Wednesday, 22 June 2011
Cegah serangan sakit jantung
Menurut kajian, penyakit jantung merupakan penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia. Jadi bagaimanakah caranya untuk kita mengelakkan daripada terkena serangan penyakit jantung ini? Berikut adalah beberapa petua untuk dikongsi bersama dalam melindungi jantung.
1. Periksa tahap zat besi anda - jika terdapat zat besi yang berlebihan dalam badan anda, anda akan menghadapi risiko pengoksidaan yang tinggi dimana ia akan membawa kepada proses penuaan awal. Zat besi yang berlebihan juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Oleh itu anda perlu memeriksa tahap zat besi anda dan jikalau terlalu tinggi cara yang paling mudah untuk anda kurangkannya adalah dengan menderma darah. Jika tidak boleh menderma darah, ada satu lagi cara iaitu therapeutic phlebotomy iaitu keluarkan darah dari vena.
2. Pastikan mulut anda sihat - penyakit gusi boleh mengakibatkan serangan penyakit jantung disebabkan bakteria seperti Streptococcus sanguis (S.sanguis) dan Porphyromonas gingivalis (P. gingivalis) yang boleh mengakibatkan penggumpalan platlet darah. Oleh itu pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan gigi, gusi dan mulut anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment