Tuesday, 21 February 2012

Saya ingin menyumbang kepada Islam

  1. Syukur kepada Allah di atas segala nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada aku.
  2. Aku bersyukur sebab dikurniakan kesihatan, rezeki yang halal, isteri dan cahaya mata, keluarga yang penyayang, rakan - rakan kerja yang baik, jiran yang mesra, kenderaan yang baik, tanaman yang subur, ilmu yang bermanfaat dan sebagainya.
  3. Mac ini aku berusia 33 tahun pada 1433H. Meniti hari - hari yang mendatang, aku merasakan kekosongan dalam kehidupan aku. Terasa semacam satu kehilangan. Dalam mencari jawapan, aku rasa menemuinya. Aku perlu menyumbang sesuatu kepada Islam dan juga masyarakat.
  4. Apabila memberi sesuatu yang pada kita berlebihan daripada keperluan kita, ia perbuatan yang cukup mendamaikan hati dan jiwa aku. Terasa cukup bahagia apabila dapat menolong orang yang berada dalam kesusahan.
  5. Aku mendidik jiwa supaya menjadi seorang yang pemurah. Dermakan atau berikan apa sahaja yang terasa berlebihan daripada keperluan diri.
  6. Aku cukup gembira bila dapat mengajar seseorang dengan ilmu yang aku ada. Dengan ilmu yang baru aku perolehi. Malah, blog ini juga merupakan satu cara aku berkongsi ilmu dan pengalaman aku yang aku rasa baik untuk semua. Aku menjadi admin salah satu group di FB dengan harapan dapat melahirkan lebih ramai jurutera stim dalam industri sawit dan negara. Baru - baru ini aku dilantik menjadi pengerusi sebuah pertubuhan anak negeri dan impian aku cuma satu, dengan amanah yang diberikan, apa yang dapat aku sumbangkan? Insya Allah, pengalaman aku sebagai pengurus akan aku gunakan sepenuhnya untuk mengurus pertubuhan tersebut dalam menjaga kebajikan ahli serta menyatukan semua anak - anak negeri yang menjadi ahli juga bukan ahli.
  7. Aku juga menubuhkan sebuah lagi group FB yang mengumpulkan seluruh keturunan keluarga aku yang berada di kampung dan kini bertebaran serata Malaysia.Niat cuma satu, ingin supaya genarasi ke 4 dan ke 5 mengenali sesama sendiri dan bangga dengan moyang kami seorang yang rajin berusaha, tinggi ilmu agama dan baik keturunannya.
  8. Aku menyertai sebuah syarikat sawit terkemuka negara beberapa tahun lepas atas dasar mahu mempelajari keistimewaan syarikat ini dalam merekabentuk kilang sawit dan satu hari berharap aku menjadi pakar dalam bidang rekabentuk kilang. Dengan itu, aku dapat menyumbang kepada industri sawit negara.
  9. Aku juga membayar zakat kepada Pusat Zakat Sabah kerana aku berpendapat, negeri itu memerlukan lebih banyak sumbangan ke arah menyuburkan penyuburan syiar Islam di sana.
  10. Di tempat kerja aku, aku banyak menerapkan budaya kerja positif kepada pekerja, staff, penduduk dan juga rakan kerja. Aku cukup gembira bila mana ada kalangan rakan kerja yang gembira disebabkan aku memberi inspirasi kepada mereka untuk meningkatkan mutu kerja, mengambil peperiksaan kelayakan dan memberi semangat kepada mereka untuk melihatkan prospek kerja yang lebih jauh. Sedikit sebanyak, pencapaian aku menjadi kayu ukur kepada mereka utk juga gigih berusaha.
  11. Aku tidak mahu memandang ke belakang lagi. Aku mahu terus ke hadapan. Apa lagi yang dapat aku sumbangkan? 
Semasa kecil, aku selalu bercita - cita menjadi pejuang Islam. Pejuang yang menyumbang kepada Islam.

...jangan ditanya apa yang kamu perolehi, tapi tanyalah diri kamu apa yang kamu dapat sumbangkan.

No comments:

Post a Comment