Sunday, 12 July 2026

Gurindam 12 oleh Raja Ali Haji (1846)


LIRIK LAGU GURINDAM 12

Lirik/Lagu : BorneoRider


Inspirasi karya Raja Ali Haji 

Gurindam 12 ialah karya agung sastera Melayu hasil nukilan pujangga Raja Ali Haji pada tahun 1846 (1263 Hijrah) di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Karya ini diterbitkan secara rasmi pada tahun 1847 dan menjadi panduan hidup penting berteraskan nilai Islam dan budaya Melayu.



Full Lirik

Di Pulau Penyengat cahaya bermula,

Tinta ulama menyuluh jiwa,

Pesan lama diwaris zaman,

Gurindam dua belas jadi pedoman.


Pegang agama teguh di dada,

Jangan dunia memesong rasa,

Kenal Tuhan kenal diri,

Barulah hidup berseri-seri.


Sembahyang tiang seluruh iman,

Puasa mendidik sabar harian,

Zakat membersih jiwa dan harta,

Haji menyempurna janji cinta.


Gurindam… warisan bangsa,

Nasihat lama penyuluh jiwa,

Adab dijaga, iman dibela,

Melayu hidup penuh cahaya.


Dari lidah hingga ke hati,

Dari raja hingga rakyat negeri,

Pesan bijaksana tak lapuk dek masa,

Menjadi pelita sepanjang usia.


Peliharalah mata dan telinga,

Jangan fitnah singgah di jiwa,

Jagalah lidah daripada dusta,

Kerana kata cermin manusia.


Hati itu raja di badan,

Bila rosak musnahlah insan,

Dengki marah usah dipuja,

Kelak binasa akal dan jiwa.


Budi bahasa lambang bangsa,

Ilmu dicari sepanjang usia,

Orang berakal menyiap bekal,

Untuk akhirat yang kekal.


Carilah guru pembimbing diri,

Sahabat setia penawar hati,

Isteri solehah penyejuk jiwa,

Kawan amanah susah dan senang bersama.


Gurindam… warisan bangsa,

Nasihat lama penyuluh jiwa,

Adab dijaga, iman dibela,

Melayu hidup penuh cahaya.


Dari lidah hingga ke hati,

Dari raja hingga rakyat negeri,

Pesan bijaksana tak lapuk dek masa,

Menjadi pelita sepanjang usia.


Banyak bicara banyak dusta,

Kurang siasat membawa celaka,

Didik anak penuh hikmah,

Agar dewasa membawa berkah.


Khianat diri jangan sekali,

Kelak hilang harga diri,

Jangan memuji diri sendiri,

Biarlah budi dikenang nanti.


Yang tahu salah jangan dibuat,

Syaitan datang membawa sesat,

Anak muda jagalah jiwa,

Jangan hanyut godaan dunia.


Hormatilah ayah dan bonda,

Syurga dekat pada mereka,

Didik keluarga penuh kasih,

Agar rumah sentiasa bersih.


Jika memegang suatu amanah,

Buang khianat jauhkan fitnah,

Pemimpin adil disanjung rakyat,

Negeri aman penuh berkat.


Kasihi insan berilmu tinggi,

Hormati mereka sepenuh hati,

Kerana bangsa mulia berdiri,

Dengan adab dan pekerti


Gurindam… suara zaman,

Membimbing insan menuju Tuhan,

Walau dunia terus berubah,

Pesannya tetap indah.


Raja Ali Haji meninggalkan cahaya,

Untuk Melayu sepanjang masa,

Selagi adab dijunjung tinggi,

Selagi itu bangsa berseri.


Di Pulau Penyengat angin berbisik,

Warisan lama terusik cantik,

Gurindam bukan sekadar puisi,

Tetapi cermin jiwa insani.

No comments:

Post a Comment