Adakah saya percaya semua pekerja saya?
Jawapan saya: Ya, saya percaya mereka semua.
Pernah satu ketika, seorang pekerja asing datang memohon cuti panjang untuk pulang ke kampung — alasannya untuk berkahwin. Oleh kerana syarikat menanggung kos penerbangan dan urusan kepulangan, CEO bertanya kepada saya:
👉 “Adakah kamu percaya dia akan kembali bekerja?”
Tanpa ragu, saya menjawab:
👉 “Berdasarkan maklum balas kepadaku, dia berjanji akan kembali. Ya, saya percayakan dia.”
Namun, selepas beberapa bulan, dia tidak kembali. Apabila dihubungi, banyak alasan diberikan.
Dipendekkan cerita, selepas dua tahun — sudah berkahwin dan menetap di kampungnya — dia menghubungi semula kami, meminta peluang pekerjaan sekali lagi.
Jawapan saya kepada HR ringkas:
👉 “No. Tiada ruang dan peluang lagi untuk dia.”
🎯 Pengajaran:
Kepercayaan itu mahal harganya. Sekali dikhianati, peluang kedua bukan sesuatu yang automatik. Dalam organisasi, trust adalah aset yang lebih berharga daripada wang, gaji, atau kontrak.
#trust #blog #kembarainsan #blogger #manager #palmoilmill
No comments:
Post a Comment