Baru-baru ini, kali kedua aku menerima soalan daripada seorang rakan miller yang sedang mempertimbangkan penghijrahan kerjaya — dari upstream (kilang sawit) ke downstream (kilang penapis).
Dia bertanya: "Bagaimana saya boleh berhijrah ke industri baru?"
Aku jawab: “Sebelum apa-apa, berikan tiga sebab kenapa kamu mahu pindah.”
Jawapannya ringkas tapi padat:
-
Nak cabar diri belajar industri baru
-
Syarikat itu memang yang dia idamkan lama
-
Isteri menyokong dan galakkannya
Aku kata padanya — sebab ini penting.
Kerana pada masa depan, apabila cabaran datang, alasan inilah yang akan buat kamu bertahan.
Tanpa sebab yang kuat, semangat akan goyah.
Pengalaman aku sendiri, aku pernah buat hijrah industri juga.
Dari refinery ke downstream. Antara sebabnya:
• kawan offer
• nak dekat keluarga
• penat pindah randah
• diberitahu bos baik
Namun — aku lupa untuk buat kajian mendalam.
Aku terjun. Tanpa persediaan.
Dan ya... aku hadapi banyak masalah.
Tapi aku bertahan empat tahun penuh pancaroba.
Dan aku bersyukur. Sebab kalau aku tak masuk syarikat itu, aku takkan jumpa syarikat aku sekarang.
Ini pesanan aku padanya (dan untuk sesiapa yang sedang mempertimbang hijrah kerjaya):
1. Teknologi & Proses
Refinery berbeza, tapi bukan mustahil untuk belajar.
Miller datang dengan multitasking mindset — ini satu kelebihan besar.
Asas di kilang sawit cukup kuat. Yang penting, mahu belajar.
2. Gaji & Pakej
Ramai lupa — kilang sawit sebenarnya bagi pakej sangat baik.
Rumah, kereta syarikat, utiliti percuma, cuti, EPF tinggi, bonus lumayan.
Sebelum terima tawaran baru — buat perbandingan keseluruhan, bukan sekadar basic salary.
3. Suasana Kerja
Di mill — pengurus buat hampir semua.
Di refinery — struktur kompleks, ramai pengurus & jurutera, kerja lebih detail.
Bukan senang. Tapi bukan mustahil.
Cuma perlu adapt.
4. Gaji & Jawatan
Kalau sekarang gaji RM10k — jangan harap boleh dapat gaji sama jika apply jawatan jurutera biasa.
Ini realiti industri.
Kena align jawatan dengan nilai gaji.
5. Sambung Belajar (MBA, Ir, Ts, PhD)
Aku kata padanya:
Belajar itu sentiasa baik.
Tapi buat kerana nak majukan diri, bukan kerana bos atau gelaran.
Paling penting — transparency dengan syarikat.
Biar jelas. Biar bersih.
Komitmen utama tetap kerja. Tapi ilmu yang diperoleh akan kembangkan diri dan kerjaya.
Kesimpulannya:
Hijrah kerjaya bukan soal gaji semata.
Bukan soal jawatan semata.
Ia soal siapa kita mahu jadi dalam 5 tahun… 10 tahun… 20 tahun akan datang.
Sebab itulah aku kata:
Sebelum berhijrah, kenal pasti sebab.
Kerana itulah yang akan buat kita bertahan bila badai datang.
Dan ingat — setiap peralihan, walau perit…
sentiasa ada hikmah yang Allah simpan di hujung jalan.
#miller #kerjaya #refinery



No comments:
Post a Comment