orang yang menyesal, menanti rahmat Allah. sedangkan orang yang membanggakan diri, menanti murka Allah. Ketahuilah, wahai hamba Allah, sentiasa orang yang beramal akan dipertanggungjawabkan atas amalnya dan tidak akan keluar meninggalkan dunia sebelum melihat kebaikan dan keburukan amalnya. Amal perbuatan itu berakhir pada pengakhirannya. Siang dan malam bagaikan dua kenderaan. Maka tungganillah baik - baik keduanya menuju akhirat. Jangan pernah menunda - nunda, kerana kematian boleh datang bila - bila masa sahaja. Jangan pula terlena oleh kelembutan Allah, kerana syurga dan neraka lebih dekat antara salah sorang dalam kalangan kalian daripada tali sandalnya sendiri.

Seterusnya Rasulullah SAW membacakan firman Allah SWT berbunyi :
"Maka barang siapa beramal kebaikan seberat biji sawi nescaya dia akan melihatnya dan barang siapa beramal keburukan seberat biji sawi nescaya dia juga akan melihatnya."
(Surah Az-Zalzalah:7-8)

Fikiran dan emosi manusia yang tidak terkawal juga boleh membawa manusia kepada kehancuran. Firman Allah SWT berbunyi, 

"...hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, yang yang menuruti keinginan dan keadaannya sudah melampaui batas (furuth)."(Surah al-Kahfi:28)

perbaharui hidup dengan taubat

Hadis 



Dr. Osler menganjurkan mahasiswa Yale Unversity untuk memulakan hari mereka dengan doa yang diajarkan oleh agama Kristian berbunyi:

"Berilah kami rezeki (makanan) yang mencukupi pada hari ini"

Doa ini tidak menyebut/mengeluh perkara yang telah berlaku dan tidak juga pada perkara yang belum lagi berlaku.

Rasulullah SAW bersabda 
"Barang siapa memasuki pagi harinya dengan perasaan aman di rumahnya, sihat badannya dan memiliki makanan untuk hari itu maka seolah - olah dunia dan seisinya telah menjadi miliknya."
(Riwayat at-Tirmidzi).

Sikap para Nabi apabila memulakan pagi

Doa Nabi Ibrahim AS 


Kesimpulan
1. Mulakan hari dengan taubat.
2. Jangan bertangguh untuk melakukan kebaikan dan perubahan hidup yang lebih baik.
3. Fokus kepada kehidupan harian- bangun pagi dalam keadaan aman, sihat badan dan mempunyai makanan-nikmat terbesar dalam hidup.
4. Sentiasa berdoa untuk mendapat hidayah dan taufek melakukan ketaatan kepada Allah, akhiri hari dengan memohon keampunan dan keredhaan Allah.

Friday, 1 May 2020

Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah Part 2

  1. Buku "Muhammad SAW: The Super Leader Super Manager" karangan Muhammad Syafi'i Antonio memaparkan ciri - ciri kehebatana Nabi Muhammad SAW dalam lapan bidang iaitu pembangunan diri, perniagaan, kekeluargaan, dakwah, sosial dan politik, pendidikan, undang - undang dan ketenteraan.
  2. al-Maidah:35 "Hai orang - orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadanya serta berjihadlah pada jalannya supaya kamu mendapat keuntungan." 
  3. Sir George Bernard Shaw berkata " Apabila ada agama yang berpeluang menguasai England, bahkan Eropah beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama itu. Saya sentiasa menghormati Nabi Muhammad kerana potensi yang beliau miliki. Bagi saya, ini adalah satu - satunya agama yang memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya melihat Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang memiliki peribadi agung dan tidak sama sekali anti-Isa. Beliau wajar dipanggil penyelamat kemanusiaan. Saya yakin, apabila ada orang seperti Muhammad memegang kuasa tunggal dalam dunia moden ini, beliau pasti berjaya mengatasi segala masalah sehingga dunia ini menjadi aman dan bahagia. inilah sebenarnya yang dunia perlukan. Saya meramalkan agama yang dibawa oleh Muhammad bakal diterima di Eropah pada masa hadapan. Sesungguhnya, ia sudah pun mula diterima pada hari ini. Muhammad adalah manusia agung yang pernah lahir ke dunia. Beliau membawa suatu agama, mendirikan sebuah bangsa, meletakkan dasar - dasar moral, memulakan banyak pergerakan pembaharuan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamik bagi melaksanakan dan mewakili ajarannya. Beliau turut merevolusikan fikiran dan perilaku manusia. Beliau adalah Muhammad yang dilahirkan di Semenanjung Arab pada tahun 570 Masihi dan mula menyebarkan agama kebenaran pada usia 40 tahun. Beliau wafat pada usia 63 tahun. Sepanjang 23 tahun menjadi Nabi, Muhammad mengubah jazirah Arab daripada budaya paganisme dan penyembah makhluk menjadi penyembah Tuhan yang Maha Esa. Beliau mengubah suku - suku yang suka berperang menjadi bangsa yang bersatu, mengubah kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar. Beliau mengubah kaum yang tidak mempunyai undang - undang dan anarki kepada kaum yang teratur. Beliau mengubah kerosakan kepada keagungan moral. Sejarah manusia tidak pernah mengalami tranformasi sebuah masyarakat ataupun tempat sedahsyat ini dan bayangkan ia terjadi dalam waktu yang kira - kira hanya lebih sedikit daripada dua dekad." Sir George Bernard Shaw dalam "The Genuince Islam, Vol.1, No. 8,1936.
Petikan diambil dari buku "Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah

Sinopsis Buku "Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah

Muslim Kelana, Terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. , 2008.

Saya akan mencatit beberapa isi dan perkara yang menarik terdapat di dalam buku ini. 

  1. AQ (Adversity Quotient atau Kecerdasan Kegetiran). Pertama kali saya jumpa perkataan ini. Walaupun saya pernah mengalaminya dan percaya perkara ini banyak berlaku dalam kehidupan manusia, namun saya julung kali menjumpai istilah ini. AQ menjadi punca kepada motivasi banyak orang susah untuk bangkit dan menjadi berjaya pada suatu masa nanti. AQ membuatkan dirinya menjadi cekap, tabah dan tidak mudah berputus asa. Nabi Muhammad SAW sepanjang usia kanak - kanak hingga dewasa mempunyai pengalaman gentir yang sangat banyak. Namun perkara itu tidak pernah membuatkan Baginda SAW berputus asa, mengeluh dan menyebut - yebut perkara silam gentir tersebut.
  2. Al-Ahzab :21 "Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat daripada Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah."
  3. Micheal H. Hart di dalam bukunya "The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History" memilih Nabi Muhammad SAW sebagai orang pertama.
  4. Lamartine, sejarawan mengatakan Nabi Muhammad SAW seorang tokoh yang hebat kerana mampu melakukan perubahan yang besar dengan sedikit kemudahan yang ada.
  5. Law of Attraction disebut oleh Rhonda Byrne dalam bukunya "The Secret" menerangkan hukum tarikan positif berfungsi sebagai magnet yang membawa kebaikan dan kejayaan kepada seseorang. Dengan bersikap positif, seseorang turut menarik perkara - perkara positif di sekelilingnya.
  6. FAST (Fatanah: Cerdas, Amanah : Dipercayai, Siddiq:Benar dan Tabligh: yang menyampaikan).
  7. "Sembilan daripada 10 punca rezeki datang daripada usaha berdagang dan sepersepuluhnya lagi adalah daripada usaha berternak." HR oleh Abu Nuaim bin Abdul Rahman.
  8. "Allah memberi rezeki kepada hambanya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan keras serta usahanya." HR at-Thusi.


Sunday, 26 April 2020

Manusia Bermanfaat

Sebaik - baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.